CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2343|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ujian sampel selut, air laut di Pantai Esen ambil masa berbulan - JAS

[Copy link]
Post time 12-11-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-11-2024 03:28 PM

Ujian sampel selut, air laut di Pantai Esen ambil masa berbulan - JAS

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
12 November 2024 01:38pm




Sampel air dan selut telah diambil untuk dijalankan ujian oleh Jabatan Kimia. (Gambar kecil: Norazizi)




GEORGE TOWN - Keputusan ujian sampel yang diambil dari Pantai Esen di Permatang Damar Laut, Batu Maung akan diperoleh dalam tempoh beberapa bulan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Norazizi Adinan berkata, sampel air dan selut diambil sejak kejadian selut tebal di pantai berkenaan dilaporkan dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk menjalani ujian.

"Kita telah ambil lima 'point' sampel yang terdiri daripada air laut dan selut di kawasan berkenaan.

"Keputusan ujian belum diperoleh, bila akan dapat, kita tidak tahu lagi kerana ia bergantung kepada jabatan kimia untuk membuat ujian.

"Memang memakan masa agak lama, kadang-kadang sampai enam bulan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


]
Keadaan di Pantai Esen yang dipenuhi selut tebal dan berbau busuk menyebabkan ia tidak lagi dikunjungi pengunjung untuk aktiviti beriadah.




Ditanya mengenai kekerapan sampel diambil, Norazizi berkata, sekali sahaja sampel diambil berikutan kawasan itu telah dibersihkan.

"JAS Pulau Pinang hanya ambil sekali sahaja (sampel) kerana kawasan itu telah dibersihkan dan keadaan sudah menjadi seperti sedia kala," tambahnya.


Jelas beliau lagi, JAS Pulau Pinang akan menggunakan 72 syarat yang diberikan JAS dalam surat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk pemaju Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) membentangkan keadaan semasa di pantai tersebut.

"Kita akan guna syarat-syarat EIA yang diberikan untuk pihak pemaju projek membentangkan keadaan di sekitar tambakan dari semasa ke semasa.

"Kita pun mahu tahu apa punca terjadinya fenomena tersebut," ujarnya.

Sebelum ini, Pantai Esen dilaporkan mengalami pencemaran yang teruk apabila dipenuhi dengan selut tebal selain berbau busuk.


Tempat peranginan tersebut yang dahulunya terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan bersih selain pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik, kini ibarat 'pantai hantu' kerana tiada pengunjung berikutan air lautnya kotor dan tercemar.


Menurut penduduk di kawasan tersebut, keadaan selut tebal berwarna hitam itu dipercayai berpunca daripada kerja tambakan untuk Projek Pulau Silikon yang dijalankan di kawasan tersebut.

Tambah mereka, sebelum projek tambakan itu dijalankan, air laut akan naik sehingga ke daratan sekiranya musim air pasang besar namun kini, ia seperti tersekat.

https://www.sinarharian.com.my/article/696118/edisi/utara/ujian-sampel-selut-air-laut-di-pantai-esen-ambil-masa-berbulan---jas


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035872 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list