View: 7410|Reply: 10
|
‘Tiada seorang pun banduan dilahirkan di dunia nak jadi jahat’ - Awie
[Copy link]
|
|
Prihatin dengan nasib banduan yang terkurung di dalam penjara, vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie mendedahkan akan membuat persembahan jelajah di 49 buah penjara di seluruh Malaysia tahun hadapan.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 55, perkara ini telah pun dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak penjara Kajang.
“Bila kami menyampaikan hasrat untuk membuat persembahan istimewa ini, pihak penjara Kajang terkejut dan terharu kerana belum pernah ada artis lagi di Malaysia yang sanggup buat perkara seperti ini.
“Mereka juga berharap perkara ini akan menjadi realiti. Jadi tugas kami sekarang adalah untuk mencari penaja bagi menjayakan usaha ini.
Ditanya apa yang membuatkannya terdetik untuk menghiburkan banduan-banduan di dalam penjara, kata Awie ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial.
“Ini adalah cara untuk kami beri semula kepada komuniti. Saya rasa tidak ada seorang pun pesalah di dalam penjara itu minta dilahirkan ke dunia untuk membuat jahat.
“Biarlah mereka rasa bahawa masih ada yang peduli tentang mereka. Mungkin dengan apa yang kami nak lakukan ini akan memberi impak yang sangat besar kepada mereka.
“Sudah terlalu banyak persembahan dilakukan untuk orang awam. Jadi apa salahnya kita hiburkan mereka yang berada di dalam penjara.
“Satu hari nanti mereka juga akan keluar dari penjara dan semoga mereka menjadi orang yang lebih baik di luar,” jelasnya.
Tambah Awie lagi, dia berharap akan ada pihak yang sudi menaja tanpa mengharapkan pulangan kerana apa yang bakal dilakukan ini adalah atas dasar tanggungjawab sosial.
“Untuk bergerak ke setiap penjara dalam satu Malaysia memerlukan modal. Saya harap ada yang sudi menaja.
“Sesiapa yang ingin menaja, kami akan usahakan agar potongan cukai dikenakan sama dengan nilai hasil sumbangan.
“Perkara ini akan kami bincangkan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri agar urusan kami untuk melakukan projek ini lebih dipermudah,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Awie kini sedang sibuk dengan persiapan Rock Warrior Muzik Festival yang dianjurkan di bawah syarikat produksi Rumah Merah.
Rock Warrior Muzik Festival bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Sumber – KOSMO ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Berkaitan dgn penaja tu...adakah penajaan tu tmasuk bayaran utk diri sendiri sbg penyanyi?
tak kan dia nk nyanyi free kan....tanggungjawab sosial la sgt...
|
|
|
|
|
|
|
|
penjara kajang... najib book platinum seat |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa tidak ada seorang pun pesalah di dalam penjara itu minta dilahirkan ke dunia untuk membuat jahat?
itu la gunanya akal fikiran ilmu dan agama untuk kawal diri dan nafsu..
tuhan dah bagi akal yang waras untuk berfikir..
kenapa kau pilih untuk buat jahat? |
|
|
|
|
|
|
|
Wrong.
Some people are born psychopaths. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada orang jahat rasa diri dia jahat.
Ko ni pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau banduan dilahirkan ke dunia tak ade niat nak jadi jahat, mcmane pulak boleh jadi banduan? TERjadikah atau TERtaqdir? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat Ms iols duk kuaters penjara dulu. Artis yg penah dtg m daud kilau. Abh iols beli CD dia. Yg iols kecik lg asyik tnya knl abh beli? Knl abh beli? Abh iols ckp abh kesian ..huhu
Kak lina kepom pnh dtg. Tp sheols Ms tu agak kampung dgn slr ketat nmpk karipap mak iols kaya.. bju seluar warna striking
Bila abh iols dgr Salem, ameng, Jamal masuk penjara, dia ckp knp la drg xmasuk penjara sini. Klu tak syok boleh anjur konsert. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ada dulu2 kugiran rock perform kt penjara pudu... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar lagu tragedi oktober kat radio sat ni. Nak komen merdu betul suara awie ni. Merdu tapi bukan suara pondan...merdu lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
Ye, Awie boleh tarik tinggi lagi. Tak la time tinggi, hadap mic kat penonton
|
|
|
|
|
|
|
| |
|