CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69477|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kadar RM13,000 terlalu rendah untuk pengkelasan T15 - PM

[Copy link]
Post time 2-11-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Kadar RM13,000 terlalu rendah untuk pengkelasan T15 - PM

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 2, 2024 @ 3:17pm [email protected]




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menurunkan tandatangan ketika melawat reruai agensi kerajaan pada majlis sambutan Ulang Tahun Jubli Intan ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di PICCA Convention Centre@Butterworth Arena di sini hari ini. - BERNAMA



BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendapatan RM13,000 sebulan yang ditetapkan Jabatan Perangkaan (DOSM) bagi pengkelasan kategori T15 disifatkan rendah dan akan ditingkatkan.

Menjelaskan tahap itu masih dikaji, Perdana Menteri berkata, rakyat berpendapatan RM13,000 sebulan tidak perlu bimbang berhubung penarikan subsidi yang akan dikenakan ke atas mereka.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan sedemikian tetapi mempunyai ramai anak masih belajar termasuk di universiti, tidak dikategorikan dalam kumpulan berkenaan.

"Kita sedang kaji kerana bimbang bila diperkenalkan (klasifikasi golongan T15), mungkin gaji RM13,000 sebulan tetapi ada lima anak dengan dua di universiti.

"Kalau kita tarik subsidi, akan menyusahkan keluarganya. Bagi yang ada sampai tujuh kipas dan enam penghawa dingin di rumah, bayarlah sikit. Ia bukan cukai tambahan tapi bayar ikut kadar pasaran.

"Kita tarik subsidi untuk rakyat susah atau kelas menengah, namun saya tegaskan yang kita tarik subsidi hanya 15 peratus dan itu pun kita masih kaji.

"Pendapatan RM13,000 itu rendah dan kita akan tingkatkan lagi," katanya berucap pada Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen PICCA, di sini, hari ini.

Anwar berkata, ahli politik termasuk pembangkang sepatutnya membela 85 peratus rakyat yang masih menikmati subsidi.

"Ini di Parlimen, dia berucap pertahankan golongan kaya dan maha kaya tapi bila masuk kampung, kami pembela Melayu.

"Kerajaan tak tambah cukai tapi kita hanya tarik subsidi. Bila kita tarik subsidi, baru kita ada duit bantu orang miskin," katanya.

Sebelum ini, Anwar menafikan dirinya seperti Robin Hood apabila didakwa cuba 'mencuri' daripada orang kaya lalu diberikan kepada orang miskin menerusi pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

Sebaliknya, Perdana Menteri menjelaskan dasar yang dilaksanakan itu bertujuan memastikan pengagihan subsidi misalnya dilakukan dengan lebih adil, mengambil kira pendapatan individu

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini dilapor berkata, kerajaan kini beralih kepada satu konsep baharu perbelanjaan bersih sesebuah isi rumah agar mereka menjalani kehidupan yang wajar termasuk dalam hal memperhalusi pengkelasan kategori T15.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1318879/kadar-rm13000-terlalu-rendah-untuk-pengkelasan-t15-pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.329675 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list