KERETA Perodua Myvi yang terjatuh ke dalam curam akibat kemalangan dengan lori. FOTO Ihsan Bomba.
Gua Musang: Lima maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Kilometer KM 86 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini, hari ini.
Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35, dan Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20.
Turut maut, pemandu lori Nissan, G Mageswara, 53.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata pihaknya menerima makluman kejadian pada 11.57 pagi.
"Lima mangsa terbabit iaitu seorang lelaki India, masing-masing dua wanita dan lelaki Melayu maut di lokasi kejadian akibat tersepit.
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan pemandu lori yang terbabit kemalangan di Jalan Gua Musang-Lojing hari ini. FOTO Ihsan Bomba,
"Operasi menyelamat bermula jam 1.25 tengah hari dan kami terpaksa memohon bantuan daripada BBP Cameron Highlands.
"Kesemua mangsa dapat dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan disahkan sudah meninggal," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Nor Azizi Che Noh berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 3.55 petang.
Katanya, operasi membabitkan 18 anggota dan tujuh jentera daripada BBP Gua Musang dan Cameron Highlands.
Kemalangan maut: Empat sekeluarga dikebumikan dalam dua liang lahad
NORHASPIDA YATIMNORHASPIDA YATIM
26 Oktober 2024 12:06pm
Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat dikebumikan dalam dua liang lahad.
HULU TERENGGANU - Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Kesemua mangsa dikebumikan dalam dua liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Payang Kayu, di sini.
Mangsa terkorban dalam nahas itu ialah Mohd Junaizi Jusoh, 48 dan isterinya, Shazwani Ismail, 39; anak mereka Muhammad Fakrul Danish, 20, dan Farhana Ismail, 35; yang juga adik kepada Shazwani.
Jenazah mangsa kemalangan disembahyangkan di Masjid Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu.
Allahyarham Mohd Junaizi disemadikan dalam satu liang lahad bersama Muhammad Fakrul Danish manakala Shazwani dikebumikan bersama Farhana.
Sebelum itu, empat van yang membawa kesemua jenazah tiba Masjid Kampung Payang Kayu, di sini kira kira jam 7 pagi sebelum disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan di kampung tersebut sekitar jam 8 pagi.
Lima terkorban lori muatan batu bertembung kereta
Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Payang Kayu di Hulu Terengganu.
Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Payang Kayu di Hulu Terengganu.
Suasana hiba dan pilu mengiringi majlis pengebumian yang dihadiri lebih 500 ahli keluarga dan kenalan mangsa bagi memberi penghormatan terakhir yang maut ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands itu.
Lebih 500 hadir termasuk waris dan kenalan bagi mengiringi majlis pengebumian empat mangsa yang maut dalam kemalangandi Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat.
Turut klihatan ahli keluarga serta dua anak pasangan suami isteri tersebut iaitu Nur Jihan Irdina Muhammad Junaizi, 13, dan Nur Anis Zahra Nazihah, 12.
Kedua-duanya kelihatan sugul dan bersedih dengan kehilangan kedua ibu bapa serta ibu saudara mereka yang meninggal dunia dalam tragedi tersebut.
Nur Jihan Irdina ditenangkan ahli keluarga ketika majlis pengebumian jenazah empat ahli keluarganya yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat.
Nahas berlaku kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan lima mangsa maut termasuk pemandu lori jenis Nissan, G. Mageswara, 53.
Kesemua mangsa disahkan terkorban di lokasi kejadian.
Kejadian berkenaan dipercayai berpunca apabila sebuah lori membawa muatan batu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta yang dinaiki empat sekeluarga itu.
Mangsa kemalangan maut teruja mahu bercuti minggu ini
25 Oktober 2024 10:08pm
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengangkat mayat mangsa kemalangan untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Gua Musang, pada Jumaat. Foto Bernama
GUA MUSANG - Shazwani Ismail, 39, seorang daripada lima mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lori dan kereta Perodua Myvi di KM86 Jalan Gua Musang-Lojing, pada Jumaat teruja untuk bercuti di Cameron Highlands, Pahang.
Kakak mangsa Najdiah, 41, berkata, Allahyarham mahu bercuti di pusat peranginan itu minggu ini bagi mengelak kesesakan pada perayaan Deepavali minggu hadapan dan mengikut perancangan, mereka sepatutnya tiba hari ini dan pulang esok.
