View: 20018|Reply: 10
|
Polis China tangkap penduduk meraikan sambutan masyarakat Barat, Halloween
[Copy link]
|
|
BEIJING – Polis menghalang dan menangkap orang ramai yang meraikan sambutan masyarakat Barat, Halloween di Shanghai, China, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.
Saksi-saksi memberitahu BBC, mereka melihat polis menyuraikan orang ramai yang bergembira dan memakai pelbagai kostum menyeramkan di jalan-jalan di Shanghai.
Gambar yang menunjukkan sebilangan individu ditahan kerana meraikan Halloween juga tular di media sosial.
Mengikut tradisi Barat, roh manusia yang telah mati akan kembali ke rumah masing-masing semasa hari Halloween.
Satu rakaman video yang disiarkan ke media sosial menunjukkan individu memakai kostum seperti watak adiwira Batman dan Deadpool, diiringi anggota polis menaiki van pihak berkuasa itu.
Beberapa pengunjung parti itu berkata, mereka terpaksa menanggalkan mekap di balai polis.
Pada Sabtu lalu, polis dilihat menyuraikan orang ramai dari Taman Zhongshan di Shanghai.
“Kami diberitahu semua orang yang keluar dari pintu taman itu tidak boleh memakai kostum (bagi meraikan Halloween).” kata seorang penduduk. – AGENSI
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 30-10-2024 12:17 PM
Sb tu kami Cina China kalo NAK BERLEBIHAN kami akan ke Msia...di Msia rakyat mereka sokong kami,pemimpin mereka pon sokong kami.Di TEMPAT SENDIRI INILA NASIB CINA DI TANAH BESAR CHINA |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau: Edited by Skuau at 30-10-2024 12:17 PM Sb tu kami Cina China kalo NAK BERLEBIHAN kami akan ke Msia...di Msia rakyat mereka sokong kami,pemimpin mer ... China kat malaysia rilek je main bendera komunis
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutla Cina tak nak balik Cina
India tak nak balik India |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai traditional dan pedang china kena tangkap jugakah |
|
|
|
|
|
|
|
Next time celebrate di malaysia dek |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai je costume hantu cina tampal kat dahi tu..dijamin selamat dek non… |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sana dah ada perayaan hantu lapar secara besar2an...sambut pulak Halloween...mana boleh mcm tu. Nnt hantu2 western ni menjajah minda hantu2 lompat China. Sekali culture shock dah too late bebeh. Mcm mana nak kontrol hantu2 yg culture shock? So aku setuju gomen Cina buat pembenterasan awal. |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh ini lah diaaaa
patut la nampak dak2 muda pakai pelik2 dlm subway sabtu tu
ingatkan depa pun ada harajuku Street kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Cer try kibar bndera msia kt sana nk tengok apa jd |
|
|
|
|
|
|
|
Patut ramai2 nak duduk sini...
Dkt sini molek2 je berhalloween bagai ni atas dasar meraikan kepelbagaian tradisi
Meh meh sapa nak msk lg meh
Luku pala kang |
|
|
|
|
|
|
| |
|