CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51547|Reply: 6

[Tempatan] Khatib tertinggal rukun khutbah Jumaat, solat kariah 16 masjid di Rembau tak sah

[Copy link]
Post time 15-11-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Khatib tertinggal rukun khutbah Jumaat, solat kariah 16 masjid di Rembau tak sah

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... asjid-di-rembau-tak

Mohd Amin Jalil
[email protected]

Disiarkan pada: November 15, 2024 @ 5:21pm


FOTO HIASAN.

Seremban: Solat Jumaat bagi kariah 16 buah masjid di Rembau, dekat sini, ditafsirkan tidak sah susulan khatib dikatakan tertinggal satu rukun khutbah, 8 November lalu.

Sehubungan itu, kariah masjid berkenaan diminta menggantikannya dengan solat Zohor.

Masjid berkenaan ialah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pedas Tengah dan Masjid Kariah Durian Daun.

Selain itu, Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah Nerasau, Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri, Masjid Kariah Kundur Hulu, Masjid Kariah Miku Lama, Masjid Kariah Sawah Raja dan Masjid Kariah Senama.

Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin dalam satu surat pemakluman kepada Pegawai Agama Islam Daerah Rembau bertarikh 13 November lalu, memaklumkan solat Jumaat membabitkan masjid-masjid berkenaan adalah tidak sah.

"Khatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah Jumaat pada 8 November 2024 yang lalu.

"Pesanan bertakwa kepada Allah adalah rukun khutbah Jumaat dan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab.

"Jika khatib tidak membaca rukun ini dengan bahasa Arab di dalam khutbah, maka khutbahnya adalah tidak sah," katanya.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Daerah Rembau perlu membuat pemakluman berkenaan perkara ini kepada masjid-masjid yang terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang siapkan teks khutbah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau yang buat salah teks patut minta maaf la....jangan rasa mia sangat sampai rasa terhina untuk minta maaf pada anak2 kariah masjid2 itu. At the end diorang salahkan Imam
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:44 PM | Show all posts
Aku hanya mampu tergelak. ha ha ha... Bukan satu masjid, 16!!! Apa da...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
takkan khatib pun tak perasan dok baca khutbah sokmo??
ke mmg tukar2 org setiap mgu??
rasa masjid anak iols solat mcm org sama sbb suara sama je dgr.
sape buat teks sila mohon maaf jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2024 10:04 PM | Show all posts
kalau sampai 16 khatib yang tersalah, mesti ada somethng wrong dgn teks khutbah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.142312 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list