CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13831|Reply: 4

[VIDEO] ‘Impian itu percuma tapi kalau betul nak Oscar, work for it’

[Copy link]
Post time 3-10-2024 01:01 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] ‘Impian itu percuma tapi kalau betul nak Oscar, work for it’

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... -oscar-work-for-it/

Oleh NUR EMIRA SAIZALI
3 Oktober 2024, 10:47 am

  


Ogy menasihatkan mana-mana pelakon yang ingin ke peringkat Oscar agar mempersiapkan diri dengan sebetul-betulnya.

KUALA LUMPUR – Aktres senior, Fauziah Ahmad Daud menasihatkan artis baharu agar memantapkan kualiti lakonan terlebih dahulu sekiranya ingin menggenggam trofi Anugerah Akademi atau Oscar.

Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy berkata, dia memberikan sokongan kepada mana-mana pelakon baharu namun usaha yang diberikan perlulah selari dengan cita-cita tersebut.

“Memiliki impian itu percuma, tetapi sekiranya dia benar-benar inginkannya, ‘work for it’ (berusahalah).

“Buktikan pada kami yang awak boleh menang Oscar, namun perlulah belajar, jangan fikir nak jaga rambut atau mahu cantik sahaja serta sebagainya,” katanya kepada HibGlam selepas sidang media pementasan teater Di Sebalik Topeng di sini, semalam.

Tambah bintang filem Azura itu, lakonan bukan melontarkan dialog semata-mata sebaliknya harus hadir dengan pakej ‘rasa’ dari jiwa seorang pelakon.

“Lakonan bukan hanya sekadar melantunkan dialog. Saya cukup ‘pantang’ bila orang cakap lakonan bukan terletak pada dialog semata-mata.

“Bagus untuk menyimpan impian global. Sebagai seorang kakak dan seniwati, saya merasakan banyak yang pelakon muda harus pelajari terutama cara melafazkan dialog serta mendalami karakter.

“Minda perlu laju berfikir, jiwa ada rasa, jaga penafasan dan bahasa tubuh. Semua itu perlu ada untuk menjadi pelakon yang bagus,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ogy menambah, untuk meraih kejayaan di peringkat antarabangsa, setiap pelakon memerlukan pengalaman berpuluh tahun mengambil contoh bintang ternama seperti Leonardo DiCaprio dan Tan Sri Michelle Yeoh.

“Pelakon juga perlu ingat DiCaprio mengambil masa berpuluh tahun untuk merangkul anugerah Oscar pertamanya. Begitu juga Brad Pitt, Al Pacino dan pelakon negara kita, Michelle Yeoh.

“Saya mengalu-alukan untuk mereka mempunyai impian.

“Jika awak menyimpan impian tersebut, awak perlu buat sesuatu jangan hanya berkata-kata. Mula cari ilmu dalam bidang lakonan, barulah awak akan menghargai seni ini,” tuturnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jugakkk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 01:50 PM | Show all posts
pencapaian sheols pun hadooo... kalau siti saleha ka michelle yeoh ka yang cakap gitu bermakna la jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya aku tgk ko blakon pun x best. Over acting.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.047884 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list