CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 47530|Reply: 26

Jabatan Kesihatan siasat dakwaan air perigi di Rembau mampu sembuhkan penyakit

[Copy link]
Post time 30-10-2024 11:02 PM | Show all posts |Read mode





SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menyiasat pengusaha rawatan yang mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan menggunakan air perigi di sebuah tapak perkhemahan di Rembau.


Pengarah, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid, berkata Pejabat Kesihatan Daerah Rembau sedang melaksanakan pemeriksaan menyeluruh dalam isu itu yang mendapat perhatian meluas dalam media sosial.


"Saya tidak boleh beri sebarang komen kerana siasatan masih terlalu awal dan ia bukan sahaja oleh Jabatan Kesihatan, tetapi juga melibatkan pelbagai agensi," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Mega Bersepadu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Senawang, di sini malam tadi.


Ketika ini tular melalui media sosial mengenai penggunaan air dari sebuah perigi di Rembau yang didakwa mampu memberi manfaat kesihatan kepada individu menghidap pelbagai penyakit termasuk strok menerusi teknologi rawatan khas.


Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi aplikasi X semalam memaklumkan akan mengambil perhatian serius terhadap isu berkenaan.


Sementara itu, Dr Harlina berkata, pihaknya mengeluarkan 141 notis pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu terhadap 4,376 premis yang diperiksa bermula 1 Oktober hingga semalam.


Daripada jumlah itu, 138 notis dikeluarkan mengikut Seksyen 16(2) iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dan tiga notis di bawah Seksyen 17(1) melibatkan kesalahan merokok bagi orang belum dewasa (OBD) dengan nilai tawaran kompaun sebanyak RM34,650.


"Sebanyak 5,092 penguatkuasaan berbentuk pendidikan juga telah diberikan kepada pemilik atau wakil premis dengan edaran 5,092 risalah infografik berkaitan peruntukan di bawah Akta 852," katanya.


Operasi dijalankan di daerah Seremban melibatkan 172 penguat kuasa pelbagai agensi.


Dr Harlina berkata, selain memasang papan tanda larangan merokok, pemilik premis perniagaan juga dinasihat meletakkan rokok dan vape di dalam kabinet tertutup, bukannya dipamerkan secara terbuka seperti sekarang.


"Sekarang ini kita hanya melaksanakan advokasi pendidikan kepada semua pemilik premis yang menjual alatan merokok. Mereka perlu lakukan pengubahsuaian (mengikut Akta 852) sebelum tarikh penguatkuasaan sepenuhnya 1 April 2025, " katanya.




Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Air Bubbles ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada 7-9 telaga je kat semenanjung Malaysia ni yang ada unsur2 penawar.

Yg banyak area Perak. Rajin2 lah cari....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh: Ada 7-9 telaga je kat semenanj ...
B40tastePosh: Ada 7-9 telaga je kat semenanj ...



Perak tang mane.. tak pernah dengo pung
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh: Ada 7-9 telaga je kat semenanj ...


orignal atau buatan? sb ni perigi buatan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bungkus lebih sikit kita mandikan datin geran
Bukan sebab nak percayakan super power air ke apa tapi sebab dia mampu

Sebab gaji dia laki bini puluh ribu sebulan, ada sales ke takde sales gaji masyukk org kata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 31-10-2024 12:01 AM
Air Bubbles ke?

Mesti la bukan.
Ini perigi buatan, bubbles tu natural spring.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 31-10-2024 01:02 AM
Ada 7-9 telaga je kat semenanjung Malaysia ni yang ada unsur2 penawar.

Yg banyak area Perak. Rajin2 ...

Yang iols tau kat pulau aman ada satu telaga. Telaga tu betul2 tepi laut tapi air dia bukan rasa masin, rasa tawar. Tak pasti telaga buatan atau semulajadi.

Satu lagi kat atas puncak gunung jerai. Telaga tok sheikh tu. Katanya air telaga tu berkesan untuk penawar stengah penyakit. Wallahualam.

Tapi yang pasti kedua2 telaga di atas kalau nak pi ambik air untuk minum atau nak buat mandi hanya free saja takyah bayaq mahai2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 31-10-2024 01:53 PM
Buritan replied at 31-10-2024 01:19 AM
Perak tang mane.. tak pernah dengo pung


Dekat Bendang Kering.... Mata air, Batu Mat Riah

Satu lagi area Segari sana, tepi laut.

Terengganu Lata Air Berani, Pulau Perhentian.

Telaga Biru, Kg Chepor, Lenggong

Kolam Lata Teluk Akuan, Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 31-10-2024 02:00 PM
kotakbaju replied at 31-10-2024 08:52 AM
Yang iols tau kat pulau aman ada satu telaga. Telaga tu betul2 tepi laut tapi air dia bukan rasa m ...


Ye ada yg atas Gunung Jerai

Biasa air yang tawar yang memancar tepi laut ada unsur penawar, lagi lagi kalau ada ulama besar pernah guna.

Biasa orang ada ilmu kebatinan ni suka mandi di parit2 dekat dgn laut.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 31-10-2024 01:44 PM
Dekat Bendang Kering.... Mata air, Batu Mat Riah

Satu lagi area Segari sana, tepi laut.

Tera hang no.. aku mmg tarak tau telaga semua ni.. telaga mahsuri aku taula
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Siasat sekali satu telaga di satu lembah di padang pasir tu. Kalau berani lah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 31-10-2024 02:57 PM
Tera hang no.. aku mmg tarak tau telaga semua ni.. telaga mahsuri aku taula

Teluk Akuan tu dari pembacaan, tempat persinggahan pedagang untuk isi air sebelum sambung berdagang.

Nak sampai sini katanya kena guna bot.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 05:36 AM | Show all posts
makcik harap diorang dedahkan siapa pakar yg pihak sana claim sebagai pembuat perigi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
perkara membabitkan jualan product perlukan akuan kkm. Disebabkan dah ramai pennguna maka Diharapkan kkm akan buat penyelidikan dan pastinya tidak perlu kerahsiaan penghasilnya atau professor
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 31-10-2024 03:58 PM
Siasat sekali satu telaga di satu lembah di padang pasir tu. Kalau berani lah

Maksud ko?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2024 10:08 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 31-10-2024 03:58 PM
Siasat sekali satu telaga di satu lembah di padang pasir tu. Kalau berani lah

Lembah padang pasir mana pulak ni. kalau bukan kat malaysia, bukan bidang kuasa KKM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 10:52 AM | Show all posts

sudah gaharu cendana pula
sudah digaru ngengade pula





Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 10:55 AM | Show all posts
eragon replied at 1-11-2024 10:08 AM
Lembah padang pasir mana pulak ni. kalau bukan kat malaysia, bukan bidang kuasa KKM.

Setakat siasat apa salahnya, ramai sahaja ummah percaya akan kuasa ajaib air tersebut sedangkan ia tiada beza air mineral spritzer sahaja or worse air kumuh yang telah disaring seperti Singapore new water.

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sedia maklum air MATA AIR mmg ada khasiat semula jadi... dah perigi tu di gali dan di MODIFIED bg elok.. mmg la ada KOS YG KELUAR.. dan perlu diganti balik kos tu...

kay kay em sibok nk pi TEST uji air buat apa??.. tu yg BADsin ujikaji tak habih tak sibok plak nak Ngetest habisan b4 cok cok kt bdan rekyat jelata ... dengki @ riso lettew bila rekyat lebih sihat tanpa ubat kimia yaprak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.057510 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list