"Konvoi kami membabitkan tiga kenderaan dengan kereta dinaiki Shazwani dipandu oleh adik, Farhana, 35, berada paling belakang dari dua kereta keluarga lain.
"Setelah berhenti di sebuah stesen minyak, kereta mereka yang turut dinaiki dua ahli keluarga lain tidak kunjung tiba dan mereka gagal dihubungi (panggilan telefon)," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini pada Jumaat.
Najdiah berkata, ketika itu dia beranggapan telefon Shazwani dan tiga yang lain mungkin tiada liputan, jadi mereka memutuskan untuk meneruskan perjalanan.
Walau bagaimanapun, katanya mereka mengambil keputusan untuk berpatah balik menjejaki adiknya setelah kesemua mangsa tidak menjawab panggilan telefon.
"Apabila tiba di lokasi kemalangan itu, kami nampak sebuah lori terbabas dan pada masa sama ternampak serpihan kereta adik di atas jalan.
"Setelah memberhentikan kereta dan mendapatkan anggota polis yang berada di situ, saya dimaklumkan bahawa kereta dinaiki mereka (mangsa) terjatuh ke dalam gaung,” katanya.
Terdahulu, jurucakap bomba melaporkan tiga lelaki dan dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing pada Jumaat.
Lima yang maut ialah Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39, Farhana Ismail, 35, Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20, kesemuanya menaiki kereta Perodua Myvi dan pemandu lori G.Mageswara, 53.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila lori dari arah Cameron Highlands menghala ke arah Lojing hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
Lori tersebut, katanya telah bertembung dengan kenderaan yang dinaiki empat mangsa terbabit sehingga menyebabkan ia jatuh ke dalam gaung, manakala kenderaan berat tersebut terbalik di atas jalan di laluan bertentangan. - Bernama
(Kiri) Allahyarham Farhana. - Foto Ihsan Keluarga (kanan) Nor Aini, ibu saudara kepada Allahyarham Farhana. Foto NAZDY HARUN
Kuala Berang: Rasa tidak sedap hati apabila diminta pulang segera ke kampung di Hulu Terengganu membawa khabar duka buat Nor Aini Abu Bakar, 50, yang kehilangan empat ahli keluarga yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 86 Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan, semalam.
Nor Aini adalah ibu saudara kepada Shazwani Ismail, 39 dan Farhana Ismail, 35, yang maut dalam kemalangan berkenaan.
Turut terkorban, suami kepada Shazwani, Mohd Junaizi Jusoh, 48, dan anak mereka, Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 18.
Nor Aini berkata, dia yang berada di rumahnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur menerima panggilan daripada ahli keluarganya kira-kira jam 1.20 petang semalam yang memintanya segera pulang ke Hulu Terengganu.
"Mereka hanya minta saya balik segera dan ketika itu, saya sudah syak ada sesuatu yang tidak kena sebelum bergerak pulang ke kampung.
"Selepas itu, barulah saya tahu dua anak saudara bersama suaminya dan cucu saudara terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands," katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Kampung Payang Kayu di sini hari ini.
Nor Aini berkata, dia sememangnya rapat dengan dua anak saudaranya (Shazwani dan Farhana Ismail) terutama Farhana yang kerap ke rumahnya sepanjang dia berkursus di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kuala Lumpur, tahun lalu.
"Setiap minggu, Farhana akan ke rumah saya dan barang-barangnya termasuk motosikal juga masih berada di rumah saya.
"Kali terakhir saya menemuinya dua minggu lalu apabila dia datang menghadiri kenduri sepupunya namun arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan," katanya.
Menurut Nor Aini, Farhana yang baharu selesai berkursus di FRIM sempat menghadiri Konvensyen FRIM pada 19 September lalu dan masih menunggu penempatan kerja.
"Sebelum ini, arwah bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta di Kuala Terengganu, sebelum menerima tawaran kursus di FRIM.
"Saya memang rapat dengan Farhana, dia seorang anak saudara yang baik dan pemergiannya secara tiba-tiba memang amat dirasai apatah lagi insiden sama turut meragut nyawa tiga ahli keluarga yang lain.
"Memang perit tapi saya reda dengan pemergian arwah dan kenangan bersama arwah sejak setahun lalu menjadi ingatan buat saya dan keluarga," katanya.
Media semalam melaporkan Farhana bersama kakaknya, Shazwani dan abang iparnya, Mohd Junaizi dan anak saudaranya, Muhammad Fakrul Danish maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori.
