CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27945|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bendasing di perairan Tanjung Bungah disiasat

[Copy link]
Post time 11-11-2024 03:31 AM | Show all posts |Read mode
Bendasing di perairan Tanjung Bungah disiasat

MOHD ISKANDAR OTHMAN
10 November 2024 09:48pm




Tular beberapa keping gambar dan video kewujudan bendasing di perairan Tanjung Bungah pada Ahad.




GEORGE TOWN - Jabatan Perikanan (DoF) akan melakukan penilaian kualiti air di kawasan perairan Tanjung Bungah di sini untuk mengenal pasti bendasing yang terapung seperti gambar yang tular di media sosial pada Ahad.

Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, penilaian itu akan dibuat untuk menguji sama ada berlaku fenomena algae bloom yang di perairan berkenaan.

"Esok (Isnin) insya-ALLAH DoF akan buat penilaian kualiti air untuk uji sama ada berlaku algae bloom sekiranya masih kelihatan benda yang terapung itu.

]



"Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga akan siasat esok kerana kita pun belum tahu ia berpunca dari mana," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Ahad.

Terdahulu tular beberapa keping gambar dan video mengenai bendasing yang kelihatan di perairan Tanjung Bungah di sini.

Rata-rata warganet melahirkan kebimbangan dengan pencemaran misteri itu kerana bimbang akan berisiko kepada orang ramai selain menjejaskan mata pencarian nelayan di negeri ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/695818/edisi/utara/bendasing-di-perairan-tanjung-bungah-disiasat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.110941 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list