CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27853|Reply: 232

[Tempatan] EKONOMIKhazanah dan PNB rugi RM43.9 juta daripada penjualan Fashion Valet

[Copy link]
Post time 30-10-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-10-2024 03:00 AM



Khazanah dan PNB rugi RM43.9 juta daripada penjualan Fashion Valet





Publis
23 hours ago
on
October 29, 2024
By
Hidayah Sani



[size=0.8]Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada pertanyaan yang diterbitkan di laman web Parlimen, semalam.
  • Penjualan itu mencerminkan penurunan nilai ketara bagi syarikat yang telah mengalami kerugian besar sejak beberapa tahun lalu.
  • Pada 2018, Khazanah melabur RM27 juta sementara PNB RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet untuk menyokong rancangan pertumbuhan perniagaan.
  • Kementerian Kewangan berkata pandemik COVID-19 dan pasaran pengumpulan dana yang mencabar menyebabkan perniagaan syarikat Fashion Valet terjejas teruk dan memerlukan modal baharu yang besar untuk meneruskan operasi.
  • Pada akhir 2023,  syarikat Bumiputera, NXBT Partners menawarkan mengambil alih pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB di dalam Fashion Valet dan menyuntik modal diperlukan ke dalam syarikat tersebut.
  • “Khazanah dan PNB telah menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham tersebut,” kata Kementerian Kewangan.

KUALA LUMPUR — Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengalami kerugian RM43.9 juta daripada penjualan pelaburan minoriti mereka dalam perniagaan fesyen atas talian Malaysia, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet).
Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada pertanyaan yang diterbitkan di laman web Parlimen, semalam.

Penjualan itu mencerminkan penurunan nilai ketara bagi syarikat yang telah mengalami kerugian besar sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2018, Khazanah melabur RM27 juta sementara PNB RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet untuk menyokong rancangan pertumbuhan perniagaan.
Kementerian Kewangan berkata pandemik COVID-19 dan pasaran pengumpulan dana yang mencabar menyebabkan perniagaan syarikat Fashion Valet terjejas teruk dan memerlukan modal baharu yang besar untuk meneruskan operasi.

Pada akhir 2023, sebuah syarikat Bumiputera, NXBT Partners menawarkan untuk mengambil alih pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB di dalam Fashion Valet dan menyuntik modal diperlukan ke dalam syarikat tersebut.
Katanya, kesemua pemegang saham bersetuju menerima tawaran tersebut.

“Penjualan ini merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada Fashion Valet kepada pelabur strategik yang akan dapat terus membantu Fashion Valet untuk menyelesaikan keperluan pembiayaannya secara holistik dan mengembangkan semula perniagaan dalam keadaan industri yang mencabar.

“Khazanah dan PNB telah menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham tersebut.
“Jumlah kerugian daripada penjualan saham Fashion Valet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” kata Kementerian Kewangan. — The Merdeka Times













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Camana la invest tara tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 12:11 PM | Show all posts
Tinvy dah update IGS... dia bagi chance netizen bagi ulasan dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 12:57 PM | Show all posts
Wowzahhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm43juta dah boleh bina berapa biji hospital?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak itik tunjuk tangan kena cucuk kat spital. Acah2 tersakiti la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 01:56 PM | Show all posts
baru lps baca details dkt FB alif Ahmad..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 02:03 PM | Show all posts
azimodin replied at 30-10-2024 01:10 PM
Mak itik tunjuk tangan kena cucuk kat spital. Acah2 tersakiti la pulak

still duk sptial private ribu2 semalam kann

bukan dongred duk katil 3rd class spital gomen kan

ok next!


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 02:20 PM | Show all posts
sorry tak kesian, dan banyak lagi nak cerca tapi iols cerca dalam hati
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 30-10-2024 01:08 PM
Rm43juta dah boleh bina berapa biji hospital?

