CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31573|Reply: 0

[Perlis] Pelajar cedera jatuh bangunan sekolah, dipercayai khayal hisap vape 'mushroom'

[Copy link]
Post time 13-11-2024 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar cedera jatuh bangunan sekolah, dipercayai khayal hisap vape 'mushroom'

Aizat Sharif[email protected]




FOTO hiasan




Kangar: Seorang pelajar Tingkatan Dua yang dipercayai khayal selepas menghisap vape terjatuh dari bumbung tingkat satu bangunan sebuah sekolah menengah di daerah ini, hari ini.

Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Ariffin berkata, kejadian berlaku sekitar 11 pagi di bangunan blok pelajar sekolah itu.

"Berdasarkan keterangan pelajar itu, dia ada menghisap vape dalam kelas ketika waktu rehat di sekolah itu dan berikutan perbuatannya itu, dia berasa khayal.

"Dia kemudian turun dari tingkat satu bangunan sekolah itu menggunakan laluan bumbung, namun akibat khayal dia terjatuh dan luka ringan di kakinya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, selepas terjatuh, pelajar berkenaan menjadi tidak terkawal dan meracau sehingga memaksa pentadbiran sekolah menghubungi polis.

"Polis membawa pelajar berkenaan ke Klinik Kesihatan Kangar untuk pemeriksaan dan keputusan ujian air kencingnya negatif dari pengaruh dadah.

"Kami bekerjasama dengan polis menyiasat perkara ini," katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes berkenaan masih disiasat.

Dalam pada itu, sumber memberitahu Harian Metro vape digunakan pelajar berkenaan adalah vape jenis flavour mushroom yang penggunaannya kini menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah.



Disiarkan pada: November 13, 2024 @ 5:42pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1154646/pelajar-cedera-jatuh-bangunan-sekolah-dipercayai-khayal-hisap-vape-mushroom




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.668192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list