CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27658|Reply: 2

Anak Mat Redho dijumpai berjalan kaki ke pejabat ibunya – PDRM

[Copy link]
Post time 21-10-2024 11:38 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Anak kepada atlet sukan lasak, Mat Redho, iaitu Haq Medin, 7 yang dilaporkan hilang pada petang tadi telah ditemui dalam keadaan selamat.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung Orang Hilang (OH), hari ini.


“Sejurus menerima laporan, sepasukan polis bertindak serta merta mencari dan telah menjumpai semula kanak-kanak itu di pekarangan tempat kerja ibunya.


“Anak pengadu mengambil tindakan sendiri berjalan kaki ke pejabat ibunya dan ditemui selamat,” katanya ringkas hari ini.


Terdahulu, Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya.


Katanya menerusi hantaran di Facebook, kanak-kanak tersebut yang lengkap berpakaian sukan kali terakhir dilihat di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2), di sini sebelum dilaporkan hilang.-KOSMO! ONLINE.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 12:49 AM | Show all posts
Mulai hari ini parents kena nasihatkan anak2 bila nak keluar rumah kemana2 wajib beritahu kpd sesape yg ada di rumah.  Atau pun telefon kpd makayah, beritahu yg anak nak pergi situ, pergi sini.  Ajar anak2 blj minta izin.  Makbapak juga kena tanya anak nak pergi untuk apa, dgn siapa dan naik apa: basikal, jalan kaki? Kalau tak penting, boleh tunggu, tunggu dn pergi dgn makayah. Bukan apa, hari ini mcm2 boleh berlaku: eksiden, jenayah, apatah lagi penculikan kanak2 untuk diambil organ. Biar makayah kecoh dulu drp kecoh kemudian, heboh masuk berita.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 12:22 PM | Show all posts
kwn org ganu sebut Mydin tu medin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.040472 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list