View: 28495|Reply: 23
|
KP Kastam nafi adakan pertemuan dengan Azam Baki di Genting Highlands
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan tohmahan Ketua Pengarah Kastam (KPK) dan pengarah kastam lain mengadakan pertemuan dengan n Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Genting Highlands.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, berkata pertemuan itu adalah Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia 2024 anjuran Cawangan Integriti di sebuah hotel di Genting Highlands bermula semalam hingga esok.
Menurutnya persidangan itu sudah menjadi acara tahunan buat warga JKDM sejak tahun 2017 dalam usaha meningkatkan integriti dalam kalangan kakitangan agensi itu.
"Sehubungan itu, JKDM ingin membuat penafian berhubung tohmahan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Objektif persidangan ini memupuk budaya integriti dalam kalangan warga JKDM bagi pelaksanaan tugas harian serta sebagai platform untuk menyalurkan informasi serta perkongsian amalan terbaik untuk memperkasa budaya integriti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular satu hantaran di sebuah halaman di aplikasi Telegram yang dengan ringkas menyatakan KPK dan pengarah JKDM mengadakan pertemuan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Genting Highlands, Pahang.
Pemilik akaun itu bagaimanapun tidak menjejaskan secara terperinci konteks di sebalik hantaran ringkas berkenaan yang setakat ini sudah dilihat oleh lebih 31,000 pengguna.
Anis Rizana sberkata, beliau berharap penjelasan yang dibuat ini dapat mengelakkan orang awam daripada membuat spekulasi tidak berasas dan menyebarkan maklumat palsu.
"Sebagai agensi pemungut hasil negara, menyediakan fasilitasi perdagangan dan menguatkuasakan undang-undang, JKDM kekal komited untuk memastikan integriti menjadi teras dalam setiap aspek perkhidmatan.
"JKDM sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, emel, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
lah KP sama KP tak boleh ke nak keluar ngopi? |
|
|
|
|
|
|
|
ntah... keluar jumpa sekali pegawai kastam lain, apa masalah?
bukan keluar dating berdua
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je ketua jabatan lain kaki sauk duit. Kartel bersepah2.. dorang la kepala dia. Lepas tu bila kena, ikan bilis bawah2 yg kena. Yg kenyang dorang |
|
|
|
|
|
|
|
KP Anis ni mmg ada dlm radar ES laaaamaaaa dah kn? |
|
|
|
|
|
|
|
baik buat dekat hotel kt port klang..kartel kt port klang tu bermaharajalela sbb maybe dari zaman tok kaduk dah buat so diperturunkan aje ke pegawai2 baru.
yg kelakar tukang kaut duit orang yang sama buat report kata kontena haram nk sampai hahaahahah..kenyang makan duit haram |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa buat dekat Genting? meeting kat opis je lah kan, modal meehon dengan teh je.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat ES salu petik2 nama minah ni sama azam baki |
|
|
|
|
|
|
|
dia nie paling glamer dlm edisi siasat.. |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 8-11-2024 11:45 AM
KP Anis ni mmg ada dlm radar ES laaaamaaaa dah kn?
Setiap masa kena maki dalam ES |
|
|
|
|
|
|
|
femes dia ni kat ES. tp still takde tindakan pape klu btol dia cover kartel pati mcm yg ES sebut tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni muka cunning. Ada potensi pengkhianat negara |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 Kes aku dgr pengarah kastam ni, srh urut kaki la, suruh pegawai jd bodyguard dia la. Alang kalo da bengang sgt apa kata bodyguard rmi2 tu lupuskan je dia ni. Bkn susah sgt nak lupuskan org zaman skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Buat bangunan cantik2 kat Putrajaya masih buat acara kat Hotel? |
|
|
|
|
|
|
|
kat bndr KL tak leh wat ke perjumpaan? perlu ke naik Genting? |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn sampai keluar video terlampau antara laki dgn pompuan tu nanti udah laa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|