CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21975|Reply: 5

China berharap untuk hidup aman bersama AS ketika Trump di ambang kemenangan

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:10 AM | Show all posts |Read mode






BEIJING: China menyatakan harapan untuk hidup bersama secara aman dengan Amerika Syarikat (AS) susulan calon Republikan, Donald Trump yang semakin hampir meraih kemenangan besar mengatasi calon Demokrat, Kamala Harris dalam Pilihan Raya Presiden negara itu.


Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, berkata pihaknya akan terus mendekati dan mengendalikan hubungan China-AS berdasarkan prinsip saling hormat-menghormati, hidup aman bersama dan saling bekerjasama.


"Dasar kami terhadap AS adalah konsisten," katanya.


Mao tidak mengulas secara langsung mengenai kemungkinan Trump akan dipilih semula, bagaimanapun, beliau berkata Pilihan Raya Presiden AS adalah urusan dalaman negara itu.


"China menghormati pilihan rakyat di AS. Selepas keputusan pilihan raya berkenaan diumumkan secara rasmi, China akan mengendalikan perkara-perkara berkaitan mengikut amalan biasa," katanya.


Dalam pada itu, Pilihan Raya Presiden AS berkenaan mendapat perhatian yang meluas di China.


Setakat jam 4 petang waktu tempatan pada hari ini, topik berkaitan pemilihan Trump adalah antara topik paling trending di platform media sosial seperti X iaitu Weibo.


Kedua-dua calon Presiden AS dalam kempen pada minggu ini berjanji untuk lebih tegas terhadap China.


Pada masa sama, Trump berjanji untuk mengenakan tarif 60 peratus ke atas semua barangan China yang masuk ke negara itu.


Sementara itu, penganalisis menjangkakan pakej rangsangan besar yang dijangka diumumkan dalam mesyuarat utama oleh penggubal undang-undang yang sedang berlangsung di China akan lebih besar sekiranya Trump menang pada pilihan raya berkenaan.


Ketika memegang jawatan Presiden sebelum ini, Trump melancarkan perang perdagangan dengan China dan bertindak mengenakan tarif tinggi terhadap barangan China serta dakwaan amalan yang tidak adil oleh China seperti kecurian teknologi daripada AS dan manipulasi mata wang.


Ketegangan yang tidak selesai di bawah pimpinan Joe Biden telah menyebabkan AS telah mengenakan tarif baharu yang agak tinggi ke atas kenderaan elektrik (EV), bateri EV dan sel solar dari China. - AFP




Sumber : - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 11:21 AM | Show all posts
maksudnya china pun ada sikit goyang la dengan us..ingat hati kering bukan main besar kepala kat LCS orang tegur pun tetap provoke
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Berangan itu percuma
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hairan lah tak ngam tapi still ada Chinatown jugak kat US nun..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 05:45 PM | Show all posts
trade war coming?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
gold dah turun jadi rendah sbb ekonomi predict akan stabil. gold stabil sekitar $2700/ounce buat masa ni walau bagaimanapun dijangka akan naik ke $2800 -$2900 hujung tahun dan berpotensi naik $3000 awal taon 2025
-AI-
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.047328 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list