CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43363|Reply: 1

[Kedah] Sedap ibu masak hari ini, kata terakhir Akief

[Copy link]
Post time 31-10-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Sedap ibu masak hari ini, kata terakhir Akief

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



NUR Suraya sebak mengenangkan kehilangan anaknya, Muhammad Hariyz Akief (gambar kanan). FOTO Zuliaty Zulkiffli



Alor Setar: "Saya sempat ajar anak mengucap dua kalimah syahadah tetapi keadaannya ketika itu nazak dan tidak sedarkan diri.

"Arwah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kuala Nerang, ketika itu keadaan 50-50 manakala empat lagi rakannya turut melecur," kata Nur Suraya Abdul Rahman, 42.

Dia adalah ibu kepada Muhammad Hariyz Akief Noraimi, 14, yang meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika mengambil umpan pancing tiruan yang tersangkut di kabel elektrik di Kampung Tanjung Putus, di sini petang semalam.

Dalam kejadian itu, Muhammad Hariyz Akief dipercayai meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kuala Nerang manakala empat lagi rakannya iaitu dua daripadanya berusia 15, 16 dan 19 tahun masing-masing melecur di muka, kaki dan badan.

Menurut Nur Suraya, dia mengetahui kejadian itu sekitar 7 petang semalam ketika dua rakan anaknya datang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Putus, Kuala Nerang.

Katanya, pada mulanya dia menyangka Muhammad Hariyz Akief pulang ketika itu namun tidak sedap hati apabila terdengar orang memberi salam.

"Saya buka pintu dan terkejut melihat dua rakan anak datang ke rumah dan memberitahu Akief tidak sedarkan diri di kawasan sawah tidak jauh dari rumah.

"Ketika itu, suami (Noraimi Ahmad, 42) baru pulang kerja dan kami terus bergegas ke lokasi sebelum mendapati Akief tidak sedarkan diri manakala keempat-empat rakannya penuh dengan lumpur dalam sawah," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Nur Suraya berkata, tiada perubahan berlaku pada anaknya pada hari kejadian, tetapi semalam anaknya itu sempat makan tengah hari bersamanya.

Katanya, arwah yang mesra dipanggil Angah itu turut memuji masakannya semalam selain makan penuh berselera sebelum keluar rumah tidak lama kemudian.

"Padahal saya hanya masak ayam goreng dan sambal belacan saja tapi dia cakap, sedap ibu masak hari ini dan kami hanya makan dua beranak ketika itu.

"Akief seorang anak yang baik dan dalam keluarga dia paling ceria...Malah ketika abangnya (Muhammad Shabil Airil, 17) dimasukkan ke wad hospital akibat penyakit asma Jumaat lalu, Akief yang jaga adiknya (Muammar Luthfil Hadi, 7) di rumah," katanya.

Menurutnya, arwah anaknya itu juga lebih suka bergaul dengan orang yang lebih tua daripadanya termasuk rakan abangnya.

Katanya, mereka sekeluarga terasa sangat kehilangannya kerana dia suka mengusik adiknya selain perwatakannya sangat yang ceria.

"Saya reda dengan apa yang berlaku sudah ketentuan Ilahi dan akan menyimpan segala kenangan bersamanya sampai bila-bila terutama barang miliknya di rumah yang sangat banyak," katanya.

Nur Suraya berkata, dia berharap semua rakan anaknya yang kini ditempatkan di HSB beransur pulih walaupun dimaklumkan seorang daripada mereka melecur teruk di badan.

Katanya, jenazah Muhammad Hariyz Akief dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Putus, di sini sebaik selesai urusan di HSB.



Disiarkan pada: Oktober 31, 2024 @ 12:00pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1150042/sedap-ibu-masak-hari-ini-kata-terakhir-akief




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2024 04:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.194383 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list