View: 30338|Reply: 5
|
“Tidak Terganggu Ataupun Beri Kesan Kepada Saya. Doakan Saya Cepat Kahwin" – Azira Shafinaz Tak Risau Ramai Artis Bercerai
[Copy link]
|
|
Kes perceraian beberapa selebriti tanah air yang bertali arus sejak akhir-akhir ini tidak langsung mematahkan semangat pelakon jelita, Azira Shafinaz untuk mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.
Bagi Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 33, setiap pasangan akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam melayari bahtera rumah tangga.
“Tidak terganggu ataupun beri kesan kepada saya. Setiap orang melalui bermacam kesukaran hidup.
“Saya sendiri tidak ambil perkara tersebut sebagai satu benda yang boleh menakutkan saya untuk ke alam perkahwinan.
“Bagi saya, cuma doakan semoga saya cepat kahwin,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sesi penggambaran One Cent Thief 2 baru-baru ini.
Ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, anggota kumpulan De Fam itu tiada jawapan tepat buat waktu sekarang kerana fokus tertumpu buat diri dan juga kerjayanya.
“Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Doakan untuk saya sebab saya memang dah bersedia.
“Kalau nak kata berbincang, memang dah lama memperincikan hal ini tetapi kalau ada, ada lah.
“Buat masa sekarang saya tumpukan sahaja kepada diri sendiri dan karier. Apa-apa akan didedahkan nanti kalau sudah tiba masanya,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Azira pernah memaklumkan dia menunggu masa paling tepat untuk bergelar isteri kepada lelaki yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu.
September tahun lalu, dia juga pernah memberi bayangan seolah-olah bakal mengakhiri zaman bujang apabila berkongsi ucapan istimewa buat kekasihnya.
Awal 2023 pula, pelakon drama Ijab Kabut itu dalam satu temu bual bersama Kosmo! mendedahkan hatinya sudah dimiliki dan bahagia menyulam kasih. –
Sumber : KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
dia masih lagi ke eh dgn bf dia tu?
tak tau pulak syarul ezani pun ada dlm OCT2..Nina & Ustaz Hadi bertemu balikkah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ade bf tu kawen je la cepat..X yah tunggu lama2.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dulu ngan nanas tapi she tak terang terangan mengaku couple kan. pengakirannya nanas ngan ame pun kandas di tengah jalan.
jangan she kembali ke nanas dah la , tak pasal meratap tak cukup nafkah nanti |
|
|
|
|
|
|
|
She cantik betul ye, cantik, suara sedap, menari power, brlakon tak kayu, boleh buat action scene..... harap2 tak sia2 lah kahwin yang tak semenggah... sheols get back ngan bf berjambang dia yang chubby macam Ray Era ke? memang taste sheols bad boy ye.. she kalau dapat kerabat pun tak heran ye.. btw, mak dia pun cantik lagi kan umur2 62 tahun, Dato' Emmy Suraya... family sheols pun atas-atas jugak kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni friendly sungguh kalau jumpa!
iols 2 kali dah trjmp dia.. tak sombong. |
|
|
|
|
|
|
| |
|