Dulu iya....
Skrg ni sejak kes 1mdb, perkataan million dah tak laku....
Main billion je....
Rm43M tu mgkin utk buat parking hosp je
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nk bg hints dividend ASB akn tak cantik le thn ni....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 02:34 PM | Show all posts
Apa pnb ingat brand ini can go international setara LV CD?
Aku harap tak beri kesan pada dividen asb dec nanti la. kesian ramai-ramai buat simpanan tiap bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mak itik sakan kene serang di ig...ramai lg anak2 itik membekap pakej mengeji org lain miskin
stakat pakai guna duck pun kaya katanyehhhh.
skrol td byk dah komen takleh baca
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 02:42 PM | Show all posts
pukimak2 ni hidup aman sentosa lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 03:13 PM | Show all posts
Mcm mana PNB Khazanah ni boleh nak invest dgn FV?
Masa tu dah la FV mobile apps pun takde, harapkan website yg selalu hang dan kapot tu je pun, sampai boleh suntik berjuta-juta fund.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Menunggu penjelasan dari Oyennn dan seAngkatan dgn nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 03:27 PM | Show all posts
syamzana replied at 30-10-2024 02:39 PM
mak itik sakan kene serang di ig...ramai lg anak2 itik membekap pakej mengeji org lain miskin
s ...

salunya yg semekin tp  nak nampak kaya tu la yg pakai duck
bukan semua laaa

maroh kang acik2 T15 dlm ni pakai tudung duck




Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 03:28 PM | Show all posts
siapa yg patut dipecat dalam khazanah dan pnb?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 04:08 PM | Show all posts
nazurah replied at 30-10-2024 12:11 PM
Tinvy dah update IGS... dia bagi chance netizen bagi ulasan dahulu...

Rakyat bukan mahukan penjelasan daripada founder.

Kenapa rakyat bukan mahukan penjelasan daripada founder? Founder mempunyai kepentingan peribadi dalam hal ini. Sekurang-kurangnya, founder tidak mahu imejnya buruk kerana perkara ini. Disebabkan founder mempunyai kepentingan peribadi, tentulah founder berusaha sedaya upaya untuk menjaga kepentingan peribadi beliau.

Jadi siapa yang perlu berikan penjelasan? Pihak yang tiada kepentingan peribadi dalam perkara ini.

Contohnya, baru-baru ini pihak yang bertanya tentang pelaburan Khazanah dan PNB ini adalah ahli parlimen: "The ministry was responding to a question from Puchong MP Yeo Bee Yin, who asked for details of the transaction, and if other government-linked companies or government-linked investment companies had also invested in FashionValet."

Ahli parlimen Puchong YB Yeo Bee Yin tidak ada kepentingan peribadi dalam syarikat tersebut. Ahli parlimen juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kepentingan kerajaan dan rakyat.

Perkara berkaitan Khazanah dan PNB adalah perkara yang berkaitan dengan kepentingan kerajaan dan rakyat. Kerana, Khazanah dan PNB adalah syarikat milik kerajaan. Khazanah dan PNB bukan syarikat persendirian (private company).

Ini adalah antara stakeholders yang relevan untuk memberikan penjelasan:

1) Ahli parlimen secara keseluruhan - Rakyat melantik ahli parlimen dan membayar gaji ahli parlimen untuk menjaga kepentingan kerajaan dan rakyat. Persoalannya sekarang, kenapa YB Yeo Bee Yin saja yang bertanya tentang hal ini?

2) Ahli parlimen Melayu - Mana pertanyaan daripada ahli parlimen Melayu? Sama ada ahli parlimen daripada parti PKR, Amanah, UMNO, Pas, dan Bersatu. Ahli parlimen Melayu merupakan jumlah terbesar dalam parlimen. Pelaburan ini juga mempunyai kaitan dengan agenda Bumiputera kerana salah satu sebab PNB melabur dalam syarikat ini adalah kerana ia adalah syarikat Bumiputera.

3) Ahli parlimen pembangkang - Specifically untuk ahli parlimen Pas dan Bersatu, kenapa tidak mendesak kerajaan untuk perkara penting seperti ini? Rakyat boleh tengok bagaimana agresifnya ahli parlimen PKR dan DAP mendesak kerajaan ketika mereka berada di blok pembangkang dulu. Apa guna rakyat membayar gaji ahli parlimen pembangkang jika ahli parlimen pembangkang tidak boleh menjalankan tugas mereka dengan baik?

