CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32444|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan disaran bantu kewangan atlet Sabah, Sarawak

[Copy link]
Post time 7-11-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode


SURYADY

TAWAU: Kerajaan disaran supaya menyediakan bantuan kewangan kepada atlet dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai kejohanan sukan yang dianjurkan di Semenanjung Malaysia.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, kos penghantaran atlet menyertai acara sukan di semenanjung sangat tinggi ketika ini.

Katanya, bantuan daripada kerajaan Persekutuan sangat diperlukan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak bagi memastikan semua atlet dapat bertanding.

“Bantuan itu juga dilihat dapat menggalakkan lebih ramai atlet dari Sabah dan Sarawak terus maju dalam bidang sukan.

“Kita mahukan atlet Sabah dan Sarawak terlibat dalam membantu meningkatkan pencapaian sukan negara secara keseluruhan,” katanya ketika perbahasan belanjawan 2025, di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Suryady berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan pusat pangkalan data usahawan belia bagi mempromosikan dan menyokong inisiatif keusahawanan dalam kalangan golongan muda.

Menurutnya, pusat ini bukan sahaja akan memberikan akses kepada maklumat dan sumber yang relevan, tetapi juga dapat membantu membina rangkaian di antara usahawan belia, mentor, dan pelabur.

“Dengan adanya pangkalan data ini, para usahawan muda dapat mengenal pasti peluang perniagaan, mengikuti perkembangan industri, serta mendapatkan latihan dan bimbingan yang diperlukan.

“Selain itu, pusat ini juga berfungsi sebagai platform untuk mengumpul dan menganalisis data yang berkaitan dengan keusahawanan belia,” katanya.

Katanya, ia juga dapat membantu pihak Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) dalam merancang dasar dan program yang lebih berkesan.

“Justeru, saya yakin dengan penubuhan pangkalan data ini dapat membantu meningkatkan hasil dan kapasiti perniagaan menerusi pemantauan secara berkala,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.042460 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list