CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 32916|Reply: 51

‘Urusan bil, perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki’ - Haris Ismail

[Copy link]
Post time 21-10-2024 11:32 PM | Show all posts |Read mode





Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tanggungjawab membayar bil serta perbelanjaan rumah adalah tugas semua lelaki bergelar suami.


Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, berkata demikian bagi menjawab tentang video tular isterinya iaitu Noor Neelofa yang mendedahkan dia tidak pernah mengeluarkan wang sendiri membayar bil serta barangan keperluan rumah.


“Secara mudahnya, itu adalah tanggungjawab semua lelaki bukan saya seorang sahaja.


“Semua lelaki yang sudah berkahwin kena jaga nafkah yang perlu kita bagi. Itu adalah wajib,” katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu, Kita & Co, di sini, hari ini.


  



Disebabkan pendedahan Neelofa, ramai netizen yang mengidolakan Haris dan berharap agar pasangan mereka juga akan memiliki sifat bertanggungjawab yang sama seperti Haris.


Namun kata bekas peserta program realiti Pencetus Ummah musim keempat itu, tiada apa yang perlu dibanggakan tentang sesuatu perkara yang wajib dilakukan.


“Sama seperti solat. Mungkin akan ada isteri yang berkata suaminya solat lima waktu. Bagi saya perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana semua umat Islam wajib solat,” ujarnya.


Terdahulu dalam video audio siar Neelofa bersama aktres Nora Danish, dia mendedahkan tidak pernah membayar segala bil air, elektrik, sewa serta barang keperluan rumah sejak berkahwin dengan Haris.


Menurut Neelofa, suaminya melarang dia membeli barang-barang keperluan rumah menggunakan duitnya sendiri kerana itu adalah tanggungjawab seorang suami.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki binik ni buat satu thread je takboleh ke
Koserrrr la tak habis muka karpet nilai ni je
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Couple ni mcm pro Faz dan menyindir Bedul ....tp x mengejutkan sbb Setat pnah like gmbar Faz kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 22-10-2024 01:49 AM
Couple ni mcm pro Faz dan menyindir Bedul ....tp x mengejutkan sbb Setat pnah like gmbar Faz k ...

Emmm bukan kebetulan ke uoll
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:26 AM | Show all posts
betul tu... jgn tau bil air sajork... zaman la ni beli rumah pun bini yg kene buat loan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:25 AM | Show all posts

Setuju ... bila wife nampak suami bayar kemudahan asas (rumah, api air, belanja dapur, persekolahan anak, kereta) ISTERI pasti tak terasa hati sebab nampak kemana duit gaji/pendapatan suami. ISTERI pun tak berkira utk kongsi pendapatan jual kuih ke, jual tupperware ke, duit kutu ke etc.

Ini income setengah juta just for sengeh sengeh and posing posing .. sikit pun tak bagi kat isteri. Dah macam biawak idup la pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, ada juga berita yang beri nilai positif kat readers.

#bukanpeminatlofaharis tapi mereka memang selalu bagi contoh baik kat readers dan penonton.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Biawak komodo tersenyum sinisss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 22-10-2024 06:55 AM

Semua nk jd terpaling..ko nk menunjuk kat Fazura yg laki ko terpaling baikla ya...dan laki ko nk tunjuk kat fatah..ko la paling baik dgn wife...euwwwww...semua nak show off..menangguk di air keruh masa org lain tgh jatuh........biasa yg menunjuk ni..kat belakang x la bahagia mana...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko kerja apa PUriz oi? Jadah bini nak kena downgrade untuk ko. Ko la kerja kuat sikit untuk upgrade diri. Dah puas suruh isteri tutup segala muka bagai, suruh jugak isteri downgrade ikut level pendapatan suami. Kosser aku jantan camni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:05 AM | Show all posts
bkn nak kata apa..kalau benar seperti dicanang,elok kita simpan dan jgn jd kan cth utk ucapan2..sbb selebriti ni semuanya tersimpan..if anything bad happen to your marriage,xtakut ke kene bahan d kemudian hari..nauzubillah..tp mmg best la kan kalau semua laki bayar kan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:27 AM | Show all posts
keychoh betul dua org nih, menangguk di air yg keruh. dua-dua pun sama mendabik dada; 'tiru macam saya' 'saya la terpaling mulia' penunggang agama. boooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:30 AM | Show all posts
menyindir fatoh cukup solat 5 waktu pung tak guna juga kalau tak bagi nafakoh... nyampah nya pulak.

jangan ngata aib orang mcm awok tu bagus sangat

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:32 AM | Show all posts
senyap la ko... luga betul aku ngan ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:33 AM | Show all posts
DARSITA replied at 22-10-2024 03:25 AM
Setuju ... bila wife nampak suami bayar kemudahan asas (rumah, api air, belanja dapur, persekolahan ...

kak darrrr selalunya komen buat i geram tp kalini i setuju dgn komen u.

part haris tu btl laa bila dia ckp solat tu wajib.org memuja terjumpa si fattah kat masjid.ape peliknya dia mmg wajib solat kan.dahtu. bermegah2 jumpa org tu kat masjid pe bendeee.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:34 AM | Show all posts
suami dia kerja apa sebenarnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 08:40 AM | Show all posts
Ada lagi orang percaya ke fake-an diorang ni. Ada lagi duk percaya mereka ni suci walhal ketara menunggang agama. Ada lagi percaya yang dia ni lelaki sejati walhal cuck and boytoy.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:40 AM | Show all posts
DARSITA replied at 22-10-2024 03:25 AM
Setuju ... bila wife nampak suami bayar kemudahan asas (rumah, api air, belanja dapur, persekolahan ...



this is on-point!!!setujuuuu sis!!!

kedek dgn anak bini tak kemana lah rezeki tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:42 AM | Show all posts
terpaling bertanggungjawab..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul purit... takbirr !!! Go purit go. Takbir....!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.069378 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list