View: 49384|Reply: 12
|
[Tempatan]
Video PMX Anwar Ibrahim sokong Israel di CNN telah disunting, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil
[Copy link]
|
|
Video Anwar sokong Israel di CNN telah disunting, kata Fahmi
https://m.malaysiakini.com/news/726067
Shakira Buang
Diterbitkan: Nov 15, 2024 4:26 PM
Dikemaskini: 4:27 PM
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, video tular di media sosial berkaitan kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang didakwa menerima “hak Israel untuk wujud dan mempertahankan diri" telah disunting pihak tertentu.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata dia percaya video-video tersebut disunting selepas status ucapan Anwar mengenai kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh diturunkan di platform media sosial, Facebook.
"Bila kita teliti keseluruhan apa disunting, saya kenal watak menyunting dan sifat mereka menyunting dan di sini lakukan kesilapan kerana untuk kata perdana menteri yang posting beliau ucap takziah atas pembunuhan Ismail diturunkan anti kumpulan Hamas.
"Perdana menteri menyatakan beliau paling bertegas dengan setiausaha negara Amerika Syarikat. Puak-puak menyunting apapun kita buat mereka tidak akan gembira namun penting kita tahu apa kita perjuangkan masa depan lebih baik buat Palestin," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.
Fahmi berkata demikian ketika mengulas pertanyaan media mengenai penularan keratan video temubual Anwar bersama CNN yang diacarakan oleh Richard Quest baru-baru ini.
Media hari ini melaporkan pemimpin pembangkang dan aktivis pro-Palestin melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap pendirian Anwar yang didakwa menerima hak Israel untuk wujud dan untuk mempertahankan diri - dua tuntutan yang sering dibuat terhadap pemimpin Islam oleh kerajaan Barat yang menyokong rejim Zionis itu.
Dalam pada itu, Fahmi berkata dia telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti dan membuat siasatan terhadap penularan video pendek berkenaan di platform media sosial.
"Saya tegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang terutama rakan media dari membuat laporan tapi kita harus berhati-hati untuk melayan spekulasi ataupun menterjemah spekulasi seolah-olah ia adalah fakta.
“Jadi seringkali teguran dibuat tapi sekiranya perlu kita akan pertimbang tindakan yang lebih tegas jadi saya akan minta MCMC untuk teliti," katanya lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Silakan pami beskal tunjukkan video yang tak disunting
Baru kami purcaya |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak hairan sejenis dua alam |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Damage is done. Fahmi lmbt bertindak.
Btw dato Nala da bitau lama da peribadi pmx ni mcm mn. Btl lah dato Nala tu ckp. Nak Tau blh tgk video lama dato Nala kat utube |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke anwar memang dari dulu sokong two-state solution?
Sudah tukar ka |
|
|
|
|
|
|
|
Saya supports nuar. Jika apa apa terjadi kepada malaysia kau orang fikir ada negara Islam nak Bantu Malaysia?
Jadi lebih baik ambil jalan selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Two state solution is just another puberty wet dream.
Anwar is so hungry for recognition. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapok tua ni mmg 2 alam. Blakang depan kaki tibai |
|
|
|
|
|
|
|
Akui hak Israel wujud tu umpama
Akui hak perogol wujud utk merogol mangsa
Akui hak pembunuh membunuh mangsa
Akui hak perampas merampas hak org lain
Dh tua pun bodo
Akui hak |
|
|
|
|
|
|
|
Dia merepek jgk rupanya kat apec.. adehh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|