Kuala Terengganu: Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyifatkan pemergian atlet kriket, Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi satu kehilangan besar buat sukan yang semakin popular di negeri Terengganu.
Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya berkata, atlet kelahiran Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu itu berpotensi untuk meraih kilauan pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-22 di Selangor pada 2026.
Bagaimanapun jelasnya, segalanya hanya tinggal impian selepas atlet berusia 18 tahun itu yang merangkul pingat gangsa Sukma edisi ke-21 di Sarawak Ogos lalu pergi buat selama-lamanya pagi semalam.
Terdahulu, Muhammad Fakrul Danish terkorban selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing pagi semalam yang turut mengorbankan kedua ibu bapanya, Mohd Junaizi Jusoh, 48 dan Shazwani Ismail, 39.
Turut terkorban dalam nahas akibat bertembung dengan sebuah lori itu adik kepada Shazwani, Farhana, 35 selepas kereta jenis Perodua Myvi yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung.
"MSNT mengucapkan takziah buat keluarga arwah dan turut bersedih atas pemergian Muhammad Fakrul Danish yang terlibat dengan kemalangan pagi semalam sehingga mengorbankan semua yang berada di dalam kereta itu termasuk kedua ibu bapanya.
"Arwah adalah seorang atlet yang berdisiplin sehingga berjaya menyumbangkan pingat gangsa dalam acara kriket T10 biarpun penampilan kali pertama dalam temasya itu.
"Kita sasarkan kilauan pingat perak ataupun emas pada temasya Sukma akan datang di Selangor kerana arwah adalah atlet yang berpotensi untuk mewakili negara, walau bagaimanapun adik Fakrul pergi buat selama-lamanya," kata Ahmad Shahrizal ketika dihubungi hari ini.
Pada temasya Sukma di Sarawak sebelum ini, pasukan kriket Terengganu yang turut diwakili Muhammad Fakrul Danish berjaya menumpaskan Kedah pada perlawanan penentuan pingat gangsa.
'Kali terakhir jumpa bapa, ibu ketika dihantar ke asrama'
NORHASPIDA YATIMNORHASPIDA YATIM
26 Oktober 2024 03:59pm
Nur Jihan Irdina ditenangkan ahli keluarganya ketika majlis pengebumian empat ahli keluarganya termasuk ibu saudaranya di Tanah Perkuburan Islam Payang Kayu di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
HULU TERENGGANU - Anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pada Jumaat hanya sempat bertemu ibu dan bapanya minggu lalu.
Nur Jihan Irdina Mohd Junaizi, 13, berkata, ketika itu, ibunya, Shazwani Ismail, 39 dan bapanya, Mohd Junaizi Jusoh, 48, menghantarnya pulang ke asrama di Sekokah Menengah (SM) Sains Hulu Terengganu (SAHUT).
Nur Jihan Irdina berkata, dia mengetahui kejadian menimpa kedua mereka termasuk abangnya, Muhammad Fakrul Danish pada petang Jumaat.
"Saya berada di asrama sebelum diberitahu oleh rakan yang warden asrama memanggil saya.
"Waktu tu saya belum tahu lagi sebab apa warden panggil cuma saya diberitahu perlu balik ke rumah.
"Saya pun segera tukar pakaian dan menunggu ibu saudara saya datang ambil di kantin sekolah," katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Payang Kayu, Kuala Berang, di sini.
Menurut Nur Jihan dia hanya mengetahui tiga ahli keluarganya terbabit kemalangan ketika berada dalam kereta.
"Waktu tu, barulah saya tahu sebab apa saya diminta pulang, rupanya mak, ayah dan abang saya meninggal dunia dalam kemalangan," ujarnya yang turut kehilangan ibu saudara, Farhana Ismail, 35, dalam nahas tersebut.
Nur Jihan yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik mempunyai seorang adik iaitu Nur Anis Zahra Nazihah, 12, bersekolah di SK Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh, di sini.
Jelas Nur Jihan, dia tidak mengikuti rombongan keluarganya untuk bercuti di Cameron Highlands kerana berada di asrama.
Ditanya lanjut mengenai siapa yang akan menjaga dia bersama adiknya, Nur Jihan berkata ia belum diputuskan lagi.
Bagaimanapun, difahamkan dua beradik yang kini bergelar yatim piatu itu akan tinggal bersama nenek mereka, Hasmah Abu Bakar, 60.
