View: 27753|Reply: 41
|
Mahkamah Agung Perancis tolak sepenuhnya bantahan pihak mengaku waris Kesultanan Sulu
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh kemenangan besar apabila Mahkamah Agung Perancis menolak sepenuhnya pihak yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu ("ara Penuntut") terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia adalah satu keputusan bersejarah yang menyebelahi Malaysia dalam kes berkenaan.
Katanya, keputusan penting itu bermakna asas awal bagi 'Final Award' yang mengarahkan Malaysia membayar US$14.9 bilion (RM62.59 bilion), tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis.
"Mahkamah Rayuan Paris kini akan meneruskan proses untuk membatalkan 'Final Award' yang kononnya dikeluarkan oleh Dr Gonzala Stampa dan akan menyelesaikan perkara ini secara muktamad demi kepentingan rakyat Malaysia.
"Saya menyambut baik keputusan penting ini oleh Mahkamah Agung Perancis sebagai satu kemenangan besar bagi kedaulatan undang-undang yang akan membantu memelihara kesucian arbitrasi antarabangsa sebagai alternatif penyelesaian pertikaian," katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya, hari ini.
Dalam pada itu, Azalina turut merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha mempertahankan pendirian Malaysia.
"Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil; Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor; Peguam Negara, Kerajaan Sabah, pejabat Peguam Negara, Kedutaan Malaysia di Perancis serta kementerian dan agensi yang terbabit dan semua pihak lain yang menyumbang kepada usaha ini," katanya.
Pada September lalu, Mahkamah Agung Belanda juga menolak rayuan difailkan pihak Sulu terhadap Malaysia, sekali gus menamatkan cubaan pihak yang menuntut itu untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap Malaysia di Belanda.
Tuntutan itu adalah untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan 'Final Award' diberikan Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022.
Sumber : - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
soalan : kenapa kes ini dibawa ke mahkamah France? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab Suluk buka kes kat sana. Diaorg guna Mahkamah antarabangsa utk fight
|
|
|
|
|
|
|
|
Diaorang berani buat sebab ada yang menyanyi dulu kan ...Sabah dah hilang... |
|
|
|
|
|
|
|
When the right minister pegang posisi yg kena dgn jiwa. Nampak la function tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. news mcm ni patut diwarwarkan dgn lebih meluas. mujur menang. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada asas kesultanan sulu nak buat tuntutan. kesultanan dah pupuss, asas tuntutan cuma temberang |
|
|
|
|
|
|
|
oooh.
good info.
terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by karipap_sadin at 7-11-2024 11:46 AM
Iolls x brapa berkenan kt ajalina tapi part2 law utk protect msia drp sulu ni dia still the best. Sulu ni pun agak2 lah. Maki lah moyang2 korg yg buat perjanjian dulu..selagi ada bulan bintang. Susah sangad..bom je lah bulan bintang..so dpt lah balik kt korg. Tu pun klau brunei x bunyik apa2. x silap nya yg bagi sabah kt sulu dulu brunei. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Menteri laksanakan tanggungjawab dengan bagus. Padan muka Suluk. |
|
|
|
|
|
|
|
"yang kononnya dikeluarkan oleh Dr Gonzala Stampa"
kononnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 7-11-2024 10:21 AM
Sebab Suluk buka kes kat sana. Diaorg guna Mahkamah antarabangsa utk fight
Boleh eh?
Kenaper x buka kes kat Phillipines atau indon ja? |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 7-11-2024 10:45 AM
Alhamdulillah. news mcm ni patut diwarwarkan dgn lebih meluas. mujur menang.
Warwar sebab menang, kalau kalah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 7-11-2024 12:17 PM
Warwar sebab menang, kalau kalah?
senyap sampai sudah sedar2 msia timur kene attack lg dek sulu
btw, tahniah malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Filipina bukan negara Federal...tak valid pun tuntutan Sulu sebab dah hilang kedaulatann atas wilayah diorg
Even kawasan Moro yg autonomy pun Kesultanan Sulu takda kedaulatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|