CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48975|Reply: 3

[Tempatan] Pendedahan baru: 'RM70 juta, kau fikir saya tak sakit hati?'. #3, Adun Sabah dituduh rasuah: Apa setakat ini?

[Copy link]
Post time 15-11-2024 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-11-2024 08:47 AM

Pendedahan baru: 'RM70 juta, kau fikir saya tak sakit hati?'

https://m.malaysiakini.com/news/725992

RK Anand
Diterbitkan:  Nov 14, 2024 8:30 PM
Dikemaskini: 9:19 PM



Pemberi maklumat dalam dakwaan skandal rasuah di Sabah mengeluarkan video baru berkaitan perbincangan dana berjumlah puluhan juta ringgit.

Malaysiakini difahamkan bahawa klip itu adalah versi suntingan daripada rakaman perbincangan yang lebih panjang antara pemberi maklumat dan Adun Tempasuk, Mohd Arsad Bistari.

Pemberi maklumat berkata versi suntingan ini tidak termasuk perbincangan mengenai wang yang didakwa sebagai suapan untuk menyokong projek negeri.

Dalam rakaman tersebut, perbincangan berpusat pada projek-projek yang dikatakan “disekat” oleh seseorang, yang dipercayai merujuk kepada Ketua Menteri Hajiji Noor.

“Selain projek saya, Datuk ada banyak projek lain, adakah dia sekat mana-mana projek Datuk?” tanya pemberi maklumat.

“Banyak,” jawab ahli politik berusia 49 tahun itu, yang juga pengerusi Softwoods Sabah Bhd, syarikat yang terlibat dalam penanaman semula pokok secara besar-besaran.

“Banyak, Tenom (projek) terbaru, RM70 juta,” tambahnya.

Ketika ini, Arsad, yang wajahnya tidak kelihatan dalam beberapa bahagian, menyebut nama menteri kewangan negeri, Masidi Manjun, dan mengaitkan masalah tersebut dengan “pasukan lama”.

“RM70 juta, saya kutip 20 peratus. Berapa banyak duit? Konsesi tiga tahun. Kau fikir saya tidak sakit hati?”

“Saya belanja ketua bahagian berapa banyak sudah,” tambahnya.

Video itu bagaimanapun tidak menjelaskan perincian berkaitan projek itu, sama ada miliknya atau komisyen saja.

Apabila ditanya sama ada Hajiji berjanji untuk memberikannya projek tersebut tetapi kemudian menarik balik dari belakang, Arsad menjawab: “Masalahnya adalah pasukan lama. Masidi Manjun ambil alih.”

Pernah mengeluh mengenai akaun

Malaysiakini dimaklumkan bahawa projek tersebut tidak berkaitan dengan pemberi maklumat itu.

Arsad kemudian menjelaskan perubahan yang berlaku sejak ketua menteri melantik Masidi, yang juga Adun Karanaan dan setiausaha agung Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Hajiji, sebagai menteri kewangan negeri selepas krisis politik tahun 2023.

Sebelum menjadi menteri kewangan, Masidi adalah menteri kerajaan tempatan dan perumahan negeri.

Arsad membayangkan bahawa selepas Masidi mengambil alih portfolio kewangan, pendekatan terhadap projek berskala besar berubah.

“Setiap kali ada mesyuarat putuskan projek besar, RM30 juta, RM50 juta, RM70 juta, prosedur ada. Jadi Masidi nasihat dia begini, itu juga masalah,” tambahnya.

Dia juga menggunakan istilah “jolok,” yang dalam bahasa pasar bermaksud menawarkan rasuah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Arsad mengisyaratkan bahawa seseorang ditawarkan rasuah.

Arsad turut menyebut beberapa individu yang digambarkannya sebagai satu “pasukan”

“Ini pasukan, saya, Gulam, Jasnih, Andi, Samad. Lima orang kami,” tambahnya, yang mana sari kata mendakwa merujuk kepada Adun Kawang Gulam Haidar Khan Bahadar, Adun Pantai Dalit Jasnih Daya, Adun Lubuk Samad Jambri, dan Adun Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Bandy.


Masidi Manjun

Apabila pemberi maklumat bertanya jika Masidi “sekat,” Arsad, bagaimanapun, menjawab: “Bukan sekat.”

Adun tersebut juga mendakwa bahawa menteri kewangan berusia 73 tahun itu pernah mengeluh mengenai akaunnya.

“Kau tahu apa Masidi bilang? Selama sebelum in Yang Berhormat Pegang, saya punya akaun kosong. Dia bilang tak ada duit. Sekarang saya mahu beli rumah, saya mahu kasi siap rumah, saya mahu berhenti,’ tambahnya, merujuk kepada menteri kewangan yang mempunyai latar belakang dalam undang-undang.

Pemberi maklumat yang terkejut kemudian menjawab dengan nada sinis: “Apa dia tak ada duit.”

Arsad adalah antara sekumpulan Adun Umno yang menyokong Ketua Menteri Hajiji Noor semasa krisis politik tahun lalu selepas Umno Sabah menarik sokongannya.

Umno Sabah menafikan sebarang kaitan dengan dakwaan skandal itu.

Sementara itu Arsad ketika dihubungi Malaysiakini hari ini tidak menafikan perbualan tersebut berlangsung.

Bagaimanapun, dia menggesa Malaysiakini agar tidak lagi menerbitkan cerita “tular” ini dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

Ini adalah video kedua melibatkan Adun dan video ketiga yang dikeluarkan oleh pemberi maklumat setakat ini.

