View: 21487|Reply: 24
|
RTM jawab dakwaan lewat bayar gaji, aduan dibuat ‘Piecemeal’ baru bertugas bulan lepas
[Copy link]
|
|
RTM jawab dakwaan lewat bayar gaji selepas satu pendedahan dibuat oleh seorang individu dipercayai staf syarikat berkenaan di platform Linkedin.
Menerusi kenyataan media yang dibuat Radio Televisyen Malaysia (RTM), pihak mereka menjelaskan bahawa isu kelewatan bayaran perkhidmatan tenaga kreatif (piecemeal) adalah isu terpencil.
Aduan dibuat juga merupakan dari Piecemeal yang baru sahaja memulakan tugas pada 24 Oktober 2024.
Jadi, pihak RTM memaklumkan yang mereka menggunakan kaedah Tatacara Peroleh WP10.9 bagi proses pembayaran perkhidmatan untuk Piecemeal di RTM.
“Proses pembayaran perkhidmatan bagi semua Piecemeal di RTM kin menggunakan sepenuhnya kaedah Tatacara Perolehan WP10.9 iaitu bayaran bagi perkhidmatan akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima,” ujarnya.
RTM jawab dakwaan lewat bayar gaji, dokumen tuntutan diberi Piecemeal tak lengkap
Jelas RTM lagi, Piecemeal yang membuat aduan sebelum ini telah menghantar dokumen tuntutan namun ia tidak lengkap.
Susulan itu, dia telah diminta untuk melengkapkan semula dokumen sebelum ia diproses. untuk prosedur seterusnya.
RTM sentiasa pastikan bayaran Piecemeal dibuat secara teratur
RTM jawab dakwaan lewat bayar gaji yang tular sebelum ini
Tegas RTM lagi, pihak mereka sentiasa memastikan pembayaran perkhidmatan kepada Piecemeal dibuat secara teratur dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuatkuasa.
Terdahulu, tular satu perkongsian yang dibuat staf RTM apabila mendakwa lewat menerima gaji lebih dua bulan daripada pihak atasan syarikat berkenaan.
Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil dan akan mengadakan pertemuan dengan individu dipercayai editor di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Ketua Pengarah RTM juga, Datuk Suhaimi Sulaiman turut memberi respon dengan menyatakan akan membuat penelitian tentang isu tersebut serta bertemu dengan individu berkenaan.
Sumber: Instagram Suhaimi Sulaiman, Oh My Media |
|
|
|
|
|
|
|
Lama x nengok Datuk SS ni..last nengok..msh kt tv3... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo masuk keje gomen mmg akan lambat masuk gaji pertama melainkan ko sendiri buat gaji ko mcm aku...sbbkn aku post kt hr so aku sendiri isi borng kewpa pastu htr kewangan, cepatla dpt sbb semua dokumen lengkap...delay sebulan je compare ngan org lain sampai 2bulan pon xdpt lg gaji
|
|
|
|
|
|
|
|
tokmi masa muda sedap mata memandang. pakej gak la dgn suara yg sedap didengar.
sekarang - suara je menten. rupa...no komen |
|
|
|
|
|
|
|
wig kah ? lain mcm je rambut tu |
|
|
|
|
|
|
|
ni yang viral kat linkedin tu
ada sorang tu komen tolong delete nanti kena saman.
|
|
|
|
|
|
|
|
so bdk tu kontrak je pastu gaji lambat terus buat surat nk respon dr pm terus?
kdg lantang ni bagus tapi terlalu lantang idk tunjuk bodo sendiri or how? sb rtm dah jwb bdk tu yg bg dokumen tak lengkap. |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih tertarik nakkomen pasal suhaimi sulaiman tu. umo berapa dah dia? dia tak kawin2 ke?
i nak tau jugak kisah hidup dia skrg. sbb nampak makin membesar. pastu kat event rtm mesti dia ada |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kerja gomen, kalau staff baru akan dpt lambat ke gaji dlm sebulan dua? Iolls tak penah keje gomen. Keje swasta tak kira la baru 2 minggu kerja ke, sebulan kerja ke, kalau time tu mmg hari company masuk gaji, mmg auto dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
kemain ye.. pnjg lebar ko menulis kutukan dpt gj lambat tu hahaha.. padahal x lengkap segala doc ko..
|
|
|
|
|
|
|
|
Keja gomen dulu2 6 bln kot baru dpt gaji. Aku dulu survive dgn duit part time yg aku buat masa cuti sem. |
|
|
|
|
|
|
|
Iye kan??? Selalu je iolss dengar orang bagitau, keje gomen ni 1st gaji tu memang lambat la sikit |
|
|
|
|
|
|
|
lambat sign lo ke hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
imanda replied at 22-11-2024 11:16 AM
so bdk tu kontrak je pastu gaji lambat terus buat surat nk respon dr pm terus?
kdg lantang ni bagus ...
Tp gov ni pasal document xlengkap ni yg aku marah, cuba dlm seminggu repon cakap doc xlengkap, xde la delay sampai sebulan ye x..nk kene tumggu sebulan baru tau dokumen xlengkap, document hilang paling cam haram |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lebih tertarik dengan rambut dia yang ermmmm entahlah naaaaaaaakkkkk! |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh...lupa nak bagitau. uolss kalau nak jumpa tok SS ni, pergi lah Balai raya Kg. Sg. Ramal Dalam tu. heolss ada buat kelas apa ntah kat situ. tetiap ahad. pukul 9-11am tak silap. tua, muda semua boleh join.
free je.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|