CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68794|Reply: 0

[Pulau Pinang] Paras air empangan di bahagian pulau meningkat - PBAPP

[Copy link]
Post time 16-11-2024 12:43 AM | Show all posts |Read mode
Paras air empangan di bahagian pulau meningkat - PBAPP

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




KAPASITI efektif bagi Empangan Air Itam mencapai sebanyak 81.5 peratus setakat semalam dengan taburan hujan di KTA sebanyak 772.5 mm. FOTO Ihsan PBAPP




Georgetown: Paras simpanan air mentah di Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang dekat sini, masih belum mencapai tahap optimum persediaan bagi menghadapi musim kering akan datang, walaupun taburan hujan di kawasan tadahan air (KTA) Pulau Pinang itu meningkatkan kapasiti efektifnya sejak September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk K Pathmanathan berkata, kapasiti efektif bagi Empangan Air Itam mencapai sebanyak 81.5 peratus dalam tempoh 75 hari dengan taburan hujan di KTA sebanyak 772.5 milimeter (mm) sehingga semalam.

Menurutnya, Empangan Teluk Bahang pula capai sebanyak 51.2 peratus dalam tempoh sama, dengan taburan hujan sebanyak 796 mm.

"Empangan Mengkuang turut mencapai sebanyak 91.3 peratus dengan taburan hujan sebanyak 1,100 mm dalam tempoh itu.

"Sebanyak 2,159 juta liter kapasiti efektif Empangan Air Itam sudah pulih ke tahap selamat iaitu 81.5 peratus.

"Kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang iaitu 18,240 mililiter (ml) meningkat sejak 31 Ogos lalu dan peningkatannya melebihi paras 50 peratus," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Pathmanathan berkata, Empangan Teluk Bahang lebih besar berbanding di Air Itam dan lebih banyak hujan diperlukan bagi mengisi semula ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya, ia menjadikan kapasiti efektif semasa Empangan Teluk Bahang masih 'belum selamat'.

"Dalam persediaan menghadapi musim kemarau yang dijangka bermula pada Januari depan, PBAPP sudah mengambil langkah awal dengan melaksana protokol kawalan cuaca kering pada November ini.

"Langkah berkenaan merangkumi pengurangan pengeluaran air harian dari empangan utama, mengepam air terawat dari loji tertentu serta meminimumkan pelepasan dari Empangan Teluk Bahang.

"Matlamat ini adalah bagi memaksimumkan kapasiti efektif empangan Air Itam dan Teluk Bahang menjelang hujung tahun ini supaya Pulau Pinang berada dalam posisi terbaik bagi menghadapi suku pertama 2025 yang berpotensi panas dan kering," katanya.

Sehubungan itu, Pathmanathan menyeru kepada sebanyak 689,786 pengguna air di negeri itu supaya berjimat dalam penggunaan bagi memastikan kapasiti empangan lebih tinggi dan tahan lebih lama sepanjang musim kering.

"Usaha penjimatan sebanyak 10 peratus dalam penggunaan dapat membantu mengekalkan rizab air, khususnya bagi menghadapi musim perayaan yang sering menunjukkan lonjakan penggunaan.

"PBAPP merayu kepada pengguna Pulau Pinang bagi memainkan peranan mereka dan ia lebih proaktif dan produktif dalam kurang menggunakan air, daripada bimbang dan merungut tentang kapasiti empangan yang rendah," katanya.



Disiarkan pada: November 15, 2024 @ 2:30pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1155315/paras-air-empangan-di-bahagian-pulau-meningkat-pbapp




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.033222 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list