CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26846|Reply: 0

[Sarawak] Dua sahabat mengaku tidak bersalah tuduhan merompak berkumpulan dan bersenjata

[Copy link]
Post time 31-10-2024 11:05 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Dua sahabat masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjatakan ke atas seorang lelaki.
   
Mohamad Faizrlee Mohamad Taip, 31, dari Jalan Nangka 7, Pujut 2 dan Andy Law Kiensing Medical @ Michael, 20, dari Kampung Sealine Baru di sini telah didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama.
   
Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda serta sebat, jika sabit kesalahan.
   
Berdasarkan pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh yang bersenjatakan dua bilah pisau telah melakukan rompakan berkumpulan ke atas Kambarie Sulong, 48, dengan merompak sebuah dompet yang mengandungi wang tunai RM57 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa.
   
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 pagi, 20 Oktober lalu di sebuah lot di Jalan Palma 8, RPR Batu 6, Taman Permaisuri Indah di sini.
   
Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah kedua-dua tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 2 Disember depan untuk pengurusan kes.
   
Manakala kedua-dua tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM5,000 berserta dua penjamin tempatan setiap seorang sementara menunggu tarikh tersebut.
   
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jonathan Lim di hadapan Hakim Azreena Aziz. Manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/10/31/dua-sahabat-mengaku-tidak-bersalah-tuduhan-merompak-berkumpulan-dan-bersenjata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064088 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list