4) Pihak berkuasa - Ada kes di mana pihak berkuasa membuat siasatan dan memberi penjelasan walau tiada desakan daripada ahli parlimen / ahli politik. Contohnya, siasatan tentang Aman Palestin dan Aisyah Hijanah.

Tetapi ada juga kes di mana siasatan dibuat setelah campur tangan ahli parlimen / ahli politik. Contohnya, kes stokin yang dijual di KKMart di mana Ketua Pemuda UMNO champion perkara tersebut. Atau, kes yang paling sensasi dalam sejarah Malaysia: 1MDB.

Lazimnya, tekanan ke atas pihak berkuasa lebih tinggi jika tekanan itu datang daripada ahli parlimen / ahli politik. Kerana, perkara yang dibangkitkan oleh ahli parlimen / ahli politik boleh menjadi isu nasional. Sebab itu, peranan ahli parlimen / ahli politik adalah penting untuk isu yang melibatkan kepentingan kerajaan dan rakyat.

5) Media - Media adalah pihak yang boleh memainkan peranan penting untuk membuat pendedahan berhubung perkara melibatkan kepentingan kerajaan dan rakyat. Specifically, media yang mempunyai credibility.

Perkara yang dilaporkan oleh media lazimnya mendapat perhatian pemimpin, ahli politik, pihak berkuasa dan rakyat secara amnya. Case study terbaik: Peranan yang dimainkan oleh The Edge dalam membuat pendedahan berhubung masalah yang dihadapi oleh 1MDB.

Apabila ada suatu media yang membuat analisis, analisis tersebut akan dipetik dan disiarkan oleh media lain. Ini menyebabkan isu tersebut menjadi lebih tersebar.

+ + +

Yang terakhir, tentang rakyat secara amnya - Kenapa rakyat lebih suka memberi perhatian kepada isu remeh? Contoh yang terbaru, isu bendera China yang dikibarkan di Perak. Sebelum ini, isu bendera China yang dikibarkan di sebuah sekolah persendirian Cina di Penang.

Sama ada bendera China dikibarkan atau bendera China tidak dikibarkan, apa manfaat perkara ini kepada ekonomi Malaysia amnya dan kekayaan rakyat khususnya? Apa manfaat perkara ini kepada pencapaian syarikat kerajaan seperti Khazanah dan PNB?

Jika bendera China dikibarkan di Malaysia, rakyat Malaysia dan orang Melayu TIDAK mendapat manfaat besar daripada perkara tersebut. Likewise, jika bendera China TIDAK dikibarkan di Malaysia, rakyat Malaysia dan orang Melayu tidak mendapat manfaat besar daripada perkara tersebut.

Kenapa rakyat Malaysia dan orang Melayu memberi perhatian kepada isu yang TIDAK memberi manfaat besar kepada mereka? Kenapa rakyat Malaysia dan orang Melayu TIDAK memberi perhatian kepada isu yang memberi kesan besar kepada mereka?

Bagaimana syarikat kerajaan berasa TERDESAK untuk menghasilkan pencapaian yang terbaik jika syarikat kerajaan TIDAK menerima tekanan daripada rakyat? Bagaimana ahli parlimen / ahli politik berasa TERDESAK untuk bekerja dengan terbaik jika ahli parlimen / ahli politik TIDAK menerima tekanan daripada rakyat?

Adakah kelemahan rakyat ini menunjukkan rakyat Malaysia dan orang Melayu mempunyai otak yang lemah dalam berfikir, membuat keputusan, dan melakukan tindakan? Khususnya, untuk perkara-perkara penting dan kompleks.

Bandingkan pula dengan cerita artis berperangai hodoh ... mudah saja pula otak orang Melayu memproses cerita-cerita tak berguna seperti ini. Viral dalam semua mainstream media. Viral di social media. Berpuluh-puluh thread di forum. Beribu-ribu komen tentang cerita-cerita yang tak berguna.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069533 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list