CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 29127|Reply: 21

Lapan rakyat Malaysia ditahan kerja sebagai 'rider' haram di Korea Selatan

[Copy link]
Post time 10-10-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode





SEOUL - Seramai lapan warga negara Malaysia ditahan kerana bekerja secara haram dalam perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan di Korea Selatan ketika negara itu berdepan kekurangan pekerja dalam sektor tersebut.


Data ini diumumkan Kementerian Kehakiman yang diberi kepada The Korea Times yang menunjukkan seramai 117 warga asing telah ditahan bekerja secara haram dalam sektor perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan setakat Ogos tahun ini.


Katanya, ia mewakili peningkatan 51.3 peratus berbanding tahun lepas.


Tahun lepas, warga Vietnam menyumbang kepada 80.3 peratus daripada 117 kes terbanyak dengan berjumlah 94 orang berbanding warga Uzbekistan meningkat dari lapan tahun lalu kepada 53 kes tahun ini.


Selain itu, pekerja haram dari Malaysia dan Pakistan dikenal pasti buat kali pertama dengan masing-masing seramai lapan dan lima orang.


Kementerian itu mengaitkan corak permintaan pekerja penghantaran manakala warga Korea tidak cenderung bekerja dalam sektor ini kerana gaji rendah dan beban kerja tinggi serta risiko lain yang berkaitan.


Di bawah undang-undang semasa, hanya warga asing yang memegang visa F-2, F-5 atau F-6 dibenarkan bekerja dalam sektor perkhidmatan penghantaran.


Walau bagaimanapun, ramai warga asing, terutamanya pelajar antarabangsa bekerja dalam perkhidmatan penghantaran bagi menambah pendapatan.


Warganegara asing tanpa status kerja yang sesuai boleh dihantar pulang ke negara masing-masing, penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga 30 juta won (RM95,000) di bawah Undang-undang Kawalan Imigresen. - Agensi.






Sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
"Sila berambus..balik Msia"-Korea
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 11-10-2024 12:21 AM

Apa best sgt korea tu, masalah bahasa, makanan, pembuli, musim sejuk. at least kerja singapore x suka ada masalah boleh balik 3 jam dah masuk Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 11-10-2024 12:16 AM
Apa best sgt korea tu, masalah bahasa, makanan, pembuli, musim sejuk. at least kerja singapore x suk ...

"pompuan korea cantik bang"-penghantar makanan secara haram.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ka korea busuk x mandi x bercukur
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
korea tu pembuli lagi2 kat negara asia.. setakat malaysia ni memang dihenyak majikan je
berapa ramai orang kena scam kat sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo korea ni better setakat tgk cerita dan lagu saje. Tak yah lebih2 nk suka. Dorang ingat dorang hebat sgt sampai nak buli dan racist
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rxz4727 at 11-10-2024 03:32 AM

Kenapa laa nk kerja rider je sampai ke sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Insomniac replied at 11-10-2024 01:15 AM
Klo korea ni better setakat tgk cerita dan lagu saje. Tak yah lebih2 nk suka. Dorang ingat dorang he ...


Suka sangat cari makan di negara yang dicintai seperti sayangnya @nusaraya pada Malaysia.

Kalau Korea ada Korean Pop...kalau Malaysia ada Malay Pop.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan jika mereka kemalangan dan masuk hospital. Mereka tak dapat keluar disebabkan tak mampu nak bayar bil dan ahli keluarga merayu minta derma dari rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Puak ni sedap dapat gaji & hidup kat sana, sekali diuji sakit gigih minta derma dgn rakyat Malaysia. Mana maunya korea yg dibanggakan tu tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:15 AM | Show all posts
nk bayar denda jgn merayu minta derma
sendiri cari masalah
sebelum ni kes petik buah kat australia
sampai macam2 peraturan ketat nk masuk negara org
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinggi sangat ke upah yg diorg dpt sampai sibuk nk jd rider kat Korea berbanding kat negara sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
harap korea buat cam oz la ketatkan visa nak masuk..lehla rakyat msia kaya raya gi naikkan ekonomi kat bandar miskin lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:46 AM | Show all posts
tringat sorg forumer dulu..kebangga sgt jadik pati overstay petik buah kt NZ..sambil kutuk2 malaysia..ntah mana dia skrg..dh mampus agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:50 AM | Show all posts
pae hal pi kerje jadi rider kt sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 08:53 AM | Show all posts
lepas tu ujung2 sakit namampoih sibuk mintak rekyat mesia tolong derma

pegi tpt org kut betul2 nak kerja ikut la proper channel

sok jadi susah rekyat mesia yg nak melancong ni pegi mcm Ozzy sana uiiii

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:09 PM | Show all posts
currency korea tu tinggi ke berbanding kita yg org kita nk keje kat sana tu? taraf hidup tgk mcm msia je. murah lagi kita.. ke sbb senang nk keje sana berbanding singapore.. kalau singapore pon mudah keje haram mcm ni, mesti ramai yg lagi singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:11 PM | Show all posts
ultra78: Bayangkan jika mereka kemalangan dan masuk hospital. Mereka tak dapat keluar disebabkan tak mampu nak bayar bil dan ahli keluarga merayu minta derma d ...

i sanggup fly ke korea selatan semata mata nak tarik wayar mesin jangka hayat yang sakit tu.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:19 PM | Show all posts
habis yang buat so call tour korea tu macam mana? ada selalu nampak malaysian kat sana tour guide nya macam student.
korea kalau i pegi pun sebab nak makan, other than that japan is bettr and cleaner. the hype is just due to  kpop and kdrama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.418973 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list