View: 14333|Reply: 16
|
Warga emas disyaki tembak penagih curi sawit direman
[Copy link]
|
|
LARUT – Lelaki warga emas direman tiga hari selepas disyaki melepaskan tembakan peluru penabur menggunakan senapang patah sehingga mencederakan kaki kiri seorang lelaki di Kampung Sumpit Beras Rantau Panjang Selama kelmarin.
Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, suspek berusia 62 tahun diberkas pukul 3 petang semalam dan dan dia dipercayai menggunakan selaras senapang patah buatan Turkiye serta melepaskan tembakan ke atas mangsa yang berusia 32 tahun.
“Mangsa bersama rakannya yang berusia 26 tahun disyaki menjalankan kegiatan mencuri sawit yang diusahakan oleh suspek dua hari lalu.
“Berikutan itu, mangsa dibawa rakannya ke Bahagian Kecemasan Hospital Selama bagi mendapatkan rawatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama hari ini.
Beliau berkata, suspek telah menunjukkan senjata api tersebut disembunyikan di dalam kebun yang mana ia dibalut dengan sehelai kain dan diletakkan di dalam guni plastik.
Katanya, siasatan awal mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang lesen pemilikan senjata api dan senapang patah itu dibeli daripada individu dikenalinya lebih 10 tahun lalu.
“Suspek juga pernah ditangkap polis atas memiliki senjata api bersama rakannya dan telah dilepaskan, manakala rakannya telah didakwa. Suspek hanya memiliki sebutir peluru penabur dan telah digunakan dalam kejadian dua hari lalu,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Sarudin berkata, semakan ke atas mangsa dan rakannya pula mendapati, kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Methamphetamin.
Semalam media melaporkan, seorang lelaki diburu polis kerana melepaskan tembakan peluru penabur sehingga mendatangkan kecederaan pada kaki kiri seorang penagih di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Sumpit Beras.
Sumber – Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by justchu at 7-10-2024 08:47 AM
mencuri sawit? helok la kena tembak aje
nasib tak mampos. muda2 tapi malassss
orang tua tu susah2 menyawit, tau2 hilang je kena curik.
dah la nk dapat hasil tu bukan keje sehari dua,
byk plak makan modal.
kalo sawit hilang report polis pun takde apa tindakan
pasal takde bukti, polis krik krik krik kan je
bapak aku selalu kena, puluh2 tahun mcm ni
pencuri biasanya bewak hidup
kaki judi, kaki mabuk, pemalassss tak reti keje
mudah2an pencuri2 ni mampos cepat
kalo tak sebab suspek tu tembak,
smpai kesudah mencuri, polis tak tolong apa punowner sawit hidup susah papa kedana, hasil kena rompak
yg pencuri ni hidup senang lenang makan hasil susah payah org
|
|
|
|
|
|
|
|
arwah atok iols dulu pulis. dia cakap pulis dulu kau tembak penagih, okjah.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan polis tak tolong kak. cuma benda lebih besar lagi banyak nak kena setel.
|
|
|
|
|
|
|
|
i feel you sis. patut tembak bagi mampos je pencuri sawit ni
kita keje separuh mati pruning, cok dah la berat nak mampus, daun sawit dah la berduri, besar, berat. luka berlubang kat tangan, kat kaki terpijak duri dan dahan,
dengan rumputnya tinggi, entah binatang apa ada kat situ kita pun tak nampak, bahaya. potong, meracun bagai, kos
baja tabur semua pokok. berat angkut seguni-seguni, satu pokok ke satu pokok
nak tunggu hasil, 2-3 minggu tak tentu, sebulan pulak kadang2 buah dah lerai. itupun tak besar hasilnya
tau tau je, dah lesap buah. takde hasil. takde duit. menangis woo membanting tulang sia-sia. macam kerja untuk pencuri
pernah report polis kampung, dia dapat tangkap pencuri tu, tapi dilepaskan dengan amaran je, sebab anak orang kampung situ jugak. stop sebulan dua, jadi balik. pencuri2 tu rupanya cover banyak kebun. sebulan dia curi mau 3-5k agaknya. sial punya perangai. ada tu dari sewa lori untuk mencuri, pastu mampu beli hilux, untuk mencuri sawit jugak.
tapi silap derr. satu hari kantoi. hilux kena bakar, meletup dalam tanah sawit tu. pencuri datang. sekor2 kena ambush, habis tempurung lutut hancur, tangan patah riuk. muka jangan cakap la, rasanya makan minum pakai straw sepanjang hidup. nasib tak mati
asalnya pistol untuk tembak babi hutan ke, monyet besar ke
ni sekarang dapat idea memburu pencuri sawit.
kalau penjenayah berleluasa, penguatkuasaan gagal, rakyat bertindak sendiri. simple as that
ni masalah baru, peraih sawit pun dengar kata buat perangai. tipu gred sawit kat orang kampung, bayar murah. tu pun satu, silap haribulan kena tembak jugak nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
APABILA:
Mangsa jadi suspek
Suspek jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
undang2 manusia ni melebihkan penjenayah |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: arwah atok iols dulu pulis. dia cakap pulis dulu kau tembak penagih, okjah..
