CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48989|Reply: 5

Mahkamah gugur pendakwaan ke atas Thaksin Shinawatra

[Copy link]
Post time 22-11-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode





BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand menggugurkan dakwaan terhadap Thaksin Shinawatra dan parti pemerintah yang disokong keluarganya.


Perkembangan itu sekali gus memberikan kelegaan kepada kerajaan diterajui anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand itu selepas ia dibentuk kurang tiga bulan lalu.


Mahkamah dalam kenyataan hari ini, memaklumkan tidak akan meneruskan petisyen difailkan peguam aktivis, Theerayuth Suwankaesorn.


Mengikut perundangan Thailand, tidak berada dalam kawalan atau pengaruh mana-mana parti menjadi asas pengguguran kes berkenaan.


Beliau yang sebelum ini terbabit dalam pembubaran Parti Move Forward (MFP), memohon perintah ke atas Thaksin dan Parti Pheu Thai (PTP) bagi menghentikan semua dakwaan usaha menggulingkan rejim demokrasi dengan raja sebagai ketua negara.




Thaksin yang pernah dilantik sebagai Perdana Menteri selama dua penggal dan antara ahli politik paling popular di Thailand, tidak menganggotai PTP walaupun beliau dianggap sebagai pemimpin de facto parti itu.


Beliau secara meluas dianggap memiliki pengaruh besar dalam menentukan hala tuju kerajaan diterajui anak bongsunya, Paetongtarn Shinawatra.


Perkembangan itu ketika ini mengurangkan beberapa risiko ketidaktentuan politik dan kegelisahan pelabur di Thailand selepas kejutan keputusan mahkamah sama menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Srettha Thavisin, susulan kes pelanggaran etika.


Mahkamah turut membubarkan parti pembangkang terbesar Thailand, MFP susulan kempennya untuk meminda undang-undang melarang kritikan terhadap keluarga diraja.


Sejak mengambil alih kuasa pada September lalu, Kabinet diterajui Paetongtarn menjadi perhatian berikutan dakwaan kawalan Thaksin ke atas parti pemerintah dan kerajaan yang diterajui PTP.


Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya melancarkan siasatan terhadap dakwaan pengaruh Thaksin, susulan beberapa petisyen difailkan aktivis dan pihak lawan bekas Perdana Menteri berkenaan.


Pemimpin berusia 75 tahun itu kembali ke Thailand pada 2023, selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun dengan ia dilihat sebagai sebahagian perjanjian bersama golongan diraja demi membantu parti konservatif kekal berkuasa.


Sejak menjalani hukuman penjara dengan tempoh diringankan pihak diraja, Thaksin dilihat aktif berkempen untuk PTP pada pilihan raya tempatan, selain turut mengemukakan cadangan dasar bagi memulihkan ekonomi negara kepada kerajaan.


Thailand berdepan kekacauan politik awal tahun ini, apabila Mahkamah Perlembagaan mengarahkan pembubaran MFP kerana kempen pilihan rayanya yang mahu meminda undang-undang melindungi keluarga diraja daripada kritikan.


MFP memenangi pilihan raya umum tahun lalu, tetapi dihalang daripada membentuk kerajaan oleh kumpulan pro-diraja dan disokong tentera, yang kemudiannya bersekutu dengan bekas saingan, PTP.




Sumber : – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
yg perempuan cantik aritu tu bkn ke ank sedara heols?
agak familiar jgk ngn thaksin.sbb i ingt selalu keluar psl dia zaman kegemilangan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ok ank perempuan dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
anak beranak die je yg jadi kerajaan sampai la ajm
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bila la nak selesai politik thai ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 05:44 AM | Show all posts
Shinawatra ni nama hakka dekat thailand, takdelah hebat mana pun negara kalau puak dia naik

https://en.wikipedia.org/wiki/Shinawatra_family

memang monopoly jawatan PM tu adik beradik anak beranak dia je.. sama mcm satu party dekat sini, tak bagi bangsa lain pegang pun.. dia dah susun plan dia untuk berpuluh tahun akan datang..

boycot dgn monopoly ni game diorang dari dulu lagi, tu yg dia takut bayang sendiri bila kita buat bmf dulu, tp skrg geng acah liberal yg bengap ubi, terlampau nak political correctness sangat kan sampai tergadai maruah.. asalkan nampak popular. hadap sangat puji manusia bermuka2 lidah bercabang ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.225523 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list