CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 36261|Reply: 61

Lelaki Ini Sokong Kenyataan Nora Danish, Suami Zaman Sekarang Abai Tanggungjawab - "Masa Isteri Ada, Kita Jagalah Baik-Baik"

[Copy link]
Post time 16-10-2024 08:17 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan usahawan yang dikenali sebagai Ari Azhari memaklumkan dirinya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon, Nora Danish menerusi satu sesi podcast bersama selebriti popular, Noor Neelofa dan Natasha M Ozeir.


Menerusi TikTok, Azhari memuat naik potongan video memaparkan Nora yang berpendapat segelintir suami pada zaman sekarang seakan memandang enteng mengenai isu nafkah terhadap isteri.





Menurut Azhari, dia sangat bersetuju dengan kenyataan itu dan berharap orang ramai mengambil iktibar daripada apa yang diperkatakan Nora.


"Hah dengar itu, pesanan dari Nora Danish. Ada berani?"


"Dia cakap lelaki zaman sekarang ini kurang bertanggungjawab di mana saya setuju juga dengan kenyataan itu.


"Nasihat ini untuk diri kita, kawan-kawan dan suami-suami di luar sana."


Dalam pada itu, Azhari turut menasihati para suami di luar sana untuk sentiasa menghargai isteri supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti penceraian.





"Masa (isteri) ada, kita jagalah baik-baik. Bila isteri dah lari, kecil hati dengan kita barulah terhegeh-hegeh nak berubah, nak memujuk itu pun kalau dia nak."


"Kalau tak nak? Dah terlambat dah. Jadi, kita jadikan pengajaran.


"Tak kisahlah artis ke, pempengaruh ke, orang agamawan ke, kalau tak ada tanggungjawab memang ‘ke laut’."


Terdahulu, Nora menyeru golongan suami untuk tidak berlaku culas dalam memberi nafkah terhadap isteri.


Menurut pelakon berusia 42 tahun itu, kebanyakan kes penceraian yang berlaku sejak kebelakangan ini adalah disebabkan faktor kewangan.


Sumber: TikTok Richman Coffee, TikTok Ari Azhari, Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo faktor kewangan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Indirectly nk bgtau dia cerai sbb nafkah lah tu. Seperti spekuan porumer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cthnya la..lelaki tu bagus bg nafkah...satu masa tuhan uji lelaki tu hilang kerja atau jatuh sakit x mampu nk bg nafkah dah...so yg tu macam mana?..perlu ke isteri mintak cerai ke cane...atau ni kes lain...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:32 PM | Show all posts

Apa beza dgn ppuan zaman skrg
Masa laki ada duit syg
Masa laki susah tak de duit mintak cerai
Musibat punye perangai
Xnk sama2 time susah
Mcm  xpernah hidup susah sebelum ni
Bila dh senang lupa asal usul dulu pernah susah

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 16-10-2024 08:54 PM
Minami2013 replied at 16-10-2024 08:22 PM
Indirectly nk bgtau dia cerai sbb nafkah lah tu. Seperti spekuan porumer.


Takda kena mengena pun dgn hal cerai dia.
Aku dh tgk full podcast tu.

Dia menjawab persoalan nafkah yg diutarakan oleh jah lopa.
Jah lopa ada mention pasal kawan dia yg kahwin dgn ostaz alim warak tp mengabaikan nafkah pd anak binik.
Btw bab nafkah tu ND tak tekankan sgt yg dia mcm highlight pasal dia paling takleh terima org menipu.
Dia kata bleh terima org buat salah, sbb manusia mmg selalu buat silap dia blh maafkan dan move on tp jgn sesekali menipu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-10-2024 08:27 PM
Cthnya la..lelaki tu bagus bg nafkah...satu masa tuhan uji lelaki tu hilang kerja atau jatuh sakit x ...

Isteri kan boleh minta fasakh bila suami gagal menunaikan tanggungjawab dia
Kalau ada penyakit yg boleh memudaratkan pasangan pun boleh minta fasakh cth kusta, sopak, hiv dan sewaktu dengannya.
Org selalu ingat bercerai sbb masalah kecurangan dan kewangan tp lupa ttg penyakit yg memudaratkan pasangan.
Takkan semua nak cite itu sbb dah kira mengaibkan.

#ytjt
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 16-10-2024 08:51 PM
Isteri kan boleh minta fasakh bila suami gagal menunaikan tanggungjawab dia
Kalau ada penyakit yg ...

Bukan sakit kusta..cth sakit eksiden x boleh bangun...takkan la kita sanggup mintak cerai sb diuji mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-10-2024 08:27 PM
Cthnya la..lelaki tu bagus bg nafkah...satu masa tuhan uji lelaki tu hilang kerja atau jatuh sakit x ...