Sementara itu, Hasmah berkata, dia pasrah dan reda dengan kehilangan empat ahli keluarganya serentak.
"Saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Mungkin sampai di sini suratan perjalanan mereka dan saya doakan yang terbaik buat mereka. Terima kasih kepada semua yang membantu melancarkan urusan pengebumian mereka," ujarnya sebak.
Mengimbau kembali tragedi berdarah itu, Hasmah berkata, dia sama sekali tidak menyangka kereta dinaiki dua anak, menantu dan cucunya itu terlibat kemalangan.
"Saya ketika itu meneruskan perjalanan bersama sebuah kereta lain selepas mengisi minyak namun tidak kelihatan kereta dinaiki mereka yang ketika itu berada di belakang.
"Kami ada cuba menghubungi mereka beberapa kali namun panggilan tidak diangkat.
"Disebabkan kereta dinaiki mereka masih tidak kelihatan, kami berpatah balik untuk mencari namun terkejut apabila mendapati mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori," ujarnya.
Nahas berlaku kira-kira jam 11 pagi itu turut meragut nyawa, seorang lagi mangsa iaitu pemandu lori, G. Mageswaran, 53 yang juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Shazwani Ismail, 39, bersama suaminya Mohd Junaizi Jusoh, 48, (belakang) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 86 Jalan Gua Musang-Lojing. FOTO Nazdy Harun
NUR Jihan Irdina (kiri) ditenangkan ahli keluarga semasa solat jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 86 Jalan Gua Musang-Lojing. FOTO Bernama
Kuala Berang: "Belajar molek (belajar bersungguh-sungguh)." Itu pesanan terakhir Allahyarham Shazwani Ismail, 39, kepada anaknya, Nur Jihan Irdina Mohd Junaizi, 13, ketika menghantarnya pulang ke asrama 19 Oktober lalu.
Nur Jihan Irdina berkata, dia yang berada di asrama di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) dipanggil warden selepas solat Asar semalam dan memaklumkan dia perlu pulang ke rumah.
"Ketika itu, warden tak bagi tahu sebab apa cuma dia bagi tahu kena balik sebelum saya ke bilik untuk menukar baju.
"Tidak lama kemudian, ibu saudara datang ambil dan ketika berada dalam kereta, ibu saudara bagi tahu mak, abah dan abang Danish sudah tiada kerana terbabit dalam kemalangan," katanya sebak.
Disyorkan
Kes culik di Gerik: Polis siasat kes pertama, sahkan kes kedua hanya rekaan
Polis siasatan penipuan latihan penerbangan
Situasi keselamatan di Selatan Lubnan 'sangat mencabar' - UNIFIL
Polis dapat OTI, rakam keterangan 17 warga China isu kibar bendera
KDN, Sri Pahang kongsi mata
Ibunya, Shazwani bersama suami, Mohd Junaizi Jusoh, 48, dan anak mereka, Muhammad Fakrul Danish, 18, terkorban dalam kemalangan di Kilometer 86 Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, semalam.
Turut maut, ibu saudaranya, Farhana, 35.
Nur Jihan Irdina yang juga anak kedua daripada tiga beradik berkata, kali terakhir dia bertemu ibu dan bapanya pada 19 Oktober lalu ketika mereka menghantarnya pulang ke asrama.
"Saya ada balik bercuti hujung minggu lalu dan pada 19 Oktober lalu, abah dan mak hantar balik.
"Ketika itu, mak dan abah tidak menunjukkan sebarang perubahan cuma mak ada pesan belajar molek-molek (bersungguh-sungguh).
"Tak sangka itu jadi pesanan terakhir mak," katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Kampung Payang Kayu di sini, hari ini.
Atlet kriket Terengganu terkorban bersama ibu dan bapa
Post time 26-10-2024 08:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Harap senior2 kat sekolah men.sains hulu terengganu tu janganlah korang buli Jihan ni..kesian dia dh jd anak yatim piatu.
Kalo ada kes buli gak, mmg sial lah sekolah tu...SBP mmg terkenal dgn kes buli
Post time 27-10-2024 05:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Cemana kat artikel mula tu tulis umur ank sulung 20
Artikel kat bwh2 semua 18
Salam takziah buat keluarga semua mangsa yg terkorban
Sian 2 beradik tu sekelip mata yatim piatu