CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14418|Reply: 0

[Sabah] Sapawi pertahan jawatan Yang Dipertua USIA

[Copy link]
Post time 18-11-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode


SAPAWI

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu pada 6-7 Disember depan.

Katanya, keputusan itu bertujuan merealisasikan visi dan misinya menerusi Pelan Strategik Pembugaran USIA 2022-2024 ke arah mengembalikan kegemilangan USIA tercapai, seiring Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

"Saya mempertahankan jawatan Yang Dipertua USIA untuk memastikan pelaksanaan visi dan misi itu berjalan lancar bagi kepentingan ummah keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Pusat Pembangunan Komuniti (PPK) Wanita USIA Negeri Sabah di Tanjung Aru, dekat sini kelmarin.
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Samad Jambri merasmikan pusat berkenaan.

Sapawi mengulangi komitmennya meneruskan agenda pembugaran USIA yang mana sebahagian daripadanya sudah siap, manakala sebahagian lagi sedang dalam peringkat pelaksanaan.

Antara visi dan misi itu termasuk memperkasa, membugar dan menggilap imej USIA, mempelbagaikan aktiviti dakwah dan mengukuhkan pengurusan organisasi, aset dan kewangan.

Dalam pada itu, beliau berkata program jerayawara bagi memperjelaskan mengenai pencapaian Indek Prestasi Utama (KPI) menerusi pelan strategik itu, kini sedang berjalan mengikut zon yang ditetapkan.

Terbaru diadakan kelmarin bagi Zon Kota Kinabalu, dan akan disusuli Zon Sandakan, Lahad Datu dan Tawau selepas ini.

"Menerusi program jerayawara ini, kita memberi penjelasan mengenai kemajuan dan prestasi pelaksanaan program USIA seperti digariskan dalam pelan strategik itu.

"Pelaksanaan pelan strategik ini memerlukan kesinambungan kepimpinan, ketelusan dan keikhlasan serta kesediaan bekerja keras sebagai satu pasukan.

"Ini penting supaya USIA dapat terus berperanan membangunkan masyarakat selari dengan Hala Tuju SMJ, yang bermaksud kita sentiasa relevan dengan keadaan semasa," katanya.

Sapawi berkata pelan strategik yang diperkenalkannya itu cukup komprehensif sifatnya, merangkumi semua aspek termasuk pembangunan sumber manusia dari segi teknologi maklumat serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Katanya, semua perancangan strategik itu perlu diteruskan oleh siapapun yang diberikan amanah untuk menggalas kepemimpinan USIA, demi kepentingan ummah keseluruhannya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.033934 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list