Tu kes lain. Tgk sangup ke tak pompuan tu nk mjaganya. Ingt dlu ada penulis lirik jatuh sakit dan cerai dgn isteri. Nama apa tah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-10-2024 08:58 PM
Bukan sakit kusta..cth sakit eksiden x boleh bangun...takkan la kita sanggup mintak cerai sb diuji ...

Setau aku laki kalau dh jd sayur mmg bini boleh minta cerai sbb sah2 dh tak mampu bagi nafkah zahir dan batin.
Tapi kalau bini tu redho je nk terus jaga laki tu ok je  jgn plak siang jaga laki malam merendek ngn org lain.
Baik la bercerai dan kahwin baru drpd buat dosa gitu.

Kat tiktok tu ada je viral dia baru kahwin pastu dia laki bini eksiden dia ok tp laki terlantar koma mula tu elok dia jaga tp ada campur tgn family lelaki sudahnya bercerai dia laki bini.
Mmg nmpk mcm dia tak baik tp kita pun taktau apa sebenarnya yg berlaku sampai dia terpaksa bercerai ngn laki dia.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
masnona replied at 16-10-2024 09:03 PM
Tu kes lain. Tgk sangup ke tak pompuan tu nk mjaganya. Ingt dlu ada penulis lirik jatuh sakit dan  ...

Seribayu kan
Mula tu elok je bini dia jaga lama juga bertahun2
Tp aku phmlaa bini dia tu muda sgt lagi
Kalau dia tetiba dah tak mampu bertahan nak wat cemana.


Aku sendiri pun taktau cemana kalau aku diuji camni, kita ni selalu mengharapkan pasangan kita tetap setia jaga kita walaupun kita sakit terlantar teruk tp kalau pasangan kita yg terlantar agak2 mampu ke?
Jaga org sakit ni bukan mudah, baru pi hosp hari2 melawat org sakit pun ada yg stress inikan plak uruskan org sakit 24 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:29 PM | Show all posts
Kalau laki jenis anak dedi...tak pernah susah dr kecik sekali diuji mmg payah. ND lak jenis berdikari sbb bapak ninggal sejak dia kecik. Sayang perlu jugak diiringi ngan usaha. Org lelaki yg bertggjwb sayangnya terletak pada kudrat dan usaha bukan kata-kata manis je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nd ni pun tak payah la play the victim. sebelum nikah ngan boned pun sheols tau boned tu bukan la self made billionaire atau ada kerja stabil pun. semua yang boned miliki hasil dari family heshe .
so she sedia maklum jantan tu actually bukan berkualiti pun, namun she tetap nikah jugak. nak kata bbnu pun tak boleh sebab she janda mak orang masa ligat mendonia ngan boned.hmm hmmm je la. nasib la she disayangi ramai tak kena kecam sangat pun bila tinggalkan boned
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
makcun14 replied at 16-10-2024 09:30 PM
nd ni pun tak payah la play the victim. sebelum nikah ngan boned pun sheols tau boned tu bukan la se ...

Setuju...Tu yg akak nk sampaikan jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-10-2024 08:58 PM
Bukan sakit kusta..cth sakit eksiden x boleh bangun...takkan la kita sanggup mintak cerai sb diuji ...

Kita selalu rasa takkan laa kita sanggup..
Tapi selagi kita sendiri tak ada dalam situasi tu, we'll never know. Tahap kesabaran dan kekuatan seseorang tu tak sama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pakai tudung ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
makcun14 replied at 16-10-2024 09:30 PM
nd ni pun tak payah la play the victim. sebelum nikah ngan boned pun sheols tau boned tu bukan la se ...

Tengok lah podcast tu .. takde pun dia ulas apa2 pasal punca penceraian dia. Tak nampak macam play victim pun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 16-10-2024 12:46 PM
Takda kena mengena pun dgn hal cerai dia.
Aku dh tgk full podcast tu.


Ooo.. i tgk yg share kat sini je. Sekerat sekerat
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
"kita banyak shayang...banyak romantik..lagi bertanggungjawab....adab baik...pigi ATM pon buka selipar,kasut...apa pasal tada mau kawen sama kita bangla"-Abangla ATM
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Acik2kepam at 17-10-2024 12:14 AM
makcun14 replied at 16-10-2024 09:30 PM
nd ni pun tak payah la play the victim. sebelum nikah ngan boned pun sheols tau boned tu bukan la se ...


Akak tgk gak podcast tu smlm.Dorang bkn fokus pasal kes cerai dia.Borak2  spontan je.Lofa yg mula duk ckp2 pasal isu nafkah bagai tu.

Pasal RT dia tu kita  pun taktau apa yg dia lalui dlm perkahwinan tu ntah2 ada desakan/ancamam pihak tertentu ke. Maybe nd tahu sesuatu hal ke apa.

Dia ada bgtau kat podcast tu dia cuma nak hidup dgn tenang je,kalau perasan kat ig pun byk kali dia selalu post pasal cari ketenangan ni.Aritu pun ada nmpk dia join event berkaitan ngn kesihatan mental.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.114457 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list