Edited by maklukpenggoda at 12-10-2024 03:24 AM
SHAH ALAM: Rita Rudaini mencipta kejutan apabila merangkul trofi Aktres Pembantu TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.
Detik itu dianggap paling manis buat Rita yang tidak pernah meraih trofi dalam mana-mana acara hiburan, baik berpaksikan produk atau populariti, sejak mengabdikan diri dalam dunia seni sejak hampir tiga dekad lalu.
Rita atau nama penuh, Rita Rudaini Mokhtar, 48, menewaskan Alya Iman, Amyza Aznan, Bella Hanna dan Puteri Sarah Liyana.
Impak lakonan dalam drama Kerasnya Takdir yang disiarkan slot Akasia TV3 dikatakan menjadi faktor undian peminat terhadap Rita yang menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja edisi 1998/1999.
Ibu tunggal dengan dua anak ini cukup dikenali melalui filem lakonannya seperti Bara, Mendam Berahi dan Mami Jarum.
Rita pernah tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 2003 dan 2006.
Rita turut menerima pencalonan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular empat tahun berturut-turut iaitu pada 2005, 2006, 2007 dan 2008.
Bertemakan Teguh, ABPBH 36 diinspirasikan penaja utama, CONBOO.
Berita Harian
|