CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30159|Reply: 0

Gaza 'berubah sepenuhnya', keganasan di Asia Barat tiada tanda berakhir

[Copy link]
Post time 10-10-2024 09:18 PM | Show all posts |Read mode





WASHINGTON: Semenanjung Gaza digambarkan sebagai "tidak lagi dapat dikenal pasti" dengan tiada penghujung kepada keganasan yang melanda Asia Barat, kata Ketua Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu, menurut laporan Agensi Anadolu.


"Tiada penghujung terhadap keganasan yang melanda wilayah itu.


"Ia menjadi setahun penuh kehilangan dan penderitaan mendalam," kata Philippe Lazzarini semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di wilayah Palestin.


Gaza menjadi tanah perkuburan bagi puluhan ribu orang, termasuk ramai kanak-kanak dan hampir keseluruhan penduduknya hilang tempat tinggal.


Merujuk kepada situasi di Tebing Barat yang diduduki, Lazzarini memberi amaran tentang keganasan yang semakin meningkat, dengan hampir 700 orang terbunuh sejak setahun lalu dan lebih 160 daripada mereka adalah kanak-kanak.


Lazzarini turut menegaskan bahawa Lubnan adalah mangsa terbaharu konflik yang semakin meluas.


"Orang awam menanggung harga yang sangat tinggi. Serangan udara oleh tentera Israel membunuh dan menyebabkan ratusan ribu orang hilang tempat tinggal," katanya.


Beliau menekankan kepentingan UNRWA di Gaza, sambil memberi amaran bahawa ruang operasi agensi itu semakin mengecil di tengah-tengah serangan Israel.


Sumber - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.155605 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list