CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44948|Reply: 0

[Sarawak] Miliki 35 biji telur penyu tanpa kebenaran, lelaki kena bon berkelakuan baik setahun

[Copy link]
Post time 5-11-2024 12:07 AM | Show all posts |Read mode


UCHING: Seorang lelaki terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Sesyen Kota Samarahan hari ini mengenakan bon berkelakuan baik selama setahun terhadapnya, atas kesalahan memiliki 35 biji telur penyu tanpa kebenaran kontroler hidupan liar pada Julai 2022.

Hakim Shafiza Razak Tready menetapkan Awang Asyraff Awang Ismail Nazarudin, 28, dikenakan jaminan RM2,000 dengan dirinya sendiri sebagai penjamin, mengikut Seksyen 294(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

Mahkamah juga memerintahkan supaya kenderaan rampasan dan telefon bimbit peribadi Awang Asyraff dikembalikan, selain mengekalkan rampasan telur penyu itu kepada pihak pendakwaan untuk dilupuskan mengikut Seksyen 50 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar.

Awang Asyraff mengaku bersalah apabila didakwa mengikut pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 29(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1)(c) Hidupan Liar Ordinan Perlindungan 1998.

Mengikut pertuduhan, Awang Asyraff didakwa melakukan kesalahan terbabit di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tempat parkir bersebelahan sebuah pusat beli-belah di Kota Samarahan, sekitar jam 2.15 pagi pada 5 Julai 2022.

Lelaki itu didapati gagal mengemukakan sebarang dokumentasi yang menunjukkan bahawa dia telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada kontroler hidupan liar untuk pemilikan dan penjualan telur penyu tersebut.

Terdahulu pada 27 Mei 2024, Awang Asyraff dijatuhi hukuman penjara empat bulan di Mahkamah Sesyen Kota Samarahan, mengikut Seksyen 37(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Selepas hanya empat hari berada di balik tirai besi, Awang Asyraff dibebaskan dengan ikat jamin.

Ia selepas Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan penangguhan bagi pelaksanaan baki hukuman penjaranya pada 31 Mei 2024 sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Awang Asyraff kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuching terhadap keputusan itu dan setelah mendengar rayuan pada 23 September 2024, Hakim Datuk Dr Alwi Abdul Wahab memerintahkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu diketepikan dan diremit semula untuk perbicaraan.

Awang Asyraff yang dilihat hadir menggunakan ‘walking frame’ di mahkamah hari ini dan diwakili peguamnya Fabian Sigar, telah membentangkan dan mengemukakan laporan perubatan kecederaan patah kaki yang dialaminya baru-baru ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ronald Felix Hardin dan pegawai pendakwa Leonard Baring dari Sarawak Forestry Corporation (SFC).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.142917 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list