CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50825|Reply: 8

Pendekkan waktu kerja tak jejas kualiti perkhidmatan, pernah dibuat sebelum ini - CUEPACS

[Copy link]
Post time 22-11-2024 07:19 PM | Show all posts |Read mode





JOHOR BAHRU: Langkah memendekkan waktu bekerja seperti cadangan Kerajaan Johor tidak akan menjejaskan kualiti dan produktiviti sektor awam, sebaliknya dapat mentranformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam menjadi lebih cekap.


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat, berkata inisiatif Kerajaan Johor untuk meneliti cadangan pelaksanaan itu sebenarnya selari dengan usaha kerajaan mempertingkatkan produktiviti dan menambah baik serta memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam.


Beliau berkata, langkah memendekkan waktu bekerja bukan suatu perkara yang patut dilihat daripada sudut negatif kerana ia sebenarnya sudah dibuat sebelum ini.


Katanya, pada 1 Januari 2023, kerajaan melalui Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) menetapkan tempoh waktu bekerja dikurangkan kepada 45 jam seminggu berbanding 48 jam seminggu sebelum itu.


"CUEPACS menyambut baik dan menyokong langkah Kerajaan Johor mempertimbangkan pelaksanaan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah.


"engurangan waktu bekerja itu tidak menjejaskan langsung produktiviti di semua sektor pekerjaan termasuk sektor awam kerana pelbagai langkah diambil dan diselaraskan untuk memastikan kualiti produktiviti terus ditingkatkan.


"Menerusi proses dan sistem teratur yang dilaksanakan kelak, CUEPACS yakin waktu bekerja yang pendek benar-benar membawa kepada peningkatan produktiviti kerana pekerja berasa bersemangat dan dihargai.


"CUEPACS yakin melalui langkah pendigitalan kerajaan di samping agenda mereformasi perkhidmatan awam melalui aspirasi Malaysia Madani tidak akan menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, sebaliknya menjadikannya lebih cekap," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Semalam, Johor dilaporkan sedang meneliti cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada hanya empat hari setengah seminggu.


Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dilaporkan berkata ia susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.


Sementara itu, Adnan berkata, CUEPACS juga yakin kerajaan tidak akan melaksanakan perkara itu tanpa membuat kajian serta penelitian lanjut.


Katanya, kerajaan sebelum ini juga memulakan beberapa strategi untuk meningkatkan kualiti sektor awam dengan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, mempercepat pendigitalan dan memberi penekanan kepada tadbir urus yang baik.


"CUEPACS yakin penjawat awam akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam apa jua keadaan sekali pun.


"Langkah memendekkan waktu bekerja membolehkan pekerja menikmati hidup lebih sihat, bekerja tanpa tekanan, seterusnya diterjemahkan dengan meningkatkan produktiviti pekerjaan.


"Usaha ini secara tidak langsung dapat mencapai keseimbangan dalam pekerjaan serta kehidupan pekerja, selain tidak menjejaskan produktiviti ditetapkan majikan," katanya.


Adnan berkata, semua pihak perlu terbuka kepada langkah penambahbaikan kualiti kehidupan pekerja untuk mereka menikmati keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan.


Katanya, dalam pelaksanaan cadangan pengurangan jam bekerja ini juga, majikan seharusnya bersedia memastikan pelaksanaannya tidak memberi impak sebaliknya.


"Kebanyakan negara maju sudah memendekkan waktu bekerja dan ia tidak menjejaskan produktiviti sumber manusia di negara berkenaan.


"Iceland antara kayu pengukur kejayaan kepada pengurangan waktu kerja iaitu daripada purata 40 jam kepada 35 jam seminggu," katanya.




Sumber – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 08:45 PM | Show all posts
considering the actual workload versus the working hours versus the output....i am not surprised with this statement.....underutilization....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ni bagus untuk kesihatan mental
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tp ade yg tak setuju. siapa kah itew
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
9 jam sehari untuk 5 hari? Memang dah begitu pun sebelum ni kan, masuk 8am balik 5pm?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu..tak jejaskan produktiviti rasanya. Kerja @ tak kerja sama je rasanya. Patutnya jadikan 4 hari setengah cuti, yang baki tu datang masuk pejabat bekerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2024 06:53 PM | Show all posts
takda siapa berani petik, waktu kerja kurang, gaji perjam pun ikut berkurang....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika buat pun gomen kerajaan negeri jer ikut, k yg gomen persekutuan yg dok situ kne ikut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarapan pagi 2 jam, makan tengah hari 2 jam, ujung-ujung berapa jah jam kerjanya, mengulor jah lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.046643 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list