View: 61253|Reply: 8
|
SPRM teruskan siasatan ke atas Allahyarham Tun Daim Zainuddin
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan membabitkan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan pada Februari 2023, pihaknya membuka beberapa kertas siasatan berdasarkan maklumat yang ditemui dalam Pandora Papers.
Katanya, siasatan ke atas maklumat dalam Pandora Papers membawa kepada siasatan terhadap Kementerian Kewangan pada masa itu dengan Daim memegang jawatan sebagai menteri.
"Seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Media SPRM bertarikh 30 Disember 2023, satu notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 dikeluarkan kepada Daim pada 7 Jun 2023.
"Notis ini mengkehendaki beliau mengisytiharkan semua aset miliknya di dalam dan luar negara secara bertulis dan melalui akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.
"Daim memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali, dan SPRM memberikan lanjutan pada 6 Julai 2023, 10 Ogos 2023, 11 September 2023, 11 Oktober 2023, dan terakhir pada 14 November 2023 untuk melengkapkan pengisytiharan aset tersebut.
"ada 29 Januari 2024, Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 atas pertuduhan gagal mematuhi notis yang terakhir iaitu 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan kira-kira 70 aset harta dan satu akaun bank," katanya.
SPRM berkata kenyataan media ini bertujuan memperjelas dan membetulkan dakwaan yang tidak berasas dan mengelirukan di media serta media sosial berkaitan isu berkenaan.
Selepas Daim meninggal dunia pada 20 November lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Allahyraham daripada pertuduhan gagal mematuhi notis itu mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
Bagaimanapun, SPRM berkata, siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) berkaitan kes ini masih diteruskan.
Katanya, siasatan itu turut membabitkan isteri Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Kadir, serta ahli-ahli keluarga beliau dengan siasatan tertumpu kepada perolehan aset-aset di luar negara.
"enyelidikan jejak kewangan di luar negara sedang giat dijalankan dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
SPRM meminta masyarakat agar tidak membuat spekulasi berhubung kes ini dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka tanpa sebarang gangguan.
Sumber : – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Klu didapati bersalah..diorg nk buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
AkokKocik replied at 23-11-2024 08:16 AM
Klu didapati bersalah..diorg nk buat apa?
Bekukan harta kot.. Waris2 lah susah nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
AkokKocik replied at 23-11-2024 08:16 AM
Klu didapati bersalah..diorg nk buat apa?
Teruskan dan jika didapat memang hasil rasuah , sila rampas harta peninggalan nya. |
|
|
|
|
|
|
|
dek.. kau tau tak asal kes ni mula camne?
sebab nama dia ada sebut dalam panama report, generally just nama malaysian yg ada simpan duit dekat sana.. SAHAJA, mcm simpan duit kt SG, salah dekat akta mana?
offshore account ni biasalah org simpan duit kalau ada business dekat overseas pun.. dia bayar semua cukai untuk business dia dkt msia dari dulu lagi.. siap sedekah banyak benda dekat org miski gelandangan tu bertahun2, tak masuk paper pun
si otak benak je percaya kalau simpan offshore mesti duit curi.. duit siapa kena curi? ada bukti? ada yg buat report duit dia kena curi? siapa?
political perception ni mmg senjata yg org selalu guna untuk demonize lawan politik dia.. janji kecoh masuk berita mcm ni je org terus percaya dia salah.. betul tak betul tak kisah pun, sbb nama tu dah busuk sampai ke sudah.. tulah bahaya dia game politician ni
siapa jutawan melayu mmg kena kitai sekarang ni, tokey je makin kaya dalam diam..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ketua gomen madani ada mukjizat utk boleh bangun kan mayat dari kubur
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 25-11-2024 12:02 AM
biasa la, towkey melayu kena chop rasuah.
termasuk tun daim di label macam2.
bisnes syed mokthar al-bukhari kena harass macam2,
sampai bernas bukan lagi bawah towkey melayu
no more food security. naseb korang ler.
beras tempatan dan beras import,
di campur dan tukar label oleh kiasu tamak.
chukong & towkey cina yang ramai billionaire,
takde sape berani usik.
negara bolehland ni memang negara kartel,
milik cina komunis, kongsi gelap.
triad chinese sejak zaman british sampai sekarang.
mereka ada tongkat sakti color kuning2,
dari penjajah british sampai sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|