CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 31333|Reply: 48

Tak Mahu Anak-Anak Bersedih, Fazley Yaakob Masih Lakukan Rutin Bersama Bekas Isteri Walau Sudah Cerai

[Copy link]
Post time 16-10-2024 11:03 PM | Show all posts |Read mode





Meskipun sudah berpisah, cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob memberitahu dia masih menjaga hubungan baik bersama bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz demi anak-anak.


18 tahun hidup bersama, Fazley atau nama sebenrnya Ahmad Fadzli Yaakob, 46, berkata, hubungan mereka masih utuh dan harmoni seperti sebuah keluarga.


"Saya, Azreen dan anak-anak sangat okay, tak ada masalah. Kalau tengok Instagram saya beberapa hari lalu pun sama seperti biasa. Kami keluar bersama macam biasa walaupun kami dah berpisah dalam akad."


"Tidak ada lagi perkataan yang melambangkan suami isteri, tapi hubungan kekeluarga itu masih utuh seperti mana 18 tahun kami bersama.


"Anak-anak pun tak rasa ada kekangan di antara hubungan kami. Kehidupan kami pun macam biasa, yang bezakan cuma hubungan tidak lagi suami isteri."


  



Fazley memaklumkan perkara itu menerusi rakaman suara yang dikirim kepada pengamal media.


Berkongsi lanjut, pelantun lagu Asmara Ini menganggap perpisahan bukan satu pengakhiran dan tidak mahu anak-anak melalui kesengsaraan disebabkan perceraian yang berlaku.


"Saya percaya perceraian itu tidak bermakna berakhir sebuah kasih sayang, perceraian itu tidak bermakna berakhir sebuah kekeluarga, perceraian tidak bermakna anak-anak perlu sengsara dalam perpisahan.


"ada saya, ungkapan yang saya boleh kongsi dan jadikan pegangan bukan sahaja saya tapi Azreen dan anak-anak, tidak semua yang pahit itu racun, tidak semua yang manis itu madu. Kehidupan perlu diteruskan, anak-anak memahami dan menghormati."


Terdahulu, Fazley mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah berpisah dengan bekas isteri Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad.


Lebih mengejutkan lagi apabila perceraian mereka sudah berlaku beberapa bulan lalu.


Imbas kembali, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.


Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.


Sumber : Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 11:08 PM | Show all posts
Kafe ada lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
OMG. Baru stalk IG dia. Macam nak muntah mata iols esp dgn kaki dia. eeeewwwwwwww aura perasan hensem perasan bagus dia is so annoying.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorang je anak pompuan dia rupanya,
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makcun14 at 17-10-2024 07:55 AM

tengok la foto ngan ex bini tu,macam acik datin keluar shopping ngan best gay friend lepas tu aktiviti eyebrow wax together gether.bukan macam laki bini pun.
love you gay best friend kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
acik garita bleh la get back ngan abam asmara...bleh dpt title datin on the spot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus togel kepala azren ye
Bangga dpt jadi pa doc imel
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 08:23 AM | Show all posts
Rengsa betul aku tiap kali tgk gmbr senyum senget beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2024 08:47 AM | Show all posts
x sangka iols pernah adore dia zmn2 awl karier dia dulu. hahaha! sbb iols rasa inspiring sbb pandai gak. now rengsa giler tgk posing smirking heols. yih!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 10:02 AM | Show all posts
Kau rasa kau elok senyum senget tu? Macam cencurut dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 10:07 AM | Show all posts
abang-adik sayang dah tukar jadi my gay bff kan.... dah keluar lemari kekdahnya.. makin flamboyant gittew.. narsis some more.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx: Rengsa betul aku tiap kali tgk ...

Itula mcm nk bgi penampo..annoying gila
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tatau la tp everytime aku tgk muka fazley ni aku rasa nak lempang dgn tumit tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
blekkep replied at 17-10-2024 06:54 AM
acik garita bleh la get back ngan abam asmara...bleh dpt title datin on the spot

Huh..dia pernah ada history dgn misai ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
marchikobonzo replied at 17-10-2024 10:02 AM
Kau rasa kau elok senyum senget tu? Macam cencurut dah

Dia betul2 fefeeling rasa kacak bergaya tp rupanya org pandang mcm cencurut je

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 10:27 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 17-10-2024 02:22 AM
Dia betul2 fefeeling rasa kacak bergaya tp rupanya org pandang mcm cencurut je

{:1_530: ...

Sebab tak da orang nak cakap jujur depan dia, tu yg dia feeling kacak bergaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2024 10:46 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 17-10-2024 08:47 AM
x sangka iols pernah adore dia zmn2 awl karier dia dulu. hahaha! sbb iols rasa inspiring sbb pandai  ...

sep la..zaman2 kita muda, dia pun muda, lg masa tu ada gosip kata dia dgn ct. mmg mewangi la dia, kita pun inspired la sbb masa tu nk jumpa artis yg hesmes n berpendidikan tu agak sukar. so he hits the spot. tp udahnya kini...hmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Erggghhh! Aku xleh la dia ni
Artikel pasal isu apa pun, senyum mintak penampo tu yg aku nampak dl
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 11:06 AM | Show all posts
amal12bh replied at 17-10-2024 02:46 AM
sep la..zaman2 kita muda, dia pun muda, lg masa tu ada gosip kata dia dgn ct. mmg mewangi la dia,  ...

zmn tu dia x reti pun pakai lens berwarna, x senyum senget yg annoying & takde misai sejemput yg rasa nak cukur dgn mesin rumput tu. huwaaa. wangi sgguh dia zmn tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 17-10-2024 01:38 AM
OMG. Baru stalk IG dia. Macam nak muntah mata iols esp dgn kaki dia. eeeewwwwwwww aura perasan hense ...

nmpk kekelempukan heshe ni skrg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.066211 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list