CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74095|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ibu mangsa kontena hempap kereta tuntut keadilan

[Copy link]
Post time 16-11-2024 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Ibu mangsa kontena hempap kereta tuntut keadilan

BERNAMA





STEVEN Sim (dua, kanan) menyampaikan bantuan Perkeso ibu mendiang Lee Zi Rou iaitu Lim Sheau Ling ketika ditemui hari ini. FOTO Bernama.



Bukit Mertajam: Ibu pemandu wanita yang maut selepas keretanya dihempap kontena terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Bukit Tengah di sini Rabu lalu mahu pihak bertanggungjawab dalam nahas itu dikenakan tindakan tegas sebagai satu bentuk keadilan kepada mangsa.

Lim Sheau Ling, 42, berkata beliau amat berharap tindakan undang-undang mampu mengelakkan nahas yang menimpa Lee Zi Rou, 21, terjadi kepada pengguna jalan raya lain.

"Anak saya tidak akan kembali, jadi saya mahu satu keadilan untuknya dan tidak mahu orang lain pula kena. Anak saya tidak ada salah, dia anak yang baik, rajin dan selalu membantu keluarga.

"Malah sejak di bangku sekolah, mendiang yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu sering bekerja sambilan mencari duit bagi membantu saya dan adik-adiknya," kata wanita itu dalam keadaan sebak ketika ditemui di rumah mereka di Taman Alma di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam menziarahi keluarga mendiang bagi menyampaikan bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Insiden pada kira-kira 9.30 pagi itu menyaksikan Lee, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Seberang Jaya di sini dengan memandu kereta Perodua Bezza, maut di lokasi kejadian kerana tersepit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Lim, yang bekerja sendiri, sangat terkesan dengan kemalangan itu kerana Lee sempat menghubunginya memaklumkan terlibat dalam nahas berkenaan sebelum beliau bergegas ke lokasi nahas.

"Dalam panggilan itu, dia maklumkan terlalu sakit dan sempat meluahkan kata-kata 'mami tolong saya'. Sampai hari ini, masih terngiang-ngiang (di telinga saya) suara dia," katanya yang tidak menyangka itulah perbualan terakhir mereka.

Sementara itu, Sim berkata semakan mendapati mangsa yang merupakan kerani di sebuah syarikat adalah pencarum PERKESO sejak 1 Okt 2022 dan layak menerima manfaat bawah Skim Bencana Pekerjaan kerana terkorban dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Beliau berkata selain Faedah Pengurusan Mayat, waris layak mendapat Faedah Orang Tanggungan setiap bulan yang dibayar sepanjang hayat kepada ibu dan dua adiknya hingga berusia 21 tahun.

"Sumbangan itu diharap dapat meringankan beban keluarga dan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan kaunselor kepada keluarga mangsa manakala pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Berapit akan menyediakan khidmat guaman percuma," katanya.

Mendiang akan disemadikan di Krematorium Berapit di sini esok.



Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 6:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1155825/ibu-mangsa-kontena-hempap-kereta-tuntut-keadilan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.028572 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list