CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9333|Reply: 0

Tentera Israel dakwa mungkin telah bunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar. Pentagon sahkan AS tidak terlibat

[Copy link]
Post time 18-10-2024 08:40 AM | Show all posts |Read mode





BAITULMAQDIS: Tentera Israel pada Khamis mendakwa pihaknya mungkin membunuh tiga pejuang termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar dalam operasi di Semenanjung Gaza.


"ada peringkat ini, identiti individu itu tidak dapat disahkan," katanya dalam satu kenyataan.


Ia berkata, setakat ini tiada tanda-tanda tebusan Israel berada di bangunan di mana tiga pejuang itu didakwa terbunuh.


Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada Hamas.


Al-Majd, laman web berkaitan Hamas yang biasanya menerbitkan mengenai isu keselamatan, menggesa rakyat Palestin supaya menunggu maklumat mengenai Sinwar daripada kumpulan itu sendiri dan bukannya media Israel, yang dikatakan bertujuan untuk mematahkan semangat mereka.


Jika disahkan, kematian Sinwar akan menjadi rangsangan besar kepada tentera Israel dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selepas rentetan pembunuhan berprofil tinggi terhadap pemimpin terkemuka musuhnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Radio Tentera Israel berkata, insiden itu berlaku semasa operasi darat di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza di mana tentera Israel membunuh tiga pejuang dan mengambil mayat mereka.


Ia berkata, bukti visual menunjukkan kemungkinan salah seorang lelaki itu adalah Sinwar dan ujian DNA sedang dijalankan. Israel mempunyai sampel DNA Sinwar dari tempohnya di penjara Israel.


Sinwar, ketua arkitek serangan 7 Oktober ke atas Israel yang mencetuskan perang Gaza, berada di bahagian atas senarai dikehendaki tentera rejim Zionis sejak itu. Tetapi, dia setakat ini mengelak daripada dikesan, berkemungkinan bersembunyi di dalam terowong yang dibina Hamas di bawah Gaza sejak dua dekad lalu.


Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menyiarkan mesej di platform media sosial X dengan petikan - "Kamu akan mengejar musuhmu dan mereka akan rebah di hadapanmu oleh pedang".


"Musuh kita tidak dapat bersembunyi, kita akan mengejar dan melenyapkan mereka."


Bagaimanapun, Pentagon sahkan pasukan AS tidak terlibat dalam operasi Israel membunuh Yahya Sinwar, namun risikan AS bantu operasi menjejak pemimpin Hamas.


Sebelum ini, Sinwar dinamakan sebagai ketua keseluruhannya berikutan pembunuhan bekas ketua politik Ismail Haniyeh di Tehran pada Julai.


Sekumpulan lelaki bersenjata pimpinan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, membunuh kira-kira 1,200 orang dan membawa lebih 250 tebusan ke Gaza.


Kempen Israel sebagai tindak balas membunuh lebih 42,000 orang, menjadikan sebahagian besar Gaza menjadi runtuhan dan menyebabkan kebanyakan penduduknya kehilangan tempat tinggal.




Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.043198 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list