View: 33991|Reply: 81
|
[Tempatan]
GISBH: 'Kembalikan anak kami'
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-10-2024 02:37 AM
GISBH: 'Kembalikan anak kami'Oleh Samadi Ahmad
Oktober 13, 2024 @ 11:26am
[email protected]
Seorang bapa menunjukkan salinan surat beranak yang telah diserahkan kepada JKM ketika Ops Global. - Foto NSTP/Samadi Ahmad
PUTRAJAYA: Suami isteri yang juga sukarelawan rumah amal kendalian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diserbu pihak berkuasa dekat Sepang di sini, merayu empat anak mereka yang masih dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikembalikan segera.
Sukarelawan lelaki yang mahu dikenali sebagai Haqi, 38, mengakui ketika serbuan terbabit, beliau bersama isteri serta empat anak masing-masing berusia tujuh, lapan, 10 dan 11 tahun mendiami rumah amal berkenaan.
Beliau berkata, dia dan isteri yang berasal dari Sabah, tinggal di rumah amal itu sejak dua tahun lalu sebagai sukarelawan yang membantu kerja-kerja di pusat berkenaan.
Berikutan masalah kesihatan usus bocor yang dialaminya, dia hanya melakukan tugas ringan di situ.
Sepanjang kami sekeluarga tinggal di rumah itu, empat anak juga bersekolah di pusat itu, sebelum ditahan dan dipisahkan selepas saya dan isteri dibebaskan," katanya dalam sidang media semalam.
Ibu bapa yang hadir mewakili Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK) pada sidang media, hari ini. - Foto NSTP/Samadi Ahmad
Terdahulu, pasangan terbabit bersama 13 lagi ibu bapa yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa berkait dengan GISBH, mengadakan sidang media menggesa JKM mengembalikan anak masing-masing dengan segera.
Haqi mendakwa, dia ditahan selama 14 hari, manakala isteri ditahan selama tujuh hari sebelum dibebaskan kerana mempunyai masalah kesihatan.
Katanya, selepas dibebaskan daripada tahanan, dia dan isteri tidak tahu di mana semua anak-anak mereka berada hingga kini kecuali sekadar dalam jagaan JKM sahaja.
"Kami berharap anak-anak kami dikembalikan semula kerana kami kini trauma dan buntu memikirkan masalah anak-anak yang terpisah.
"Surat beranak asal anak-anak sudah diserahkan kepada JKM ketika operasi tempoh hari tapi kami mempunyai salinan dokumen itu yang sah," katanya yang turut membuat laporan polis semalam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ko pn sakit biar la kajaan jaga ... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakikuDibibirmu at 13-10-2024 07:32 PM
Dah hantar rumah anak yatim, mana ada mak bapak lagi, yang kuban-kuban jah GISB ini, buruk siku betul, langsung tak mencontohi sifat Abuya seorang yang teliti |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pulak yg trauma..ntah budak2 tu lagi kronik traumanya |
|
|
|
|
|
|
|
Nak duduk mana nanti budak2 tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Suami isteri tu duduk di rumah amal itu sbg sukarelawan, bererti mereka tidak digaji. Adakah mereka dilepaskan membayar sewa dn makan minum sekeluarga ditanggung sbg imbalannya?
Andaikata rumah amal trs disita, tentu keluarga ini tiada lagi tempat berteduh. Maka bolehlah mereka balek kampung di Sabah sana ka. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau nak ambik budak2 tu lepas tu nak bagi makan apa? Kerja takde, simpanan takde, rumah takde sebab sebelum ni kerja sukarelawan je. Selama ni pun budak2 tu makan hasil derma anak yatim padehal diri sendiri bukan anak yatim.
Duduk rumah amal tu, mak pak ni tak tahu ke pasal kes liwat segala tu atau sendiri terlibat? |
|
|
|
|
|
|
|
Pesal p bg docu ori kt jkm?
Hapa² kasi yg copy cukop.
Paling penting yg ori dlm tgn daaa |
|
|
|
|
|
|
|
Dan2 ada jela parti politik amik kesempatan konon2 bersama dgn dorang ni.
Pastu kita semua kena percaya gisbh tu baik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn la bagi...nnt apak dia guna utk merayau kutip derma |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah dapat anak tu harap bertanggungjawab la.
Ramai yg sakit pun masih mampu melaksanakan tanggungjawab.
|
|
|
|
|
|
|
|
da mcm cara dlm cite amerika da gaya, mak bapak abaikan anak pihak kebajikan kanak2 ambik alih hak penjagaan anak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih dengar kisah ini...Walau siapa pun mereka tetap mereka mcm kita ada mak ayah dan anak-anak. Dipisahkan dari ahli keluarga oleh Polis dan kerajaan adalah suatu tindakan kejam dan tidak bertamadun. Kembalikanlah anak-anak ini pd keluarga mereka semula. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah JKM yang jaga anak-anak tu buat sementara.
Jika anak kau dalam genggaman JKM sekalipun, boleh jer ko pi melawat anak tu.
Takde apa masalah pun.
Makan tido, persekolahan anak-anak dah pasti terjamin.
Ke, sebenarnya ko nak cakap ko rindu kat anak-anak? |
|
|
|
|
|
|
|
so semasa bebudak ni dibawah jagaan GISB, mereka tidak terpisah dari their real parents?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semak la hai skrg ni anak abuya plak buat PC ngaku tak sesat
Pasnih tukar nama plak jd lain la yer tp MO masih sama buat bisnes tradisional je pekerja sukarelawang juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat sepang ni, rumah anak yatim dan miskin memang ada dua, satu tuk perempuan satu tuk lelaki. Memang MO minta derma, mak iols mmg akan bg zakat kat rumah perempuan siap beli barang rumah lagi bagi. Masa tu mmg tak tau under abuya ni, bila iols dapat tau memang tak de lah. Ni dalam wa taman, sorang pun tak berkutik, kalau idak ada je post minta derma forward forward. Iols dah cakap kena kecam kan...sekarang iols ketawakan saja muahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ptutla bisnes untung wlaupun kedai2 gisbh ni byk yg sendu..rupa2nya selama ni dok tunggang nama 'ank yatim' (yg masih ada mak bapak) kutip derma. |
|
|
|
|
|
|
| |
|