View: 26949|Reply: 12
|
Pelabur China berminat teroka peluang di Malaysia - PM
[Copy link]
|
|
SHANGHAI: Minat pemodal China melabur di Malaysia menunjukkan peningkatan yang ketara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas sehari perbincangan dengan pelabur berpotensi di Shanghai, Perdana Menteri menyifatkan perkembangan itu sebagai positif dalam usaha menarik pelabur dari negara berkenaan.
"Hari ini, saya dan barisan menteri menumpukan perhatian pada hal-hal pelaburan.
"erbincangan sama ada secara individu atau berkumpulan, tertumpu kepada dasar kita, persekitaran pengawalseliaan untuk pelaburan dan isu-isu berbangkit.
"Saya juga melihat adanya peningkatan minat dan kecenderungan dari China yang dilihat sebagai satu perkembangan sangat positif.
"Walaupun agak meletihkan dengan mesyuarat berterusan sejak pagi, saya percaya ia adalah usaha yang berbaloi," tambahnya kepada media Malaysia selepas sesi meja bulat bersama 24 pemimpin industri China di sini, hari ini.
Ditanya mengenai jumlah pelaburan dijangka diperoleh daripada pelabur berpotensi, Anwar berkata, ia akan diumumkan esok.
Perdana Menteri memulakan hari ketiga lawatannya di Shanghai dengan sesi dialog yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) pagi tadi.
Sesi berkenaan menghimpunkan dua pelabur China termasuk wakil dari Chengwei Capital, sebuah firma modal teroka terkemuka yang memiliki kepakaran dan sumber unik dalam industri semikonduktor global.
Anwar juga bertemu wakil NRL Capital, syarikat sains dan kejuruteraan yang diasaskan oleh kumpulan yang berperanan penting dalam pembangunan kluster industri berteknologi tinggi di seluruh China.
Dalam pertemuan terbabit, kerjasama berpotensi dalam pelaburan teknologi dan inovasi di Malaysia turut diterokai bersama pelabur.
Beliau turut mengadakan mesyuarat perniagaan tertutup dengan beberapa syarikat China dari sektor perbankan, tenaga dan kimia.
Ia termasuk Bank of China, SinoChem, SICC Co, SEMCORP, dan Zhejiang Jiahua Energy Chemical Industry Co.
Anwar berlepas ke Beijing petang ini untuk melawat Pusat Taklimat Eksekutif Huawei sebelum mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Xi Jinping esok.
Sumber : - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu pelancong buat hanat |
|
|
|
|
|
|
|
China negara kaya dengan source kena lari keluar dari china untuk ber bussiness...hillarious...
Bangnon kena suppprt lagi padu... Mana tahu soon perang bukan lagi free |
|
|
|
|
|
|
|
sori nak tnya..bkn time diorg jd pembangkang dlu,diorg yg bising jibby jalinkan kerjasama ngan prc?cth yg bab panda tu bkn derang ke nganjing2 amik panda dr china..sori ai x phm sgt politik ni |
|
|
|
|
|
|
|
yusryimran replied at 7-11-2024 01:26 PM
kan. betul you ckp
Mabuk todi pon ingat ape die cakap time mabuk..puak2 walanon ni jilat balik ludah time diorg guling2 kwt jalan dlu..nak2 kamal adli..mane education free yg diperjuangkan sgt tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berapa byk China sapu negara2 yg kecil, miskin dan banyak hutang. Hati2 lah dgn mereka ni kalau tak mau tergadai negara seperti yg dah berlaku kpd negara2 miskin tak berdaya yg lain. Harap Malaysia tak jadi macam tu lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Dari zaman Najib lagi dia dah tackle China tapi gang PHundek kata Najib jual Malaysia ke China....project2 dgn China semua kena kacau.
Skrg Madanon nak claim pasal diaorang lah China nak invest billiyun2 |
|
|
|
|
|
|
|
masa depa guling2 atas jalan tu ai bertugas di KL High Court, ai cuma berkata dah kenapa lah beruk2 hanat ni semua menyesakan jalan... sekarang ni apa yg depa perjuangkan itu ternyata sia2.. sambil tersenyum sinis
|
|
|
|
|
|
|
|
dorang pedulik ape..poket penuh..ade properties kat oversea..boleh lari..kite?mereput lah
|
|
|
|
|
|
|
|
sinis pon kene balik kat muka rakyat jelata..yg bodoh sbnrnte rakyat.dorang dh rancang..rakyat yg lalai
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah i tidak mengundi mereka you
|
|
|
|
|
|
|
| |
|