CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24196|Reply: 35

[Tempatan] PAS gesa siasat peserta pesta tanglung kibar bendera China di Teluk Intan. #2, Penganjur mohon maaf isu kibar bendera China. #4, Perarakan di Menara Condong tiada permit polis - KP Perak. #19, Video

[Copy link]
Post time 25-10-2024 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 25-10-2024 10:03 AM

PAS gesa siasat peserta pesta tanglung kibar bendera China

https://www.freemalaysiatoday.co ... ina-di-teluk-intan/

FMT Reporters
25 Oct 2024, 11:27 AM


Tular video di media sosial sekumpulan peserta mengibarkan bendera China didakwa berlaku pada sambutan pesta tanglung di Teluk Intan, bulan lalu.

Bagaimanapun, pegawai Nga Kor Ming menafikan kehadiran menteri itu dan kejadian terbabit bukan berlaku pada pesta tanglung seperti didakwa Razman Zakaria.

PETALING JAYA: PAS Perak menggesa siasatan terhadap penularan video peserta mengibarkan bendera China yang didakwa berlaku dalam sambutan pesta tanglung di sekitar Menara Condong Teluk Intan, 13 Sept lalu.

Pesuruhjayanya Razman Zakaria mendakwa program anjuran sebuah tokong itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan selain turut dihadiri seorang exco kerajaan Perak dari DAP.

Razman berkata Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 melarang mana-mana individu mempamer mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau sekolah.

“Dalam video disebarkan secara jelas ada beberapa kumpulan menyertai program tersebut mengibarkan bendera China yang langsung tiada kaitan dengan sambutan,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, pegawai kepada Nga menafikan menteri terbabit hadir dalam program yang mana didakwa berlakunya peristiwa pengibaran bendera China.

Menurutnya, kejadian itu sebenarnya berlaku pada sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung semalam, bukan semasa pesta tanglung seperti didakwa Razman.

“Video itu bukan berkaitan festival tanglung seperti didakwa,” katanya.

Razman membuat dakwaan berdasarkan video tular di media sosial yang mendakwa ada sekumpulan peserta mengibarkan bendera China pada sambutan pesta tanglung, bulan lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2024 02:13 PM | Show all posts
Penganjur mohon maaf isu kibar bendera China

https://www.freemalaysiatoday.co ... ibar-bendera-china/

FMT Reporters
25 Oct 2024, 12:42 PM


Sambutan Guan Gong Sedunia diadakan di sekitar Menara Condong Teluk Intan, semalam.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Soon Boon Hua berkata insiden mengibar bendera China dilakukan rakyat negara itu dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, semalam.

PETALING JAYA: Susulan tular video peserta mengibarkan bendera China di Menara Condong Teluk Intan, penganjur tampil memohon maaf dan mendakwa tindakan itu suatu yang tidak dirancang.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Soon Boon Hua berkata insiden mengibar bendera China dilakukan oleh rombongan rakyat dari negara itu dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, semalam.

PETALING JAYA: Susulan tular video peserta mengibarkan bendera China di Menara Condong Teluk Intan, penganjur tampil memohon maaf dan mendakwa tindakan itu suatu yang tidak dirancang.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Soon Boon Hua berkata insiden mengibar bendera China dilakukan oleh rombongan rakyat dari negara itu dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, semalam.

“Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden tersebut dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mendakwa kejadian itu berlaku ketika sambutan pesta tanglung di Teluk Intan, 13 Sept lalu, selain kononnya turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Bagaimanapun, pegawai kepada Nga menafikan menteri terbabit hadir dalam program yang mana didakwa berlakunya peristiwa pengibaran bendera China.

Menurutnya, kejadian itu sebenarnya berlaku pada sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung semalam, bukan semasa pesta tanglung seperti didakwa Razman.

Razman membuat dakwaan berdasarkan video tular di media sosial yang mendakwa ada sekumpulan peserta mengibarkan bendera China.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2024 02:17 PM | Show all posts
Kibar bendera China: Penganjur mohon maaf, PAS desak siasatan

https://www.malaysiakini.com/news/723891

Diterbitkan:  Oct 25, 2024 12:37 PM
Dikemaskini: 12:39 PM



Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia tampil memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China pada malam perarakan di Teluk Intan, Perak, semalam.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua menjelaskan perbuatan itu dilakukan oleh rombongan dari negara Tembok Besar itu dan bukan penduduk Malaysia.

Malah katanya, tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

“Sebagai pihak yang mengelolakan Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, saya ingin memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh rombongan negara China (bukan penduduk Malaysia) pada malam perarakan di Teluk Intan, Perak yang berlangsung pada 24 Oktober 2024.

“Sambutan Guan Gong Sedunia merupakan program yang sudah berlangsung banyak tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah dan Perak merupakan salah satu stesen yang terlibat.

“Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendara Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan, Perak adalah tidak terkecuali daripada itu.

“Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden tersebut dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu video perarakan sambutan itu tular di media sosial memaparkan peserta mengibarkan bendera China sekali gus menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Kejadian itu juga mendapat perhatian Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang mendakwa Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming turut hadir merasmikan program pada 13 September lalu.



Razman mendakwa dia juga difahamkan program tersebut akan berlangsung sehingga 26 Oktober ini.

Ketua pembangkang Perak itu bagaimanapun tidak pasti paparan video berkenaan adalah program yang sama atau tidak.

“Apa yang mengejutkan dan mengecewakan ialah berkibarnya bendera negara China dalam sambutan di sekitar Menara Condong, Teluk Intan. Program melibatkan menteri persekutuan daripada DAP dilaporkan bertujuan mempromosikan perpaduan dan pelancongan setempat.

“Negara ini diasaskan dengan penuh harmoni dan toleransi kaum untuk menjunjung perlembagaan. Sebarang tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan dan akta serta semangat perpaduan nasional yang menjunjung kedaulatan negara mestilah diambil tindakan,” tegasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Adun Gunung Semanggol itu, dengan kehadiran Nga dan exco kerajaan negeri Perak, program tersebut boleh dianggap sebagai program rasmi dan direstui kerajaan.

Tegas Razman, mengikut Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan mempamer) 1949 (Akta 139) Seksyen 3 memperuntukan tiada seorang pun boleh mempamer mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau di sekolah.

“Tindakan seperti ini boleh dianggap sebagai satu provokasi yang mencabar kedaulatan dan keharmonian negara.

“PAS Perak mendesak siasatan dibuat terhadap peserta, penganjur termasuk menteri dan exco yang hadir secara rasmi atas kapasiti mereka sebagai wakil kerajaan persekutuan dan negeri,” katanya.

Malaysiakini difahamkan, satu laporan polis akan dibuat oleh PAS Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada 2.45 petang ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2024 02:20 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 25-10-2024 06:22 AM

Perarakan di Menara Condong tiada permit polis - KP Perak

https://www.malaysiakini.com/news/723903

Bernama
Diterbitkan:  Oct 25, 2024 2:04 PM
Dikemaskini: 2:04 PM



Polis mengesahkan perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera negara asing yang turut tular di media sosial, diadakan tanpa permit.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata perarakan yang berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu berlangsung dari pukul 8 malam hingga 11.30 malam semalam, dan disertai kira-kira 400 penonton.

"Polis telah memanggil penganjur untuk rakaman keterangan dan mereka juga akan diminta untuk mengemukakan semua peserta warga asing yang dipercayai dari China untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan di Ipoh hari ini.

Azizi berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada 12.39 tengah malam tadi.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perarakan tanpa permit polis dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.


Beliau juga menasihati mereka yang ingin menganjurkan perhimpunan agar menghantar permohonan kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

Orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dengan perhimpunan haram yang boleh menimbulkan kacau ganggu dan menggugat ketenteraman awam, dengan mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didenda hingga RM10,000 mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, jika sabit kesalahan.

Hari ini, Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh sekumpulan individu pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan semalam.

Pengerusi persatuan itu Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:28 PM | Show all posts
Buat problem --> mintak maaf ---> move on

Sifir yg sama berulang2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
leluhur celaka paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2024 02:44 PM | Show all posts
tungkai replied at 25-10-2024 02:28 PM
Buat problem --> mintak maaf ---> move on

Sifir yg sama berulang2...

sbbnya pihak berkuasa tidak berani ambil tindakan...itu lah puncanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa saje je tu..
Orang kita kan lemah dgn perkataan maaf
Tapi dah masuk.gambo dah bendera tu..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Payung kuning pun senyap.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa 'UNDI PARTI NI' lagi PRU akan datang...#Rasain kalian
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer cek ic, klau muka & nama x sama sah la deme ni sbhgn 1.2 j yg x balik2 tu. Klau tnya muntri pddkan nti dia jwb tu student cina dtg sambung pesta tanglung
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 25-10-2024 03:09 PM
Cer cek ic, klau muka & nama x sama sah la deme ni sbhgn 1.2 j yg x balik2 tu. Klau tnya muntri pddk ...

itu kalo..ckp camtu..Mintili tak terdidikan la namanya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:17 PM | Show all posts
ni yg tak balik2 china blk la tu. cuba melayu yg buat kejap je kne tangkap ni relax je masing2
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon peserta china itu bawa bendera negara mereka ke putrajaya pula..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya china pun da anggap msia ni tanah jajahan mereka. Punca sbb pemimpin yg kita ada hari ini x smart. Mcm mn nak smart tpm nya pun terpalit Kes dnaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebesar2 alam ko nye bendera china tu , klu pelancong pun ko bwk la bendera kecik tu, menyampah to the max.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
3R ni. pihak berkuasa ambik la tindakan. kalau tak satu hari nanti yang tak berkuasa akan ambik tindakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2024 06:02 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 25-10-2024 10:04 AM

https://www.facebook.com/traffic ... ref=embed_video&t=2



Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Berambus je lah balik tanah leluhur. Menyemak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.329062 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list