View: 16639|Reply: 30
|
Penjara Di Malaysia Kini Mencecah 87,000 Orang, Tidak Mampu Lagi Menampung Banduan - Zahid Hamidi
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Jumlah banduan ditempatkan di penjara di seluruh negara kini mencecah 87,000 orang iaitu melebihi kapasiti maksimum 74,000 tahanan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri berkata, usaha rentas agensi dan kementerian perlu dilakukan bagi mengatasi masalah itu.
“Insya-Allah kita akan bantu Jabatan Penjara Malaysia menyelesaikan masalah lebih muatan ini dengan beberapa pendekatan proaktif setelah dibentangkan dalam mensyuarat (Majlis Sosial Negara) sebentar tadi,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Isnin.
Ahmad Zahid menegaskan, kerajaan tidak pernah memandang ringan permasalahan sosial yang berlaku di negara ini.
"Saya baru selesai mempengerusi mesyuarat Majlis Sosial Negara dan kami sentiasa cari penyelesaian serta buat keputusan dasar mengenai hala tuju pembangunan sosial negara sambil menilai strategi yang sedang dilaksanakan.
"Isu kami bincangkan tidak terhenti dalam permasalahan sosial yang saya sebutkan di dalam ucapan ini, tetapi ia melangkaui permasalahan lain seperti pengurusan banduan rentan.
“Ini termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian, dasar perbankan buat orang kurang Upaya (OKU), pengurusan pelarian dalam negara dan keciciran murid sekolah menengah yang semakin merisaukan," ujarnya.
DSN 2030 menetapkan sasaran untuk negara berada di kedudukan ke-25 dalam Indeks Pembangunan Manusia dan Indeks Persepsi Rasuah selain meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh ke 60 peratus.
Empat teras dasar sosial ini ialah keperluan asas, potensi diri, sistem sokongan dan tanggungjawab sosial.
Bagi memastikan kesemua objektif tercapai, kerajaan sedang melaksanakan 44 pelan tindakan utama berkaitan sosial melibatkan 19 kementerian dan agensi dengan pemantauan Majlis Sosial Negara.
Kredit: Astro Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cukup buat penjara baru.
Bukannya lepaskan dgn parole atau home detention.
Kerja bodoh betul lepaskan penjenayah dlm masarakat |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berzaman dah isu kesesakan kat penjara. Bukannya reti nak buat penjara baru ke apa. Dalam penjara tu sesak bukan sebab penjenayah local je, foreigners pun bersepah. Tambah pulak dah mansuh hukuman mati mandatori, sambung bela lagi kat penjara nun. Huiung2 ambil jalan singkat, bagi parole & home detention.
Border control pun lemah. Takut sangat kat puak suhakam unhcr tu semua. Persetankan la dorang tu. Penjenayah asing kau hanyutkan je ke tengah laut. Banyak cantik dah la guna duit taxpayers untuk tampung dorang. Chit poodahh! |
|
|
|
|
|
|
|
leinkali yg dihukum mati tu cepat2 jatuh hukuman, ni merayu saja berpuluh tahun ujung2 dpt pengampunan penjara seumur hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
takat Najib sorang boleh je selit2.... |
|
|
|
|
|
|
|
letak jer la kt kandang lembu... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah hapuskan hukuman mati mandatori memang la kau menternak banduan |
|
|
|
|
|
|
|
scorpene replied at 22-10-2024 05:20 PM
takat Najib sorang boleh je selit2....
Najib tengah bercucuk tanam sambil terselit celah pokok bayam pasir |
|
|
|
|
|
|
|
Tidurkan aje penjenayah tu, especially pati takde ID, guna passport palsu, tak ada arrival record. Buang duit tax. |
|
|
|
|
|
|
|
Wak tetiba plk citer pasal penjara......teringin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi jela hukum bunuh semua penagih setel
Lagi satu bila dah dijatuhkan hukuman gantung jangan la amik masa lama sgt sampai bertahun2
Tau3 hukuman dah dimansuhkan, bertukar gomen dan ydp tup2 diampun kan bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Bila netizens kata buat kerja slow, tak setuju.302 & dadah - Hakim jatuhkan hukum selepas beri pertimbangan yang wajar dengan bukti yang lengkap. Tapi lepas tu 10 tahun pun tak mati lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 22-10-2024 06:27 PM
Wak tetiba plk citer pasal penjara......teringin ke?
sesekali ku terasa teringin...... |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 22-10-2024 06:50 PM
Bagi jela hukum bunuh semua penagih setel
Lagi satu bila dah dijatuhkan hukuman gantung jangan la a ...
Ampun Tuanku -Banduan
Beta ampun kan - Ampuan |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke kos seorang banduan rm50 sehari? |
|
|
|
|
|
|
|
Letak sahaja dalam ladang luas yang berpagar, ada security yg cukup dan jadikan mereka pekerja ladang. Buatlah offer yg sesuait. Kalau tak boleh gubal undang-undang baru... dah setel satu masalah untuk buat food security. Tak perlu dah buat penjara baru... meerka sepatutnya bukan habiskan beras tetapi resource untuk hasilkan makanan |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 22-10-2024 07:38 PM
Betul ke kos seorang banduan rm50 sehari?
makan je rm27/hari. + yg lain² maybe sampai la rm50 tu |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 22-10-2024 08:09 PM
Letak sahaja dalam ladang luas yang berpagar, ada security yg cukup dan jadikan mereka pekerja ladan ...
awak boleh jadi menteri |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 22-10-2024 06:27 PM
Wak tetiba plk citer pasal penjara......teringin ke?
Xblh kuota dh penuh kata wak |
|
|
|
|
|
|
| |
|