CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6418|Reply: 0

[Jenayah] Gagal hadir prosiding, 'Hot Daddy' dan dua wanita dikenakan waran tangkap

[Copy link]
Post time 7-10-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Gagal hadir prosiding, 'Hot Daddy' dan dua wanita dikenakan waran tangkap

07 Oktober 2024 05:06pm



KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua rakan wanitanya yang menghadapi pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin mengeluarkan waran tangkap itu ke atas Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, selepas ketiga-tiga tertuduh tidak hadir pada sebutan kes itu hari ini, yang bermula pada 9 pagi tadi.

"Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 November ini,” kata Siti Shakirah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan memohon waran tangkap dikeluarkan kepada ketiga-tiga tertuduh kerana gagal hadir ke mahkamah hari ini, selain penjamin mereka juga tidak hadir.

Prosiding hanya dihadiri peguam Muhammad Faris Abrar Othman, yang mewakili ketiga-tiga tertuduh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan mengunakan aplikasi X NOTYOURDADDYY (@HOTDADDYYXX), yang menyebabkan orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Perbuatan didakwa dilakukan di pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman di sini pada 10.10 pagi 16 Jan, mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, Hakim Suzana Hussin turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Norshazrina kerana tidak hadir pada prosiding kes itu, yang ditetapkan untuk sebutan hari ini dan mahkamah menetapkan tarikh sama (8 November) untuk sebutan semula kes.

Wanita itu didakwa atas pertuduhan memiliki bahan lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini pada 4 petang, 22 Januari mengikut Seksyen 5 (1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

Akta itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061708 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list