CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57365|Reply: 15

Disember ada kenaikan, Januari ada kenaikan, Februari ada bonus – PM

[Copy link]
Post time 19-10-2024 06:47 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – “Bulan Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari ada bonus. Alhamdulillah.”


Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan peruntukan untuk kelompok penjawat awam menerusi Belanjawan 2025 hari ini.


Anwar turut mengingatkan kakitangan awam untuk terus memberikan komitmen terbaik selaras dengan ‘ganjaran’ yang diberikan.


“Ingat, jangan cuai kerana peningkatan gaji dan upah dengan harapan (ada) peningkatan tanggungjawab,” pesannya.


Menerusi Belanjawan 2025, antara ‘durian runtuh’ yang bakal dinikmati penjawat awam adalah kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500.


Bantuan khas itu diperuntukkan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, manakala RM250 diberikan untuk pesara meliputi veteran berpencen dan veteran tidak berpencen yang akan disalurkan pada Februari 2025.


Jelas Amwar, selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).




Selain itu, Anwar turut mengumumkan gaji minimum untuk kesemua penjawat awam ditetapkan pada paras RM2,115 sebulan.


Sejajar dengan dasar pembelajaran sepanjang hayat, Anwar berkata, kerajaan memperkenalkan Program APEL.Q di bawah kendalian Intan.


“Di bawah program ini, kerajaan akan menanggung kos pengajian sebanyak 50 peratus atau maksimum RM15,000 kepada penjawat awam yang berkhidmat melebihi 15 tahun untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.


Jelasnya, kerajaan juga memperuntukkan RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.


“LPPSA juga akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun,” ujarnya.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 03:48 PM | Show all posts
Alhamdulillah...rezeki Ramadhan buat umat Islam....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau Atok Purba taik idong masin tu yg masih pm silap2 gaji gomen kena potong demi 'langkah penjimatan wang kjaan'.. almaklumlah masa zaman kobid kjaan dah berabis byak beli beksin,ventilator janawibawa bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli jiwa rakyat sungguh dgn duit...lebih teruk dari najib
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Januari mana ada kenaikkan..
Kalau yg x sign awal.. Paling awal feb nnt pelarasan..
Januari yg dia cakap tu januari 2026..
Puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
teen_angelJB replied at 21-10-2024 04:57 PM
Januari mana ada kenaikkan..
Kalau yg x sign awal.. Paling awal feb nnt pelarasan..
Januari yg dia c ...

Ohh baru nak pelik dan bertanya Januari kenaikan apo plak. Betol lah Januari 2026 kan. Adoi suami ku kata tempat kerja dia semua xsign lagi. Bukan kena serentak ke kenaikan gaji Disember ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
teen_angelJB replied at 21-10-2024 04:57 PM
Januari mana ada kenaikkan..
Kalau yg x sign awal.. Paling awal feb nnt pelarasan..
Januari yg dia c ...

bukan dia maksudkan utk yg dpt kgt bulan 1 ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 21-10-2024 10:12 PM
bukan dia maksudkan utk yg dpt kgt bulan 1 ke

Aku pun rasa KGT tu, tp sapa yg kgt bermula bln 1 bln 4 bru dpt tunggakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni betul ke...ke asal dpt jd piyem je..hutang negara makin bertambah. Ko ingat kira kira ni mcm sastera ke nuar oi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:26 AM | Show all posts
emma.giggs replied at 21-10-2024 11:13 PM
Aku pun rasa KGT tu, tp sapa yg kgt bermula bln 1 bln 4 bru dpt tunggakan

tak berpijak di bumi yang nyata tul
kalau yang dia maklumkan januari tu
kita anggap KGT la
tapi KGT januari
jarang dapat januari
biasa lepas mesyuarat semakan SKT or elnpt
dah endorsed baru lah on
thats y biasa yang kgt januari
dapat tunggakan
kalau biasa tempai ai
gaji naik sama dgn april
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Disember kenaikan 8%, jan 7%, feb rm500

Gitew?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:23 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-10-2024 11:08 AM
Disember kenaikan 8%, jan 7%, feb rm500

Gitew?

kenaikkan disember 2024
kenaikkan januari 2026
bonus februari 2025
semua tahun dia tapau
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:33 AM | Show all posts
Kebetulan KGT pun Januari tapi biasa bayar Mac
I is ok je dah lebih dari bersyukur cuma jgn cuba buat pinjaman hutang yg tak perlu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 22-10-2024 01:16 AM
Dia ni betul ke...ke asal dpt jd piyem je..hutang negara makin bertambah. Ko ingat kira kira ni mcm  ...

Kt swasta bonus tu dikira slps keuntungan tolak cukai bla bla.....nuart punya book keeping plk bonus bayar setelah segala mak datuk subsidi tarik balik, naik cukai, create cukai baru, saman bla bla suma hasil dtg dari rkyt
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 22-10-2024 11:23 AM
kenaikkan disember 2024
kenaikkan januari 2026
bonus februari 2025

Rasanya silap tu.. kenaikan 8% disember 2024, jan 7% 2025, dan bonus rm500 feb 2025.
Ni bkn kgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 21-10-2024 05:37 PM
Ohh baru nak pelik dan bertanya Januari kenaikan apo plak. Betol lah Januari 2026 kan. Adoi suami  ...

Tarikh tutup 30 nov
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.050672 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list