CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61101|Reply: 6

2 anggota pengaman Sri Lanka cedera, serangan kedua Israel ke atas ibu pejabat UNIFIL

[Copy link]
Post time 12-10-2024 12:24 PM | Show all posts |Read mode






Beirut, Lubnan: Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan memberi amaran mengenai 'risiko yang sangat serius' untuk anggota 'Topi Biru' mereka selepas letupan mencederakan dua anggota misi berhampiran sempadan Israel, kejadian kedua seumpama itu dalam tempoh dua hari.


Tentera Israel berkata, tenteranya melepaskan tembakan ke arah 'ancaman' berhampiran kedudukan misi pengaman PBB, pada Jumaat.


Pertelagahan antara Israel dan Hizbullah di selatan Lubnan berlaku sejak minggu lalu apabila Israel mengumumkan pencerobohan 'bersasar' terhadap kumpulan terbabit yang disokong oleh Iran


Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) berkata, kawasannya 'diserang berulang kali' dan dua anggota 'topi biru' dari Indonesia cedera pada Khamis, sekali gus mencetuskan kecaman di peringkat antarabangsa.


Pada pagi Jumaat, Ibu Pejabat UNIFIL di Naqoura terjejas susulan letupan kali kedua dalam tempoh 48 jam yang lalu.


"Dua anggota pasukan pengaman cedera selepas dua letupan berlaku berhampiran menara pemerhati," kata misi pengaman itu.


Jurucakap UNIFIL berkata mereka adalah warga Sri Lanka.


Tentera Israel berkata askar yang beroperasi di selatan Lubnan mengenal pasti ancaman segera terhadap mereka dan melepaskan tembakan terhadap ancaman itu.


"emeriksaan awal mendapati ketika kejadian, satu tembakan terkena pada pos UNIFIL, yang terletak kira-kira 50 meter dari sumber ancaman, yang mengakibatkan kecederaan kepada dua anggota UNIFIL," katanya.


UNIFIL berkata, beberapa tembok di 1-31 pos UNIFIL, berhampiran dekat 'garisan biru' di Labbouneh, runtuh apabila sebuah Caterpillar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melanggar perimeter dan kereta kebal IDF bergerak dekat dengan pos berkenaan.


''Kejadian ini sekali lagi meletakkan pasukan pengaman, yang berkhidmat di selatan Lubnan atas permintaan Majlis Keselamatan di bawah resolusi 1701 (2006), dalam risiko yang sangat serius," katanya.


Sebelum itu, Kementerian Luar Lubnan menyatakan tentera Israel menyerang 'menara pengawasan dan pangkalan utama UNIFIL di... Naqoura, serta pangkalan batalion Sri Lanka, yang mengakibatkan beberapa orang cedera.


"Agensi Berita Nasional rasmi Lubnan menyatakan sebuah kereta kebal Merkava Israel menyasarkan salah satu menara UNIFIL di jalan utama yang menghubungkan Tyre dan Naqoura, menyebabkan anggota dari Sri Lanka cedera.


Hizbullah pada Jumaat berkata, ia melancarkan roket ke arah tentera Israel di kawasan Ras Naqura, jauh ke selatan.


Sementara, Israel menyatakan tenteranya melepaskan tembakan terhadap 'ancaman' berhampiran pos pengaman pada Jumaat di Lubnan dan mengakui serangan itu mencederakan dua anggota 'topi biru' dalam kejadian yang mencetuskan reaksi diplomatik yang hebat.


Terdahulu, dua anggota pengaman Indonesia, UNIFIL cedera dalam serangan di selatan Lubnan.


Menteri Luar, Retno Marsudi mengesahkan kedua-dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal IDF ketika mereka sedang memantau dari menara pengawal di pangkalan kontingen Indonesia di Naqoura pada pagi Khamis.


Kawasan ini dikenali sebagai 'blue line', dipantau oleh pengaman PBB di bawah mandat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang bertujuan mengekalkan kestabilan di Lubnan.


Kedua-dua anggota itu menerima rawatan segera di hospital berhampiran dan kini berada dalam keadaan baik," kata Retno dalam satu kenyataan.


Indonesia mengecam serangan itu dan menyeru agar siasatan menyeluruh dilakukan serta mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2024 06:21 PM | Show all posts
satu tembakan terkena pada pos UNIFIL, yang terletak kira-kira 50 meter dari sumber ancaman
sumber ancaman menyorok celah2 UNIFIL ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
UN taknak panggil berundur ka? Risau la mana2 anggota malbatt yang masih ada kat sana  
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
UN memang takde tulurrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedikit demi sedikit tindakan israel mendapat kecaman daripada negara eropah. Yang masih setia cumalah amerika
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ber perang lah ber sungguh sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2024 08:20 AM | Show all posts
Bawak balik lah anggota Malbat yg ada tu kecuali yg MIA dari kelab gagak hitam. Yg tu payah, degil, terjal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.257918 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list