CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63189|Reply: 0

[Pulau Pinang] Data DOSM tangani masalah ketirisan subsidi - Anwar

[Copy link]
Post time 2-11-2024 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Data DOSM tangani masalah ketirisan subsidi - Anwar

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 2, 2024 @ 5:01pm [email protected]




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, (kanan) diiringi Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, melawat reruai pada Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Ke-75 DOSM di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth. - NSTP/DANIAL SAAD





BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketirisan subsidi yang disalurkan kerajaan kepada rakyat harus ditangani menerusi bantuan maklumat dan data tepat yang diusahakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tegas Perdana Menteri, jika isu ketirisan tidak diselesaikan, kerajaan akan terus menambah perbelanjaan untuk subsidi tetapi tidak sampai kepada kumpulan sasar.

"Jumlah bantuan pertanian, jumlah bantuan yang disebut subsidi kepada rakyat dan jumlah peruntukan bagi rakyat miskin itu banyak sekali.

"Daripada kajian baru-baru ini, dalam beberapa persidangan termasuk Khazanah Megatrends Forum ternyata menurut kajian pakar-pakar ekonomi antarabangsa, Malaysia ini dengan hasil kutipan cukai yang paling rendah, asas cukai yang paling rendah tetapi subsidi di antara tertinggi di Asia.

"Betul, baik beritanya subsidi tertinggi, tetapi tanpa dibantu dengan angka dan data yang baik, kita dapati banyak juga subsidi ini yang bocor dan ketirisan ini mesti ditangani," katanya berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Jubli Intan DOSM di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Perdana Menteri berkata, DOSM mempunyai peranan yang kritikal dan strategik, selain perlu meningkatkan usaha dalam pengumpulan data rakyat serta melakukan langkah baharu.

Katanya, angka dan data yang diusahakan termasuk menerusi Pangkalan Data Utama (PADU), akan membantu kerajaan menangani ketirisan dan pertindihan dalam penyaluran bantuan dan subsidi kepada rakyat.

Anwar turut menekankan kepentingan dan integriti angka dan dayang diusahakan DOSM terutama dalam membantu kerajaan membuat perancangan, unjuran ekonomi, pelaburan, kemiskinan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat.

"Saya menunggu nanti supaya rumusan Banci Pertanian 2024 kerana ini akan membantu kita merangka Dasar Pertanian yang boleh menjamin keterjaminan makanan dan penghasilan serta jumlah petani, nelayan yang sebenarnya yang patut kita tangani permasalahan mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata, nadi kehidupan rakyat dan negara bergantung kepada tahap kecekapan serta integriti DOSM dalam menghasilkan data dan angka yang meyakinkan.

"DOSM meletakkan prestasi dan nilai serta integriti yang dihormati oleh semua rakyat negara ini.

"Ini membantu kerana apabila angkanya diyakini, ia boleh membantu negara tumbuh untuk memacu pertumbuhan dan pengagihan yang lebih adil," katanya.

Anwar berkata, kakitangan DOSM adalah antara jabatan yang harus diberi keutamaan, termasuk dalam bidang digital dan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kepakaran dan keupayaan dalam pengumpulan data.

"Selama ini banyak jabatan dan kementerian bergantung kepada pakar luar, sesekali tak ada masalah tetapi kadang-kadang dia jadi lembab, tidak melatih keupayaan dalaman.

"Negara ini tak boleh lagi memacu pertumbuhan, melakukan perubahan dengan kebergantungan kepada pakar luar, sebab itu mereka harus belajar daripada pengalaman DOSM.

"DOSM mampu memberikan hasil, angka data bukan sahaja peringkat negara, kebangsaan, negeri dan sekarang sampai ke daerah," katanya.

Perdana Menteri juga yakin DOSM berupaya menyediakan laporan prestasi pencapaian dan statistik yang dapat dijadikan contoh bagi negara ASEAN.

"Tahun depan Malaysia akan mempengerusikan ASEAN dan kita harap DOSM dapat memberikan penerangan mengenai pencapaian kita yang boleh diteladani negara di rantau ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1318936/data-dosm-tangani-masalah-ketirisan-subsidi-anwar





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.041663 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list