CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36365|Reply: 3

2024 tahun paling panas dalam sejarah - "Dunia membuka ‘lembaran sejarah baharu"

[Copy link]
Post time 7-11-2024 09:05 PM | Show all posts |Read mode





PARIS  –  Tahun 2024 adalah paling panas dalam sejarah dengan purata suhu melebihi paras 1.5 darjah Celsius, kata agensi pengawasan cuaca Kesatuan Eropah(EU), Copernicus hari ini, menjelang sidang iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).


Copernicus berkata, dunia membuka ‘lembaran sejarah baharu’ rekod suhu yang perlu dijadikan peringatan untuk menyegerakan pengurangan emisi di Bumi pada rundingan PBB tersebut  di Azerbaijan, minggu depan.


Bulan lalu yang ditandai oleh banjir dahsyat di Sepanyol dan Taufan Milton di Amerika Syarikat, merupakan Oktober kedua paling panas dalam sejarah dengan purata suhu global  kedua paling panas berbanding tempoh sama pada 2023.


Menurut Copernicus, 2024 menyaksikan purata suhu adalah 1.55 darjah Celsius lebih tinggi berbanding tahun 1850 hingga 1900 iaitu era sebelum pembakaran bahan api fosil mencapai skala industri.


“Sah bahawa 2024 akan menjadi tahun paling panas dalam rekod dan tahun pertama mencatatkan purata suhu 1.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada paras zaman pra industri.


“Ini menandakan lembaran baharu dalam rekod suhu global dan sepatutnya menjadi pemangkin untuk meningkatkan matlamat pada Sidang Perubahan Iklim(COP29),” kata Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus, Samantha Burgess.


Pemanasan global bukan sahaja mengenai peningkatan suhu tetapi juga kesan buruk haba tambahan ke atas atmosfera dan lautan.


Udara lebih panas boleh menyimpan banyak wap, manakala suhu lautan lebih panas pula bermakna lebih banyak pengewapan berlaku  yang menyebabkan hujan serta ribut ekstrem. – AFP




Sumber : - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 09:41 PM | Show all posts
panas dosa tu lgbt sana sini..dekat malaysia asyik hujan je sejuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
piyek92 replied at 7-11-2024 09:41 PM
panas dosa tu lgbt sana sini..dekat malaysia asyik hujan je sejuk

Dekat Malaysia mana ada sejuk...panas membahang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 07:04 AM | Show all posts
ye la purata 1.55 darjah celcius menaik tu brp darjah sebenarnya skrg? kalo masih bawah 30, bawak2 pg mandi. tu la malas nk mandi maunya tak panas menggelupor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047084 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list