View: 23601|Reply: 8
|
Jamal Abdillah rasa belum layak terima Biduan Negara - "Saya bersyukur kalau ada, namun tidak mengharapkan sangat"
[Copy link]
|
|
Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah berpendapat dirinya belum layak untuk dinobatkan sebagai Biduan Negara walaupun sudah lima dekad berkecimpung dalam industri seni tanah air.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, berkata, dia menganggap pengiktirafan itu terlalu tinggi untuk diterima.
"Belum lagi rasanya, mungkin setahun dua lagi. Apapun setiap pengiktirafan yang diterima perlu melihat berdasarkan penglibatan dan pengorbanan kita dalam industri seni.
"Saya bersyukur kalau ada, namun tidak mengharapkan sangat kerana penghormatan itu terlalu tinggi untuk diterima,"katanya ketika ditemui pada sidang media Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra di sini.
Ditanya mengenai pengiktirafan yang diterima Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara, Jamal tidak tahu menahu mengenai anugerah itu.
"Saya belum dapat maklumat lagi mengenai pengiktirafan itu. Saya tak tahu siapa yang memilih dan dipilih oleh siapa. Jadi saya tak boleh nak komen apa-apa," katanya ringkas.
Terdahulu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Sumber : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Layak je dia...dia berbakat dalam lakonan dan nyanyian...dah berapa ratus list lagu2 dia..suara sedap pula...
Kalau seniman agung tu hanya P.Ramlee sajala..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by addamnor at 21-11-2024 09:09 PM
maintain good relationship dengan agensi kerajaan / kementerian kesenian dan kebudayaan. jgn tunjuk kecenderungan kepada mana2 parti politik, jgn too loud against government, jgn jadi scammer, jgn buat tebiat lalok di tempat awam or on stage, insya allah ke arah gelaran tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak layak cowieeee, part suara mayb la, attitude perangai overall as manusia nehiiiiiii jauh panggang dr api |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahla hebat sgt ke die ni zaman die dulu?kriteria biduan tu apa.siti tahu la ade track rekod hebat and still relevan smpai skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak layak sebab mendada, pernah langgar undang2 masa covid, rumahtangga berantakan, menjawab soalan pasal siti ni pun sombong je bunyinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni manjang semua benda xtau
Tau buat ank je
Result spm ank sdr pun dia xtau |
|
|
|
|
|
|
|
Laa jamal ni lg layak kot dr siti. Siti harap nyanyi je |
|
|
|
|
|
|
|
Mamaperdana replied at 22-11-2024 06:03 AM
Laa jamal ni lg layak kot dr siti. Siti harap nyanyi je
Tp Ada rekod mendadih.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|