Lepas tu keluarga si mati pun malu. sekarang anak di tuduh pencuri keluarga datang backup.
kalau anak tu mati dalam tahanan polis ...jenuh la nak menjawab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu pasal, org kg dah aim org tu merompak sana sini, mak bapak bekap anak biawak, sekali anak dijumpai mati dlm sungai diikat batu |
|
|
|
|
|
|
|
Situasi biasa berlaku di mana2 felda.dekat kampung aku pekebun siap kejar penagih curi buah sawit sampai rumah.mak ayah siap bekap okay sambil bawak keluar parang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Radzor at 7-10-2024 07:04 PM
klu omputih, trespassing boleh je tembak. tp dlm kes ni tuan tanah pun takde lesen. cuba dia jangan ngaku ada senapang since lesen pun takde. tanam dalam tanah letak campur klorox skit supaya angjing pengesan takleh bau belerang dan hilang kan cap jari. |
|
|
|
|
|
|
|
Org tua tu umur 62 susah payah keje. Yg umur 26-38 pulak memandai kutip hasil. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi elokla dia tolong polis tembakkan pencuri tu, kiranya kes kecik2 ni sendiri settle...
polis takyah la tangkap pacik ni
kalau nk tggu polis sampai meninggal la tak rasa hasil sndiri
kita pun paham, kebun sawit tu luas takkan polis nk jaga semua
mcm bapak aku pg balik pg balik balai polis buat report
tak settle2, dah la balai tu jauh, puluh2 tahun dah mcm tu
dari muda smpai bapak aku dah tua
bapak aku dari zaman bela pokok getah lg
settle menoreh, jawa2 totok yg masuk felda ni curik
skrg sawit plak, dah penat2 bela pokok, keluar hasil..siap kait
longgok tggal nk angkut je..sekejap je pencuri masuk kebun ramai2
settle hasil kebun kena angkut
tmpat aku yg jahat2 mcm ni ramai jawa
yg keturunan2 jawa totok hidup mcm biawak, membiak ramai2
pastu tak bole nk bg makan, berlonggok berketurunan dlm felda
tak reti2 nk hidup kat luar. hidup dlm kampung pun mencuri aje
belajar ke laut, makan dadah, anak haram ramai
pemalas nk usaha sndiri, padahal size kebun tu sama je felda bg
tp dari mak bapak smpai dah cucu cicit mmg suka mencuri
kebun sndiri tak reti nak kerjakan, sibuk masuk kebun org
|
|
|
|
|
|
|
|
samalah kat kampung aku mcm ni la
sakit sungguh hati, kerja sawit ni bukan calang2 dia punya penat
lagi2 kalau org tua kita sndiri involve
bayangkan kita anak2 ni dah invole skali
dia boleh berani2 jugak mencuri
sikit takde rasa takut ke apa
pencuri ni patut nya mampos je
pasal biasanya mula dari keturunan mak bapak tu pun mmg pencuri
kalo kat felda mmg mcm ni, anak tu takde saja2 tiba2 mencuri
kalo mak bapak tu bukan keturunan pencuri
jadi aku doakan dorang ni mampos je semua
sbb polis takkan tangkap dorang
buktinya kat mak bapak dorang la hidup hasil mencurik
elok je hidup membiak menghasilkan generasi2 baru pencuri
yg hidup penyusahkan org lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis Tarak masa nak cari Dan tangkap pencuri sawit, tapi bila pencuri kena tembak gigih pulak buat kerja... |
|
|
|
|
|
|
|
haaaa. kesian bapak awak. maaf lah. saya hanya maksudkan yang curi sesikat dua sawit. kalau jenis yang curi sampai berlori dan berkali2 tu wajar dibenteras laaa. tapi walau apa pun kita tak boleh ambil tindakan sendiri. sebab kalau ditangkap, kita belum tentu terlepas. cuma kalau dalam kes yang worst sgt, pandai2 laaaaa hempuk tanpa saksi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|