CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33850|Reply: 0

[Sarawak] MOTAC cadang insentif pengecualian cukai pendapatan kepada pelancongan domestik

[Copy link]
Post time 13-11-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode


Gambar Utusan Borneo

BINTULU: Insentif pengurangan cukai pendapatan peribadi dan pengecualian khas perlu diperkenalkan semula dan digabungkan menjelang penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, ia bagi menggalakkan rakyat tempatan bercuti di negara ini, sekali gus mampu memberi kesan berganda kepada ekonomi.

"Walaupun pengurangan khas cukai pendapatan peribadi dan pengecualian perbelanjaan pelancongan domestik adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF), namun MOTAC telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan MOF serta beberapa agensi berkaitan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, MOTAC dalam pada itu turut mengambil maklum berhubung isu pembukaan perniagaan oleh warga China di Semporna yang berkaitan isu salah guna visa yang mana MOTAC telah mengarahkan Pejabat Imigresen Daerah Semporna untuk mengambil tindakan segera terhadap warga China terbabit.

Beliau turut mengakui kekurangan operasi penguatkuasaan akibat kekurangan perjawatan dan sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menambah jawatan serta memisahkan fungsi pelesenan dan penguatkuasaan di peringkat ibu pejabat dan negeri.

"Sebagai langkah sementara, pegawai kontrak akan dilantik bagi urusan penguatkuasaan yang mana usaha ini diharapkan dapat meningkatkan penguatkuasaan dan melindungi kepentingan perniagaan tempatan," ujar beliau.

Tiong berkata, satu 'task force' dicadang ditubuhkan yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan agensi-agensi yang berkaitan.

Ia tegas beliau, bagi menangani isu perniagaan dan pengangkutan termasuk agensi pelancongan oleh warga negara asing serta sewaan lesen perniagaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.135465 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list