CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32694|Reply: 0

[Johor] Lebih 3,500 telekung disyaki tiruan dirampas

[Copy link]
Post time 13-11-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor merampas lebih 3,500 telekung jenama Siti Khadijah (SK) yang disyaki tiruan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Rengit, 5 November lalu. FOTO IHSAN KPDN

Batu Pahat: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merampas lebih 3,500 telekung yang disyaki tiruan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Rengit di sini, 5 November lalu.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, serbuan kira-kira jam 11 pagi itu dilakukan di rumah yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan barangan jenama terkenal yang disyaki tiruan oleh pejabat KPDN cawangan Batu Pahat.

Beliau berkata, tindakan diambil berikutan aduan diterima daripada pemilik cap dagang berkenaan dan pihaknya mengambil masa selama dua minggu bagi pemantauan serta risikan.

"Hasil serbuan, kita merampas dan menyita semua barangan disyaki tiruan iaitu sebanyak 3,585 telekung pelbagai warna, 700 'woven beg' dan 100 kotak menggunakan label pelbagai warna bernilai hampir RM126,775.

"Tindakan kes diambil di bawah Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019 bagi tujuan siasatan lanjut. Kita turut menahan seorang wanita berusia 37 tahun," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita tempatan yang ditahan itu adalah pemilik perniagaan.

"Syarikat terbabit sudah beroperasi sejak dua tahun dan bergerak aktif melalui penjualan dalam talian kepada pelanggan selain pembelian secara terus dari rumah," katanya.

Lilis Saslinda berkata, berdasarkan rekod bagi 2024 termasuk tindakan kes terbabit, pejabat KPDN cawangan Batu Pahat sudah mengambil tindakan sebanyak empat kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM150,155.

Beliau berkata, KPDN Johor akan terus bekerjasama dengan pemilik cap dagang dan agensi lain dalam usaha melindungi hak pengguna dan hak harta intelek milik industri.


Disiarkan pada: November 13, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 1.266928 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list