CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26391|Reply: 0

Tasik Buatan Manusia Terbesar Di Dunia Semakin Kering Akibat Kemarau

[Copy link]
Post time 22-10-2024 12:03 AM | Show all posts |Read mode



LUSAKA  – Sebuah tasik buatan manusia terbesar di dunia menjadi semakin kering akibat kemarau ekstrem di Zambia, lapor portal berita Daily Express UK kelmarin.


Terletak di Sungai Zambezi, air Tasik Kariba yang dibina dalam tahun 1950-an itu digunakan untuk memutarkan turbin stesen janakuasa bawah tanah terbesar di Zambia.


Namun, kemarau dahsyat menyebabkan beberapa  bahagian Sungai Zambesi  semakin kering, manakala hanya satu daripada enam turbin gergasi di stesen janakuasa Zambia kini beroperasi.


Situasi itu menyebabkan banyak bandar dan pekan di seluruh negara Afrika itu kadang kala terputus bekalan elektrik, malah sehingga tiga hari berturut-turut.


Jurutera tempatan, Cephas Museba berkata, dia tidak pernah melihat paras air begitu rendah di Tasik Kariba.


“Saya rasa Zambia tidak menerima hujan sejak Februari lagi. Pada tahun-tahun sebelumnya, hujan biasanya turun hingga April lepas. Jika kita bandingkan sejarah lembangan ini, ini adalah paras air yang paling rendah,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran British (BBC). – AGENSI


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.041353 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list