Semalam, Malaysiakini menyiarkan video Adun Kemabong Rubin Balang dan pemberi maklumat berunding mengenai perjanjian perniagaan melibatkan syarikat milik anak-anak ahli politik veteran itu.

Pemberi maklumat menegaskan dia tidak menawarkan rasuah kepada ahli politik itu, dan Rubin juga mendakwa tiada sebab untuk dia disiasat.

Sementara itu Masidi menjelaskan, kelulusan bagi setiap projek di Sabah adalah ditentukan oleh jawatankuasa tender negeri yang dipengerusikan oleh setiausaha tetap kementerian.

“Menteri tidak terlibat dalam membuat keputusan tersebut,” katanya.

Selasa lalu, Malaysiakini menyiarkan video bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon, menuduh Ketua Menteri Hajiji Noor menyalahgunakan kuasa.

Dia mendakwa ketua menteri memihak kepada beberapa ahli perniagaan dan Adun tertentu.

Pemberi maklumat, yang memohon kekebalan bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, mendakwa mempunyai lapan video melibatkan lapan Adun.

Dia juga mengakui memberi rasuah kepada mereka atas alasan terpaksa kerana ia sudah menjadi “budaya”.

Hajiji menafikan sebarang salah laku atau penglibatan. Laporan kepada SPRM dan polis telah dibuat terhadap Jonith, yang dituduh bersekongkol dengan pemberi maklumat.

Sabtu lalu, Malaysiakini melaporkan terdapat lapan video melibatkan Adun, termasuk juga menteri negeri, yang bercakap tentang syarat pemulangan rasuah yang didakwa diberikan kepada mereka.

Malaysiakini turut menyiarkan klip audio selama 17 saat yang dimainkan oleh peguam pemberi maklumat kepada SPRM.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Borneo hebat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2024 04:46 PM | Show all posts
Adun Sabah dituduh rasuah: Apa setakat ini?

https://m.malaysiakini.com/news/726006

Diterbitkan:  Nov 15, 2024 8:58 AM⋅
Dikemaskini: 9:42 AM



Tuduhan rasuah melibatkan Adun Sabah muncul selepas seorang pendedah maklumat membocorkan beberapa video menunjukkan wakil rakyat didakwa membincangkan wang yang diterima bagi menyokong bidaan syarikat tertentu untuk projek negeri.

Pendedah maklumat tersebut, yang mengakui dirinya sebagai pemberi rasuah berkata dia sedia berkongsi semua bukti yang dimilikinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi meminta pihak berkuasa memberikan dirinya perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA).

Maklum balas pihak berkuasa

Pun begitu, Putrajaya dan SPRM dilihat keberatan untuk menjanjikan kekebalan kepada pendedah maklumat tersebut sebelum dia tampil ke hadapan.



Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menegaskan undang-undang menyatakan pendedah maklumat dilindungi apabila memberikan maklumat kepada pihak berkuasa. Namun, kata Azam perlindungan tersebut boleh dibatalkan jika individu itu didapati terlibat dalam kesalahan tersebut.

Pendedah maklumat kemudiannya menghantar surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon agar dia diberikan perlindungan, tetapi permintaan itu ditolak pemimpin negara yang menggesa pihak berkuasa turut menyiasat pemberi rasuah tersebut.

Warkah kepada Agong dan ancaman bunuh

Selepas itu, pendedah maklumat tersebut menulis surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memohon baginda untuk menyemak bukti yang dimilikinya dan memutuskan jika dia harus diberikan perlindungan.

Ketika dia terus berusaha mendapatkan perlindungan undang-undang, pendedah maklumat menerima ancaman bunuh, yang mendorongnya membuat laporan polis.

Klip video dan audio

Sementara itu, pendedah maklumat telah menyerahkan beberapa klip audio dan video kepada Malaysiakini yang mengaitkan beberapa Adun Sabah, termasuk yang berada dalam pentadbiran negeri.

Antaranya rakaman perbincangan seorang Adun negeri dengan seorang usahawan mengenai syarat-syarat pemulangan “RM500,000” yang diterimanya sebagai ganjaran untuk menyokong projek tersebut di negeri ini.



Adun Sindumin Yusof Yacob (gambar atas) dituduh sebagai ahli politik dalam klip audio tersebut, tetapi dia menafikan perkara itu, berkata ia mungkin dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Respon Hajiji

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor pula menggesa siasatan dan berjanji akan bekerjasama secara telus dengan SPRM sambil menuduh pendedah maklumat mempunyai niat jahat.

Pada hari sama, satu lagi klip video muncul, turut diberikan oleh pendedah maklumat sama, menampilkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), Jontih Enggihon mendakwa Hajiji telah menyalahgunakan kuasanya.

Tuduhan-tuduhan lain

Pada 13 Nov, Malaysiakini menerbitkan satu lagi klip video, kali ini menunjukkan perbualan antara pendedah maklumat dengan Adun Kemabong, Rubin Balang, dengan perbincangan melibatkan niat pendedah maklumat untuk menggunakan syarikat milik anak-anak Rubin bagi projek perlombongan setelah lesennya yang terdahulu dibatalkan.

Dalam pendedahan terbaru pada hari Khamis, pemberi maklumat mendakwa membocorkan satu lagi klip video, menunjukkan perbincangannya bersama Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 12:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042295 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list